Saturday, June 12, 2010

Pergerakan Pemuda UMNO Rembau Buat Laporan Polis Terhadap Ketua AMK Badrul Hisyam



REMBAU, 11 JUN - Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Rembau, Badrulhisham Shaharin hari ini di atas kenyataan terbuka beliau di dalam blog CheGuBard.blogspot.com. Laporan tersebut telah dibuat Mohd Shafrul Haji Azman, Naib Ketua Pemuda Bahagian Rembau bersama-sama Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Safariladira Bin Abdullah dan AJK Pemuda Rembau di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, pada jam 3.30 petang.

Laporan polis itu dibuat berikutan kenyataan Ketua AMK Rembau itu yang secara terang telah mengkritik Institusi DiRaja didalam penulisan beliau yang bertajuk ‘Warkah Terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong “Hepi Besday..Sir!”. Menurut Sharful, artikel tersebut yang bertarikh 10/06/2010 telah menghina Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menganggap ianya adalah satu hasutan dan penghinaan kepada Institusi Diraja serta DYMM Yang DiPertuan Agong.

“Kami memohon pihak polis mengambil tindakan terhadap saudara Basdrulhisham Shaharin, Ketua AMK, parti KeAdilan Rakyat N.Sembilan kerana telah memfitnah dan bersikap biadap terhadap institusi -institusi raja-raja melayu dan DYMM Yang DiPertuan Agong dengan menuduh Raja-Raja Melayu serta DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menganugerahkan pingat darjah kebesaran dengan mendapat arahan tertentu.” tegas beliau ketika di teruramah oleh pihak media.

Tambahnya lagi, Pemuda Bahagian Rembau membuat laporan polis ini kerana ini adalah satu hasutan kepada pihak lain dan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu Berpelembagaan dan berharap agar Badrulhisham atau Chegubard dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Terima Kasih kepada pengirim E-mail.

Friday, June 11, 2010

Pemuda UMNO Bahagian Rembau membuat laporan Polis terhadap Chegubard Badrul Hisham Shaharin yang menghina DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan




Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau membuat laporan Polis terhadap Badrul Hisham Shaharin yang menghina DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan & Raja-Raja Melayu menerusi laman blog beliau. Tajuk Artikel : Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong : 'hepi besday, sir !', laporan dibuat di Balai Polis Rembau Jam 3 petang tadi. Lima orang wakil sahaja di benarkan masuk untuk membuat laporan kepada pihak polis. Kehadiran 24 org kesemuanya..

BARD!! Kerabat pon tak cakap camtu la.. Kau sape nak panggil DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan "SIR"! Daulat Tunku!

Wednesday, June 9, 2010

Jemputan ke Rally 1Malaysia


Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 Jun bermula jam 12 tengah hari. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan bakal menghimpunkan seramai 15 ribu orang golongan muda dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO.

Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.

Rally 1Malaysia akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkemuka tempatan dari pelbagai kaum dalam satu konsert percuma - Sasi The Don, Yise Loo, Aizat Amdan dan Meet Uncle Hussain bakal menghiburkan para hadirin dengan sajian lagu-lagu popular mereka. Disamping itu, Rally 1Malaysia akan menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India serta persembahan eksklusif lagu “1Malaysia” oleh kumpulan koir dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Pemuda Barisan Nasional menjemput ANDA untuk hadir pada hari Sabtu ini berbekalkan semangat 1Malaysia. Jemputlah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menjayakan himpunan raksasa ini.