Monday, July 26, 2010

Kerajaan Selangor bohong rakyat!! Selepas Pasir, Kerajaan Pusat dipersalahkan pula dalam soal Air!


Oleh: Bro Jinggo

Benarlah seperti ramalan ramai, bila Pakatan Rakyat mendapat kuasa, maka banyak janji yang tidak dapat di turuti. Sebelum mendapat kuasa, pelbagai cara digunakan untuk meraih undi. Ada yang berjanji dan ramai juga yang menhina dan melemparkan fitnah kepada kerajaan sebelum ini. Tapi bila kuasa yang mereka pegang, apa yang telah mereka buat habis madu sepah dibuang.



Pemuda UMNO Selangor hari ini menyelar sikap dan tindak tanduk kerajaan negeri yang cuba mengheret kerajaan pusat berhubung isu air sedangkan mereka yang sebenarnya tidak mahu mencari titik penyelesaian isu terbabit.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata jika sebelum ini, isu pasir cuba dikaitkannya dengan kerajaan pusat, kali ini isu air juga seolah-olah mirip ke arah itu apabila pimpinan pembangkang mula bersikap menunding jari.

Tegas beliau, usaha dan komitmen kerajaan pusat untuk menyelesaikan isu berkenaan dipandang sinis dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan pihak kementerian telah menjelaskan bahawa Lembah Klang bakal berdepan dengan krisis air yang teruk jika soal berkenaan tidak diselesaikan.

Nampaknya soal kepentingan rakyat pun hendak dipolitikkan. Hentikanlah gimik politik yang keterlaluan dan lihat kembali apa janji mereka kepada rakyat di dalam manifesto mereka sebelum pilihan raya umum lalu.


“Inikah yang dipanggil kerajaan berkebajikan…..Ataupun mereka sendiri tidak faham. Asyik mencari kesalahan orang lain sedangkan kpeutusan terakhir adalah di tangan mereka. Saya harap rakyat menilai dan melihat politik keterlaluan pembangkang yang sanggup perjudikan soal kebajikan serta kepentingan demi nafsu serakah politik,” katanya.

Pengarah Penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom berkata masalah di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di negeri ini.

Suhaimi yang juga Ketua pemuda Sepang seterusnya mendesak kerajaan negeri menyatakan dengan telus siapakah penasihat dan perunding mereka dalam soal air di negeri tersebut.

Ini kerana katanya fakta yang diberi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Selangor mempunyai bekalan air mencukupi sehingga 2019 itu tidak benar sama sekali.

“Kita difahamkan, berdasarkan kajian yang dibuat kerajaan negeri pada tahun 1998 dan 1999, kawasan Lembah Klang sememangnya akan berdepan krisis air pada tahun 2012 hingga 2014. Dan in selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Kita berharap kerajaan negeri mengambil penasihat yang betul dan bukannya “punahsihat” yang bakal memberi risiko kepada penduduk Lembah Klang. Soal politik hentikanlah buat sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar turut mencabar kerajaan negeri itu supaya mendedahkan nama individu yang bertanggungjawab menasihati pentadbiran negeri itu dalam isu penyaluran air dari Pahang.

Katanya, kerajaan Selangor yang dipimpin pembangkang perlu bertindak demikian untuk membuktikan bahawa negeri itu tidak akan mengalami krisis air menjelang 2013 .

Pemuda BN Selangor akan menyampaikan memorandum mengenai isu pasir dan air kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini Khamis depan.

Datuk Seri Noh Omar, berkata memorandum itu bertujuan meminta baginda menasihati kerajaan negeri Selangor supaya tidak menggadaikan masa depan negeri itu semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

"Sehubungan itu kita mengajak rakyat Selangor bersama-sama mengiringi kita pada hari berkenaan untuk menghantar memorandum tersebut," katanya selepas menyampaikan ceramah sempena Program Jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan' (SSDE) anjuran Umno Selangor di Shah Alam malam kemarin.

Terdahulu: Isu Air Selangor: Penduduk Lembah Klang, protes kerajaan negeri Selangor PR yang telah menipu hak mereka!

Pemuda Jangan Hanya 'Masuk Frame' Untuk Curi Perhatian - Khairy Jamaluddin


Dekatilah masyarakat dengan ikhlas, bukannya sekadar 'masuk frame' atau menonjolkan diri untuk mencuri perhatian, demikian ingatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kepada anggota pergerakan itu pada Ahad.

Beliau berkata, keikhlasan adalah lebih penting kerana sebagai pemimpin mereka tahu siapa yang membuat kerja dan siapa pula sebaliknya.

"Kita kena tunjuk bahawa Umno ini sentiasa dekat kepada rakyat. Sebab itu saya tegur Pemuda, sekiranya saya turun untuk membuat gotong-royong tak perlulah dikerumuni dengan rombongan... itu nampak macam kita sengaja nak masuk frame.

"Pemuda kena keluar daripada budaya nak masuk frame. Saya tahu siapa yang buat kerja. Jadi tak payahlah nak masuk frame kalau nak dinilai oleh saya sebagai Ketua Pemuda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong dan kenduri rakyat anjuran Pemuda Umno Bahagian Kelana Jaya di Taman Desa Ria di sini.

Khairy berkata, budaya menonjolkan diri ketika menyertai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pemimpin perlu dihindarkan, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan pemimpin dan pegawai kerajaan agar menjauhi budaya ingin popular.

Beliau berkata, janganlah apabila hanya ketika pemimpin atasan turun ke bawah barulah seseorang itu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.

"Sebab itu saya sebagai Ketua Pemuda Umno menyahut saranan Perdana Menteri bahawa tak perlulah semua itu kerana tidak semestinya orang yang masuk dalam gambar itu orang yang buat kerja," katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, dalam usaha menarik dan menambahkan sokongan generasi muda, pergerakan itu kini mula memperbanyakkan program yang melibatkan rakyat dan mengurangkan program-program berbentuk kepartian yang menjurus kepada penglibatan anggota Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata, selain gotong-royong dan kenduri rakyat, pendekatan lain yang sedang dilakukan ialah program 'Jelajah One Malaysia' (JOM) yang membabitkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengecat rumah dan menaik taraf kediaman rakyat.



Katanya, progam pertama JOM adalah mengunjungi Temerloh, Pahang baru-baru ini dan akan diteruskan ke seluruh negara di mana setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah untuk dinaik taraf seperti membina dapur dan tandas baru.

"Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,"katanya.

Khairy berkata, pergerakan itu juga mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 150,000 anggota Pemuda di seluruh negara sebagai pemilih menjelang akhir tahun ini.

Beliau turut menyeru semua parti komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk sama-sama berusaha menambah keahlian baru dan menurutnya usaha itu penting kerana parti pembangkang terutamanya DAP begitu agresif menambah keahlian.

Katanya, setakat ini DAP telah berjaya mendaftar ahli baru sebanyak 55,000 orang berbanding Umno 53,000 dan jika dicampur pendaftaran daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jumlah pendaftaran keahlian baru pembangkang adalah sebanyak 100,000 orang.

Sumber: BERNAMA