Saturday, January 22, 2011

PRK Tenang: Gelombang Biru, Petanda Kemenangan Besar BN

Labis, seawal jam 6 pagi, gelombang biru penyokong BN telah memenuhi ibu pejabat MCA, dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Lebih sepuluh ribu jentera Barisan Nasional kini berkumpul di luar Pejabat Majlis Daerah Labis, Pusat Penamaan Calon.

Azahar hadir bersama isterinya, Tuty Roshizana Tumin, diiringgi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Pusat penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Majlis Daerah Labis dibuka pada pukul 9 pagi.

Semua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka sebelum 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak bertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti.

Setakat ini, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman antara calon awal serah kertas pencalonan DUN Tenang, 9.10 pagi tadi.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. - http://www.politikharian.com

PRK Tenang: Hukum Halal Haram Bukan Di Tangan Nizar – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ingatan bahawa, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis.

Parti PAS dengan nama Islamnya telah berjaya membelenggu pemikiran umat Islam sehingga menjadi fanatik dengan pegangan bersifat fatwa agama yang dikelirukan oleh pimpinan mereka.

Namun pimpinan PAS sudah tentu tidak akan mengaku mereka membuat fatwa karut, bahkan sebaliknya akan menambah kekeliruan dengan berbagal kata - bukan fatwa, hanya pendapat dan sebagainya.

Ini bukanlah tuduhan, tetapi sekadar membentangkan kenyataan. Banyak bukti yang ada dalam simpanan yang menunjukkan sebenarnya hukum-hukum agama telah diselewengkan PAS-PIS-PUS. -Politik Harian

Friday, January 21, 2011

YB Mahfuz Omar Kosongkan Parlimen Pokok Sena


Media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Namun pendedahan tanpa tujuan serta menyebarkan gossip, khabar angin boleh menyebabkan persengketa lebih besar.

Bermula spekulasi mengenai pemergian Allahyarham Mohamad Hidhir terdapat laporan media mengatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Khabar angin tersebut tersebar meluas melalui ruangan blog, facebook, twitter dan lain lain media cyber. Paling ketara diruangan twitter.

Seharusnya berita kematian tidak perlu dijadikan berita terkini dimana-mana ruang media elektronik dan media cyber. Biarlah lambat asalkan berita tersebut benar dan tepat.

Tanpa diduga ruangan twitter bergegar lagi, kali ini disebabkan kebodohan Ahli Parlimen Pokok sena, Mahfuz Omar (PAS) yang mempersendakan pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir.

Rupanya ada orang gembira, bertepuk tangan dengan pemergian Allahyarham, berpantun di twitter “semut hitam takut helang,takut helang pada harimau,bn kecut di plbuhan klang, tuttut mati pula di merlimau.” Kata Mahfuz.

Pantun biadap yang dilemparkan oleh Mahfuz tersebut menyebabkan kemarahan orang ramai, ada yang menuntut agar Mahfuz menarik balik dan memohon maaf secara terbuka, namun ianya tidak diindahkan oleh Mahfuz.

Adakah ini pemimpin Islam? mempersenda kematian saudara sesama Islam. Inikah yang dikatakan ciri pemimpin Islam?

Saya cabar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Bin Omar, kalau YB anak jantan kosongkan Pokok Sena! Dan jika PAS Kedah anak jantan! Bubarkan DUN. Tak payah tunggu wakil rakyat Kedah meninggal.. Jangan berselindung di sebalik batang lidi.. Ayuh tiupkan nafiri Perang ini.-Politik Harian

Thursday, January 20, 2011

Al-Fatihah… ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini.

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Dr. Suhaimi dan sekalung doa Al-Fathihah buat Allahyarham.-Politik Harian

Khairy: Debat dengan pemimpin tidak setaraf

Menulis diruangan kolumnis Sinar Harian Khairy berkata, Debat atau tidak? Itulah persoalannya. Bermula dengan jemputan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri untuk satu debat berkaitan dasar ekonomi negara, satu siri cabar-mencabar kini tercetus berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa janji “100 hari” pembangkang tidak realistik dan bertanggungjawab.

Saya tidak akan mengambil masa lama untuk menyentuh cabaran-cabaran yang remeh dan tidak relevan, sebaliknya lebih suka menerangkan mengapa saya terlibat dan bagaimana ia bukan umpama kail sejengkal yang ingin menduga lautan bergelora. Saya telah mencelah dalam isu ini sebaik Anwar mengutarakan cabaran beliau kepada Perdana Menteri. Tegas saya, Perdana Menteri tidak sepatutnya membuang masa berdebat dengan Anwar dan saya seterusnya menawarkan diri untuk berdebat dengan beliau.

Seperti dijangkakan, reaksi Anwar ialah mengelak daripada menyambut cabaran saya ini dengan alasan ia debat kewangan mengenai dasar ekonomi. Beliau kononnya hanya sanggup untuk bertikam lidah dengan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Pada masa sama, satu lontaran murahan telah dibalingkan oleh Anwar kepada saya apabila digambarkan seolah-olah akan jatuh maruah beliau sekiranya berdebat dengan seorang Ahli Parlimen yang akan bersara – merujuk kepada hasrat saya untuk tidak bertanding sebagai calon wakil rakyat di pilihan raya umum akan datang.

Meniru rentak pemimpin agung mereka, penyokong dan orang suruhan Anwar terkinja-kinja mengambil kesempatan mempertikaikan tawaran debat saya ini terutamanya di media sosial. Mereka dengan angkuhnya bertanya “siapa lu, KJ, mahu berdebat dengan pemimpin hebat macam DSAI?” Saya tidak kisah dengan soalan sebegini. Cuma, apa yang saya harapkan ialah untuk mereka bersikap lebih jujur dengan diri sendiri, tidak perlu bersembunyi di sebalik pelbagai alasan. Mengaku sahajalah bahawa di mata mereka, tiada sorang pun, termasuk Perdana Menteri, yang layak berlawan dengan Anwar, pemimpin “anugerah tuhan” kepada Malaysia.

Pertamanya, pada pendapat saya, Perdana Menteri telah mengambil langkah bijak menolak cabaran Anwar. Fokus Perdana Menteri kini ditumpukan sepenuhnya kepada pelaksanaan program transformasi ekonomi dan tidak wajar perhatian ini dilencongkan oleh satu debat, terutamanya apabila besar kemungkinan Anwar akan sengaja lari dari topik disediakan semata-mata untuk meraih keuntungan politik.

Perdana Menteri dan Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sering berlawan hujah di Parlimen, terutamanya ketika sesi soal jawab kementerian di Dewan Rakyat. Oleh itu, tuduhan Perdana Menteri mahu lari dari debat ini adalah tidak berasas kerana Najib sendiri terlibat secara aktif dalam perbahasan di Dewan, berhadapan dengan Anwar ataupun Ahli Parlimen pembangkang yang lain. Saya sendiri selalu menyaksikan perbahasan mereka di Dewan. Kesimpulan yang saya ambil amat jelas – gaya dan penghujahan isi Perdana Menteri ternyata sentiasa lebih baik daripada Anwar.

Keduanya, pelbagai kesulitan melanda Anwar sejak kebelakangan ini. Pakatan pembangkang nampak kucar-kacir. Memburukkan lagi keadaan, parti Anwar sendiri membuktikan mereka bukanlah pejuang demokrasi negara seperti sering dilaungkan. Kesahihan pemilihan pucuk pemimpin parti mereka dipertikaikan apabila mengambil kira jumlah ahli hadir membuang undi yang begitu kecil.

Berlatar belakang senario begini, sememangnya mudah difahami mengapa Anwar perlu untuk meletakkan diri kembali dalam radar politik, berkongsi pentas dengan Perdana Menteri yang sudah pastinya menjanjikan waktu siaran banyak untuk beliau. Ini merupakan jalan terbaik Anwar untuk kembali menebus delusi memartabatkan dirinya sebagai “PM-in-waiting”.

Ketiga, Anwar dan sekutunya dengan secara terang menyatakan, saya amat rendah tarafnya jika dibandingkan dengan beliau. Saya bukan bekas Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, jadi siapalah saya untuk mencabar seseorang yang dulunya amat hampir menjadi Perdana Menteri? Sekiranya logik sama digunakan, nama Datuk Ahmad Shabery Cheek juga tidak boleh dilafaz senafas dengan nama Anwar. Sungguhpun amat berbakat sebagai pemimpin muda dan sekarang Menteri Belia dan Sukan, Shabery tidak “sehebat” Anwar, yang hampir ditabalkan menjadi Perdana Menteri.

Namun, Anwar pada waktu itu, merasakan sesuai untuk “merendahkan” dirinya ke tahap Shabery bagi debat mengenai subsidi yang disiarkan secara langsung di televisyen. Memang betul, Shabery seorang menteri penuh – bukan seperti saya – tetapi beliau pada masa itu hanyalah menteri muda baru dinaikkan pangkat dari Setiausaha Parlimen. Mengapakah ketika itu, Anwar tiada sebarang masalah dan keraguan mengenai soal kekananan dan bersedia ‘mencemar duli’ untuk berdebat dengan seorang Menteri Penerangan, walaupun topiknya juga berkaitan dengan kewangan? Pada ketika itu, Shabery juga tidak memegang apa-apa jawatan tinggi di peringkat UMNO. Sekali lagi, perkara itu tidak menjadi masalah kepada Anwar.

Apa ingin saya sampaikan di sini ialah – sekiranya Anwar pernah berdebat dengan seorang yang beliau menganggap tidak setaraf, mengapakah beliau enggan melakukan perkara sama sekali lagi? Lebih-lebih lagi, Anwar sering menonjolkan dirinya sebagai seorang yang amat senang didampingi oleh generasi muda dan kerap juga menekankan keperluan memberikan peranan lebih besar kepada orang muda dalam hal-hal negara. Bukankah debat dengan Ketua Pemuda (satu jawatan yang beliau sendiri pegang dulu) dari parti lawan,, adalah cara baik untuk membuktikan kata-katanya ini? Sekiranya Anwar pernah bersetuju berdebat dengan Shabery yang pada waktu itu tidak memegang apa-apa jawatan parti di peringkat pusat, kenapa beliau kini enggan menjangkau naik berdebat dengan seseorang yang bertaraf Naib Presiden dan duduk dalam beberapa jawatankuasa penting dalam UMNO? Walaupun saya tidak boleh secara rasmi mewakili pihak pentadbiran kerajaan, saya ialah wakil parti UMNO dan Barisan Nasional, iaitu parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan hari ini.

Bukan niat memanjangkan isu cabaran ini. Namun, saya sekali lagi meminta Anwar untuk menerima pelawaan. Setidak-tidaknya, Anwar yang menganggap dirinya sebagai “Asian renaissance man” boleh membuktikan beliau menghargai usaha mengadakan satu diskusi intelektual mengenai masa depan ekonomi negara. Ramai pemimpin pembangkang yang lain mengetepikan soal protokol dan kedudukan untuk berdebat bersama saya, antaranya Tony Pua, Tian Chua dan Khalid Samad. Selain itu, saya anggap Datuk Husam Musa sebagai contoh terbaik seseorang yang menghayati semangat perbahasan dengan jemputan debat beliau kepada saya, yang pada ketika itu, hanyalah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Husam pada waktu itu ialah Naib Presiden Pas dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan. Sudah tentunya Anwar juga boleh menjunjung prinsip asas demokrasi yang sama.

Sudah tentu, siapalah saya dibandingkan dengan Anwar. Saya tidak pernah mencapai, dan rasa tidak akan dapat mencapai – puncak politik yang menggayatkan seperti pernah beliau saksikan. Malah, debat itu kelak pastinya mencabar, apa jua boleh berlaku, termasuklah serangan hujah bertubi-tubi daripada beliau. Namun, biarkanlah ia berlaku, saya sanggup mengambil risiko ini dan kini saya bertanya sekali lagi kepada Anwar – macam mana Datuk Seri, ada berani?

Sekadar membalas. Dua wira penyelamat PKR telah menawarkan diri berdebat dengan saya, yang saya percaya percubaan untuk mengalihkan pandangan ramai daripada cabaran saya terhadap Anwar. Cabaran pertama datangnya daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan yang pernah “berbahas” dengan saya di satu forum di UIA tahun lepas. Cabaran kedua daripada seseorang tidak berapa saya kenali. Saya dimaklumkan, pencabar kedua ini pernah mencuba bertanding jawatan kepimpinan Pemuda PKR tetapi beliau menarik diri walaupun pencalonan beliau diumumkan dengan cara hebat sekali. Saya tidak pasti apakah makna cabaran berganda ini.

Mungkin keputusan untuk memilih hanya seorang pencabar untuk saya tidak dapat dibuat kerana pergolakan dalaman parti tersebut. Sekiranya logik “sama taraf” yang dipakai Anwar digunakan dalam cabaran ini, sepatutnya Ketua AMK lah yang mencabar saya untuk berdebat. Tindakan mereka menghantar pencabar lain, pada hemat saya memberikan gambaran jelas atas tahap keyakinan mereka terhadap rakan sejawat saya.

Memandangkan mereka tidak boleh memutuskan siapa hendak dihantar, ingin saya nyatakan bahawa saya tiada masalah untuk bersemuka dengan salah seorang daripada mereka, atau kedua-duanya sekali pada waktu sama. Cadangan saya ialah, duduk berbincang putuskan siapa wakil mereka yang sebenar. Pilihlah yang terbaik antara saudara berdua, saya menanti jawapannya. -Politik Harian