Saturday, April 16, 2011

Kemaskini: Keputusan Tidak Rasmi PRN Sarawak Ke 10, 2011

N.30 Saribas, Peti Undi Kg Manggut: BN=189, PKR=96, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITTI 93 UNDI

N.57 Belaga, Keseluruhan setakat peti undi yang dikira: BN=2850, PKR=258, SNAP=250, Bebas=322, Bebas=20, Bebas=35. BN MENANG MAJORITI 2,592 UNDI.

N.36 Semop, Keseluruhan setakat peti undi yang telah dikira: BN=3546, PKR=538, Bebas=324. BN MENANG MAJORITI 3,008 UNDI.

N.57 Belaga, Peti Undi Uma Daro/Kelap: BN=250, PKR=40, SNAP=3, BEBAS=10, BEBAS=2, BEBAS=2. Undi Rosak=2. BN MENANG MAJORITI 210 UNDI

N.57 Belaga, Peti Undi Sekapan Piit: BN=134, PKR=0, SNAP=0, BEBA=0, BEBAS=0, BEBAS=0. Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITI 133 UNDI.

N.30 Saribas, Peti Undi Engkaras: BN=101, PKR=37, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 64 UNDI

N.70 Ba’kelalan, Peti Undi Long Tengoa (kawasan hitam): BN MENANG MAJORITI 22 UNDI.

N.36 Semop, Keseluruhan setakat peti undi yang telah dikira: BN=2972, PKR=454, Bebas=274. BN MENANG MAJORITI 2,518 UNDI.

N.30 Saribas, Peti Undi Sabar: BN=83, PKR=7, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITTI 76 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Belasau: BN=57, PKR=14, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 43 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Jerai: BN=76, PKR=17, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 59 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Seremban: BN=143, PKR=25, Undi Rosak=2. BN MENANG MAJORITTI 118 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Belingan: BN=101, PKR=55, Undi Rosak=2. BN MENANG MAJORITTI 46 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Serembang: BN=141, PKR=65, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITTI 76 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Dit Hulu: BN=80, PKR=39, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 41 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Dit: BN=113, PKR=75, Undi Rosak=6. BN MENANG MAJORITTI 38 UNDI

N.30 Saribas, Peti Undi Buda: BN=122, PKR=51, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 71 UNDI

N.53 Kakus,Peti Undi Rumah Panjang Wilson Blue: BN=72, PKR=23, Bebas=6, PCM=1, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITI 49 UNDI

Maklumat Terkini PRN Sarawak Sila Layari http://politikharian.com

Live PRN Sarawak : Satok Kecoh, BN Menang Di Semop Dan Maradong

Pusat mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok, Kuching kecoh, beberapa individu dipercayai ejen tempat mengundi cuba cetus provokasi. Maklumat Terkini PRN Sarawak Sila Layari http://politikharian.com

PRN Sarawak: PKR Beri Rasuah Kepada Pengundi





Wednesday, March 9, 2011

Perbalahan Diantara Blogger, Unit Media Baru Harus Dihentikan


Rupa2 nya kemenangan BN pada PRK DUN Merlimau & Kerdau turut disusuli dengan episode salah faham serta sedikit pergeseran antara UNIT MEDIA BARU (UMB) PEMUDA UMNO dengan barisan2 OTAI2 HARDCORE BLOGGER.

Walaupun kebanyakkan rasa tidak puas hati & counter attacking diadakan menerusi saluran or platform media baru ie. FB, Tweeter & Blog namun the main concern adalah perbalahan, salah faham serta sedikit pergeseran ini akan di spin off oleh malaun2 pakatan “big fucking bustard” yang mana rasanya diaorang dah pun mainkan isu ni. Baca Lagi...

Thursday, March 3, 2011

Pas Terdesak Fitnah BN Di Kerdau – Khairy


TEMERLOH – Pergerakan Pemuda UMNO berharap Pas tidak meneruskan kempen terdesak mereka dengan terus memfinah Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pas melakukan banyak pembohongan dengan cuba menipu rakyat dan ini merupakan modal mereka setiap kali pilihan raya.

“Dulu mengatakan BN bawa pengundi hantu, ini pula petugas hantu tiada modal lain, hanya untuk memfitnah sahaja kerja mereka.

“Jika benar tunjuk bukti jangan buat tuduhan sebarangan sahaja jangan perbodohkan rakyat kata BN main kotor, kata ada jentara hantu untuk ganggu gugat jentera mereka. Kalau benar tunjukkan bukti jangan buat tuduhan tidak berasas,” katanya dalam siri lawatan kerja di DUN Kerdau.

Khairy berkata, semasa PRK seharusnya kita menjalankan kempen yang sihat, bukan memfitnah sesama kita.

Menurutnya, jangan cuba mempengaruhi pengundi dengan pembohongan, apa yang dilihat mereka ini terdesak.

Katanya, mereka tahu sambutan terhadap calon Pas amat kurang, oleh itu mereka melakukan apa sahaja bagi menunjukkan BN ini jahat dan main kotor.

“Perkara sebegini turut berlaku di Merlimau dan mereka tubuh skuad peninjau yang dikatakan bagi memantau pasukan BN, pada hakikatnya mereka terdesak.

“Tanpa bukti kita tak boleh terima saya harap Pas tidak terus dengan kempen terdesak mereka memfinah BN,” katanya.

Terdahulu, Pas mendakwa terdapat 200 petugas ‘hantu’ yang ditugaskan mencuri maklumat berhubung pergerakkan dan strategi Pas bagi diserahkan pada pihak lawan.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya percaya petugas tersebut datang dari pihak BN. -http://politikharian.com

Wednesday, February 23, 2011

PRK Merlimau: AJK UMNO Jasin, Roslan Ahmad Calon BN

Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau. Baca Lagi...

Tuesday, February 22, 2011

Syed Ibrahim calon BN Kerdau

KERDAU - Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi. Baca Lagi...

Persiapan Pemuda BN Menepati Citarasa Dan Inspirasi Golongan Muda – Khairy


Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, persiapan dan perancangan pemuda BN akan menepati citarasa dan inspirasi golongan muda di Merlimau dengan mengambil pendekatan mesra pengundi, dimana pemuda BN akan menganjurkan beberapa program khusus untuk pengundi di Dun Merlimau.

“Pemuda BN akan membawa satu pendekatan yang diterima dengan baik dari segi program, peluang yang bakal dilancarkan melalui seorang wakil rakyat yang datangnya dari Barisan Nasional”. Kata Khairy selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pemuda BN di Pusat Operasi BN Merlimau, Melaka.

Menurut Khairy lagi, beliau merasakan anak muda di Merlimau sudah pun menyokong Barisan Nasional cuma mahu memberi keyakinan yang lebih dengan kehadiran pemimpin pemimpin pemuda dari pusat.

Beliau, berharap pengundi muda di Merlimau akan terus memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional oleh kerana pendekatan yang dibawa oleh Barisan Nasional untuk DUN Merlimau adalah untuk terus melihat kepada kemajuan, peluang pendidikan, peluangan pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya.

“Yang saya pasti akan banyak tertumpu kepada anak anak muda, kalau kita melihat hampir dua ribu pengundi muda lelaki sahaja yang ada di DUN Merlimau ini, saya yakin bahawa hanya Wakil Rakyat Barisan Nasional yang boleh menjamin masa hadapan yang lebih cerah kepada pengundi muda yang ada di DUN Merlimau” katanya, -Politik Harian

Saturday, February 19, 2011

Video: KJ dianugerahkan Sayap Penerjunan Airborne - Ada Berani


Luah semangat patriotik ikut latihan tentera

KUALA NERANG: Komitmen dan pengorbanan tinggi selama lima minggu menjalani Latihan Asas Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 di Zon Gugur, Padang Terap, Padang Sanai, di sini membolehkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dianugerahkan sayap penerjunan Tentera Darat.


Gambar kenangan bersama KJ




Khairy dianugerahkan sayap berkenaan selepas berjaya mendarat dengan selamat bersama 79 lagi pelatih penerjunan Tentera Darat pada akhir latihan semalam yang turut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Ahmad Badawi.

Abdullah kemudian diberi penghormatan untuk memakaikan sayap berkenaan kepada menantunya itu.

Gimik acara tamat latihan semalam dimulakan dengan 10 penerjun bagi kursus Ahli Paracut Tahap 1 dan diikuti kursus Ketua Penerjunan Tahap 2. Secara keseluruhannya seramai 80 penerjun menerima sayap bagi Tahap 1, manakala seramai 21 penerjun menerima sayap bagi Tahap 2.

Pada majlis itu, semua pelatih melakukan penerjunan pada ketinggian 304.8 meter menggunakan pesawat CN-235 sebelum mendarat di depan Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Khairy berkata, beliau bangga dan puas kerana berjaya menamatkan penerjunan yang memerlukan tumpuan dan komitmen tinggi selama lima minggu menjalani latihan berkenaan.

Katanya, ini adalah adalah cara beliau untuk menterjemahkan semangat patriotik kepada negara dan tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang harus menjadi ikutan kerana baginya setiap orang ada cara sendiri untuk menterjemahkan semangat patriotik.

“Saya sebenarnya sudah lama mahu melakukan ini, tetapi baru sekarang saya berkesempatan kerana terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu saya uruskan sebelum ini.

“Bukan mudah untuk melakukannya dan bagi saya ini adalah perasaan sebenar bagi orang (tentera) yang sebenarnya mempunyai tahap pengorbanan lebih tinggi kepada negara,” katanya pada sidang media.