Monday, May 16, 2011

Liwat II: Penyokong Anwar Kecoh


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, di sini hari ini dipenuhi para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mengetahui keputusan di akhir pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dan bekas pembantu peribadinya.

Dipercayai sebanyak tiga buah bas yang membawa para penyokong Anwar tiba di sini dan berkumpul di Masjid Wilayah, berhampiran kompleks mahkamah tersebut.

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah, Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu. Baca Lagi...

Sunday, May 15, 2011

Hanya UMNO Dan PAS Mampu Menghentikan Perpecahan Dikalangan Melayu


Melihat pada keadaan isu semasa sekarang, kita berasa takut melihat perpecahan berlaku pada orang melayu. Apakah melayu di zaman teknologi serba canggih ini melayu sudah begitu hebat? Atau hanya gah pada nama ‘Melayu’ sahaja?

Tidak keterlaluan jika dikatakan kerana Anwar Ibrahim lah punca segala perpecahan diantara orang melayu. Fitnah, dizalimi, simpati hanyalah permainan politik demi kepentingan peribadi dan cita citanya! Baca Lagi....

Wednesday, May 11, 2011

Utusan Dilarang Masuk Sidang DUN, Dimana Sistem Demokrasi Yang Dilaungkan Oleh Pakatan Rakyat Selama Ini?


Perbuatan melarang wartawan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang amatlah tidak waras dan hanya memperlihatkan kesempitan pandangan terhadap sistem demokrasi yang turut dilaungkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Pakatan Rakyat seharusnya lebih prihatin, bersikap profesional dan memahami tugas wartawan yang melaporkan untuk disalurkan kepada pengetahuan rakyat, tiada siapa boleh menghalang wartawan daripada membuat liputan mengenai perkara yang bersangkutan urusan kerajaan yang ada kaitan dengan rakyat. Baca Lagi...

Monday, May 9, 2011

Butiran menarik ucapan KJ di Bukit Bintang


1. Politik hari ini, bukan dari kampung ke bandar, tapi dari bandar merebak ke luar bandar; UMNO Bukit Bintang penting kerana peranannya akan tentukan trend politik yang akan merebak ke luar bandar.

2. Jika lihat Tsunami 2008 dan kegawatan politik di Bangkok, semuanya bermula di bandar; sebab itu kita telah menubuhkan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB). Saya gembira SHEB adalah antara yg plg aktif dlm PemudaUMNO Msia Baca lagi...

Pemuda UMNO Kecam Dan Tuntut Anwar Tarik Balik Kenyataan PM Anak Babi


Pemuda UMNO Malaysia menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik cercaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau ‘anak babi’ yang diucapnya pada satu majlis di Klang Sabtu lalu.

“Cercaan Anwar yang melabel YAB Perdana Menteri sebagai pandikutti atau anak babi, sebagaimana yang dilapor oleh Free Malaysia Today pada 8 Mei lalu, adalah suatu yang biadap dan sangat kurang ajar,” Baca Lagi...