Wednesday, May 25, 2011

Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Agama Islam! Blog House PK Panas Terbakar Macam Dalam NERAKA!

Kita mulakan dengan cerita House PK Panas terbakar macam dalam Neraka dulu... Pasal Isu RON 95, pada hakikatnya kita semua tahu bahawa rakyat gumbira kerana kerajaan tidak menaik minyak, malahan aku sendiri pun berasa lega dengan keputusan jemaah menteri dan bukan itu sahaja aku pun tahu si Papedom Kari Gemok Badan Berbulu tu pun GUMBIRA dengan berita tersebut ha ha ha hak!

Ini bermakna kerajaan prihatin dengan masaalah rakyat, tak kiralah siapa pun yang desak kerajaan supaya tidak menaikan harga minyak yang penting kerajaan prihatin! Tak kiralah walaupun desakan itu datangnya dari si Papedom Kari Gemok Badan Berbulu, aku tetap sokong!

Tapi kalau ye pun tak payah lah nak sokong hujah dari pemimpin puak Pakatan Haram, malu la beb... kao dok canang cerita pakatan haram tu macam haram jadah, lepas tu kau jilat balik.. Baik kau jilat je ludah aku!

Hmmm malas nak cerita panjang takut nanti papedom tak buleh tido.....

Ayuh kita gempur blog hina agama Islam! Baca lagi...

p/s: Bila aku jolok! baru Papedom Kari Gemok Badan Berbulu belajar menulis, klu tak asyik copy n paste jek... keh keh keh....

KJ On Air Di Bernama Radio24

Kepada sahabat sahabat yang tidak berkesempatan untuk mengikuti temu ramah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy jamaluddin dalam Segmen Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, Selasa sila layari http://www.radio24.com.my/podcast.html 24/5/2001

Topik kupasan: Penentuan Halatuju Khairy Jamaludin dan Pemuda UMNO

http://politikharian.com/

Gempak House PK Kena Cili Gunung Berapi: Harga RON95 Kekal

Tajuk je gempak sebenarnya! Jangan marah papedom House PK badan berbulu.... Kha kak kah!

Syabas diucapkan kepada Pemuda Umno Malaysia dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin yang sentiasa mempejuangkan isu rakyat dimana hari ini kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga RON 95, diesel dan LPG.

Semoga Pemuda Umno akan terus menjadi tonggak Juara Rakyat.

Sementara itu ketuanya Khairy mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak kerana mendengar suara rakyat. Baca lagi...

Pemuda Gesa Isu Produk Makanan Halal Diberi Perhatian Serius

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu terkejut dengan laporan pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Bahkan, menurut beliau lagi, kejutan berganda menyusur dengan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM, bahawa bahan-bahan tersebut dikatakan digunakan oleh sebuah rangkaian kedai francais makanan yang terkenal di Malaysia dengan langganan ramai dari masyarakat Islam. Baca lagi...

Tian Chua Hilang Kelayakkan Sebagai Ahli Parlimen Batu?


Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Sebagai contoh katanya, dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975. Baca lagi...

Tuesday, May 24, 2011

PANAS BERAPI ! (pinjam tag line parpukari): KJ Bunuh Saifuddin Nasution

Cili Kasi Taruk! Kah Kah Kah! ayoooo.. mcm Papedom Gemuk Badan Berbulu stail ayat aku kali ni!

Menjawab tuduhan Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwakan Ketua Pemuda Umno, hanya bersandiwara untuk berlagak sebagai jaguh rakyat ketika pilihan raya umum semakin dekat apabila menentang usul kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Khairy berkata bagai belut digetir ekornya, pembangkang yang sememangnya kini bertongkatkan ranting yang patah bagi menutup aib dan retak sesama mereka menderu membuat riuh bagi mengubah tumpuan rakyat dengan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional, Saifuddin Nasution bahawa saya mengubah pendirian apabila menggesa Kerajaan agar mengekalkan subsidi minyak RON95. Baca lagi...


Monday, May 23, 2011

KJ: Perkukuh Jentera Pilihan Raya

Ahli UMNO diminta memberi tumpuan terhadap usaha menguatkan jentera pilihan raya parti, bukannya pemilihan di peringkat bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi. Baca lagi...

Sunday, May 22, 2011

Isu Pasir: PKR Jadi Bacul Lagi

Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak meminta pembangkang menyatakan pendiriannya berhubung isu penjualan pasir ke Singapura yang didakwa diminta oleh DAP semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya mempunyai bukti DAP mahu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat membenarkan penjualan pasir ke Singapura. Baca lagi...

Saturday, May 21, 2011

Khairy: AMK Penakut

Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa mempertahankan akhbar Utusan Malaysia untuk memastikan wadah perjuangan Melayu itu dapat diteruskan, biarpun ia dikecam dan diancam pihak pembangkang.

Malah Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai penakut kerana tidak berani bertembung dengan pihaknya di hadapan ibu pejabat akhbar tersebut untuk menyerahkan memorandum semalam. Baca lagi...

Friday, May 20, 2011

AMK (PKR) Kecut, Perkasa, Pemuda UMNO Serah Memorandum Sokongan

Hari ini dalam sejarah Angkatan Muda Keadilan (PKR) menjadi bacul menangguhkan protes bantahan terhadap Utusan Malaysia seperti yang dijadualkan.

Terdahulu pergerakan itu berkata tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda Umno yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia. Baca lagi...

Demo Di Utusan Terpaksa Dikawal Pihak Polis


Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Chan Sow Lin di sini sejak pukul 10 pagi ini, berikutan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dikatakan berhasrat mahu mengadakan demonstrasi terhadap akhbar Utusan Malaysia. Baca Lagi...

Wednesday, May 18, 2011

AMK Akan Buat Kacau Di Hadapan Pejabat Utusan Jumaat Ini


Ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.

Manakala Krew Politik Harian menghubunggi SUK Pemuda Umno, Sdr Sumali, beliau menyatakan bukan sahaja PERKASA sahaja yang turun malahan Pemuda Umno juga akan turut berada di perhimpunnan tersebut. Baca lagi...

RON 95: KJ Jangan Naik Harga Sekarang


Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus. Baca lagi...

Tuesday, May 17, 2011

KJ dituduh berkomplot-ada musang berbulu ayam!


SETELAH menulis tentang betapa perlunya institusi Pemuda UMNO diperkukuhkan menjelang PRU13,saya telah diserang bertubi-tubi oleh sekumpulan yang anti KJ melalui komen-komen liar melalui blog ini yang tidak tergamak untuk saya siarkan dan bila pertama kali menulis tentang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini,barulah sedar betapa banyaknya persepi buruk dan tuduhan dilabelkan kepada KJ dan saya juga turut dimusuhi,dihina dan dicerca. Baca lagi...

Pemuda Umno Berjuang Untuk Rakyat! AMK Berjuang Untuk Merosakan Rakyat


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali panggilan KJ, tampak lebih 'gah' bergerak dengan nada politik baru berjuang untuk generasi muda, manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat lebih cenderung untuk merosakan akhlak anak muda di negara ini. Baca lagi...

Monday, May 16, 2011

Pemuda Sarankan Agar Kerajaan Tidak Naikkan Minyak RON95


Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini menyarankan agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95. Baca Lagi...

Anwar Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Meliwat Saiful


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya. Baca Lagi...

Liwat II: Penyokong Anwar Kecoh


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, di sini hari ini dipenuhi para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mengetahui keputusan di akhir pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dan bekas pembantu peribadinya.

Dipercayai sebanyak tiga buah bas yang membawa para penyokong Anwar tiba di sini dan berkumpul di Masjid Wilayah, berhampiran kompleks mahkamah tersebut.

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah, Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu. Baca Lagi...

Sunday, May 15, 2011

Hanya UMNO Dan PAS Mampu Menghentikan Perpecahan Dikalangan Melayu


Melihat pada keadaan isu semasa sekarang, kita berasa takut melihat perpecahan berlaku pada orang melayu. Apakah melayu di zaman teknologi serba canggih ini melayu sudah begitu hebat? Atau hanya gah pada nama ‘Melayu’ sahaja?

Tidak keterlaluan jika dikatakan kerana Anwar Ibrahim lah punca segala perpecahan diantara orang melayu. Fitnah, dizalimi, simpati hanyalah permainan politik demi kepentingan peribadi dan cita citanya! Baca Lagi....