Saturday, June 18, 2011

Panas Berkari: 9 July... Pemuda Umno Tidak Gentar!

Pemuda UMNO mengulangi pendirian bahawa pergerakan itu tetap akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, walaupun pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan pada hari tersebut, demi mempertahan sistem demokrasi negara. Baca lagi...

Kalau Tak Ada Telur Duduk Diam Sudahla...

Tok sah nak menyalak salahkan blogger glamer menunjukkan sokongan kepada KJ dan Pemuda Umno untuk mengadakan Perhimpunan tersebut Awwww!

Blogger Parpu Kari diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan Pemuda Umno pada 9 July ini kerana kami tidak mahu sejarah memalukan berulang lagi...

Ketika Pakatan Haram mengadakan demo BERSIH yang KOTOR dulu... Sekumpulan pemuda Umno betempur dengan pembangkang yang membuat kacau di Jalan Tunku Abdul Rahman... terkejut apabila melihat gelagat seorang blogger yang bernama Parpu Kari berlari menyuruk dalam longkang.... Haiyaaaaa!!! Lu Hancik laaa!

IKLAN FREE

Thursday, June 16, 2011

51 Laman Web Kerajaan Digodam

Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Baca lagi...

Sunday, June 12, 2011

Presiden Kelab Taat Suami dakwa sering BERDIALOG dengan Rasulullah

Khadijah Aam,isteri pengasas Arqam, Ashaari Muhamad dakwa suaminya tak mati tapi GHAIB,kini sama Rasulullah dan Imam Mahdi di alam roh.

Khadijah yang sebelum ni bikin kecoh dgn KELAB TAAT SUAMI juga dakwa dia dapat arahan dari Rasulullah yang kini memimpin 'jemaah' mereka.

BACA di www.agendadaily.com beserta video youtube Khadijah dakwa Ashaari akan hidup semula untuk BEBASKAN MALAYSIA,bersama Rasulullah dan Imam Mahdi.

MOHON SEBARKAN

Saturday, June 11, 2011

Mat Sabu Menang Nasib Je...

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti itu baru-baru ini sebagai bernasib baik.


Katanya, Mohamad bukanlah seorang ulama dan bukan juga golongan profesional, tetapi beliau menang kerana situasi ketika itu yang menyaksikan golongan ulama dalam Pas berpecah. Baca lagi...

Friday, June 10, 2011

Tiada Kata Sepakat, PAS Lawan PKR

Tidur sama katil sama bantal, tapi mimpi lain-lain. PAS perlu kembali sebagai mana dahulu, tulin sebagai pembangkang yang sihat di medan tempur politik tanahair.

Sekiranya PAS kekal bersama PKR dan DAP, itu bermakna PAS masih membenarkan PKR dan DAP memperkudakan mereka lagi. Baca lagi...

Negara Kebajikan: Najib Hairan PAS Baru Terfikir?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan, “yang baru terfikir oleh PAS”, bukanlah satu perkara baru kerana ia sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri menegaskan, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan oleh BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Baca lagi...