Saturday, July 2, 2011

Flotilla II: Khairy; Provocative Acts of Sabotage

Artikel ini ditulis oleh YB Khairy Jamaluddin... ikutilah kisah beliau dalam melaksanakan misi flotilla II...

Its day 6 for Team Malaysia of the Freedom Flotilla 2 mission to Gaza. For the last four days we’ve been stuck on the sun-kissed Greek island of Corfu, once the summer playground for England’s aspirational middle class.

We have by now met most of the other activists that will board the Stefano Chiarini, the vessel that will join nine other boats somewhere in the middle of the Mediterranean before we move as a united convey to break the illegal Israeli bloackade of Gaza. Read more...

Friday, July 1, 2011

Sekitar Perarakan Anti Kezaliman Lim Guan Eng






Satu perarakan anti kezaliman Lim Guan Eng dari Masjid Kapitan Keling ke Komtar. Perarakan tersebut disertai oleh ribuan anak muda PATRIOT.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

Demo Depan Kedutaan US, Selepas Solat Jumaat Hari Ini

PERHATIAN: Salam buat semua rakan rakan bloggers, sahabat seperjuangan... Untuk makluman Misi Foltilla II yang juga disertai oleh Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin sekarang sedang berada dengan tekanan, ugutan, ancaman dan sabotaj oleh pihak Israel Laknatullah! Ini ditambah buruk lagi dengan lampu hijau yang diberi oleh Hilary Clinton Kepada pihak Israel menyerang kapal tersebut.

Oleh yang demikian, hari ini 1/7 hari jumaat jam 2 petang selepas solat jumaat Pergerakan Pemuda UMNO bersama Life Line For Gaza  LL4G akan berhimpun dihadapan Kedutaan US di Jalan Tun Razak untuk menuntut jaminan keselamatan keatas Misi tersebut.

Seramai 10 sukarelawan Malaysia termasuk beberapa pengamal media menyertai lebih 1,000 sukarelawan daripada lebih 600 NGO dunia belayar ke perairan Gaza dengan menaiki 13 kapal penumpang.

Tiga dari kapal itu merupakan kapal kargo yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan seperti simen kepada 1.5 juta rakyat Palestin

Harap dapat panjangkan jemputan ini. Salam Keamanan buat Palestine!!! Allahuakbar!!!!