Wednesday, July 13, 2011

Kenyataan Media PDRM: Gambar Sebenar Allahyarham Baharuddin Mangsa Bersih 2.0


Wajah sebenar Allahyarham Baharuddin Bin Ahmad.. 
Sama samalah kita sedekahkan Al-fatihah..

Pura pura mati... Lakon layar oleh Topeng Perak Faking SHIT

Kenyataan Media PDRM

Pada 9 Julai 2011, seorang lelaki telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang ahli perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalanraya adalah merupakan Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Sehubungan itu, pihak polis telah menyiasat dan mengenalpasti bahawa gambar dan video yang disebarkan di media sosial tersebut adalah bukan gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad adalah seperti yang dikepilkan.

Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN
PDRM

Info: Media Cyber
Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar. Sila baca disini....

Hadi Sengaja Kantoikan Anwar!

(Gambar Anwar tersenyum selepas berjaya menangguhkan kes Jubo Saiful)

Anwar Ibrahim cakap Tok Guru Hadi dilayan teruk semasa ditahan demo bersih sabtu lalu. Tapi Tok Guru sendiri cakap layanan PDRM baik!

Anwar Ibrahim gagal untuk membohongi rakyat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu.

Ia berikutan pengakuan Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan.

Kenyataan tersebut bercanggah dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap.

"Dengan pertolongan Allah SWT, semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa pergi hantar sampai ke rumah. Saya ucap terima kasih banyak. Saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja," katanya.

Kenyataan Hadi tersebut menunjukkan beliau sudah bosan dan meluat dengan pembohongan Anwar!
Anwar berlakon semata mata untuk meraih simpati dari rakyat. Kononnya kerajaan BN dan PDRM zalim!

Pujian harus diberikan kepada Hadi kerana 'ada berani sikit' untuk membongkar penipuan Anwar dan ianya sangat tepat dan sesuai pada waktunya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lakonan Anwar Berjaya Tangguhkan Kes Liwat Saiful

Anwar Ibrahim menarik nafas lega sekali lagi apabila Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 hingga 26 Ogos ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu di peringkat bela diri. Baca lagi...

Rakyat sudah memahami taktik dan kenal siapa Anwar Drama King.. Anwar akan lakukan apa saja untuk menangguhkan kes Liwatnya!! Kalau benar kenapa takut lawan! sampai bila nak tangguhkan kes liwat ini? Yang salah tetap bersalah!

Video Tian Chua Menganas Serang Polis



http://youtu.be/uFWduXFANAI

Pembangkang dipercayai sengaja merancang drama bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera semasa menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di KL Sentral Sabtu lalu.

Hakikat itu terbukti apabila satu rakaman video mendedahkan bagaimana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, mengetuai puluhan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama dengan Anwar di situ.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan kononnya polis bertindak ganas sewaktu menyuraikan demonstrasi haram itu, sebaliknya mendedahkan hakikat sebenar iaitu, golongan yang liar adalah pihak pembangkang dan pihak berkuasa cuma mempertahankan diri.

Serang!!!!!! Serang!!!!

Video diatas dengan jelas memaparkan Tian Chua serta puluhan lelaki melaungkan perkataan 'serang' kemudian membuat kiraan satu sampai tiga, sebelum meluru ke arah FRU.

Keadaan itu memaksa, anggota FRU yang berada kira-kira 10 meter dari Tian Chua dan kumpulan perusuh, melepaskan gas pemedih mata yang mana salah satu daripada kelongsong peluru dipercayai terkena muka pengawal peribadi Anwar. Dan pada waktu itulah Anwar mengambil kesempatan berlakon cedera parah...

KANTOI LAGI!!

Tuesday, July 12, 2011

Selak Sikit: Kisah Pembunuhan Mangsa Bersih 2.0

Sebenarnya tidak elok jika kita politikan isu kematian... kerana ajal dan maut itu ditangan tuhan... tetapi oleh kerana puak Pakatan Haram nampak terdesak untuk menjaja cerita kematian demi kepentingan politik mereka.. Kita selak sikit Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar. Sila baca disini....

p/s: Harap Latheefa Koya baca dan komen artikel tersebut... jangan suka syok sendiri...