Sunday, July 17, 2011

PAS 'Sujud' Perintah DAP Part II


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Nor Adam hari ini menyelar Puak PAS yang menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

"Akhirnya PAS terbukti sebagai Parti yang berkiblatkan DAP. Dalam kenyataan Hj Hadi tadi, beliau menegaskan bahawa PAS tarik balik larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan ramadhan."

"Dulu beria beria nak tutup semua pusat hiburan jika dapat memerintah. Sekarang tutup bulan ramadhan pun tak boleh takut DAP marah."

"Amat menyedihkan. Lain kali jangan janji perkara yg tak mampu kamu lakukan." Kata Lokman.

PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam demi menjaga hati parti sekutu mereka. Pas lebih Takut DAP dari Allah. Fikir fikirkanlah...

PAS 'Sujud' Perintah DAP Part I http://bit.ly/prfeAg

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BERSIH 2.0: Saya Nak Tumbuk Anwar - Kamariya

Kamariya Rejab menunjukkan kad kahwin anak tunggalnya 
dan laporan polis terhadap perhimpunan haram Bersih 
di Kuala Lumpur, semalam.

Sape tak bengang? Kalau orang lain berada di tempat kak kamariya ni bukan setakat tumbuk lagi... pijak pijakkan saja si Nuar ni! Apa pun tak boleh! Apa pun tak boleh! Dibawah luahan Kak Kamariya...

"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.
"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

Tian Chua Sebut Al fatihah? Sekadar Perkataan Lazim Disebut Atau Jelas Tahu Maksudnya?

 

Tian Chua boleh taip AL-FATIHAH untuk ucapan pemergian seorang pemimpin yang dikhabarkan meninggal. Setakat ini,  masih menjejak kesahihan kedudukan sebenar, adakah benar telah meninggal dunia ataupun masih hidup cuma krtikal. 

Namun jika seorang bukan Islam melafazkan kalimah Assalamualaikum, kita yang tahu dia bukan Muslim tak akan menjawab salamnya seperti kebiasaan kita lafazkan ketika menjawab salam untuk muslim. bagaimana sebutan Al Fatihah? Baca disini....

Apabila Chegu Bard Jadi Malaikat Maut!

Apabila Chegu Bard PKR jadi Malaikat maut! Habis kecoh tersebar berita palsu permergian Dr. Lo' Lo'.

Sebenarnya berita mengenai pemergian Dr. Lo' Lo' adalah tidak benar! Keadaannya tenat. Doakan beliau akan pulih.

Terdahulu Chegu Bard (PKR) menyebarkan berita kematiaan Dr Lolo melalui laman sosial twitternya @chegubard: Al Fatihah, seorang pejuang yg tak kenal erti putus asa YB Dr. Lolo telah meninggal..

Tak habis habis nak menipu Lady Bard ni!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Al Fatihah: Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan Nafasnya Sebentar Tadi

Al Fatihah, Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan Nafasnya baru sebentar tadi. Semoga rohnya di cucuri Rahmat. Salam Takziah kepada keluarga beliau.

Disahkan oleh Chegu Bard (PKR) melalui laman sosial twitter @chegubard: Al Fatihah, seorang pejuang yg tak kenal erti putus asa YB Dr. Lolo telah meninggal..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS 'Sujud' Perintah DAP

Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Rabu lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan 1997.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.

Tindakan ini jelas menunjukkan PAS menipu dan mengkhianati islam tetapi, sayangnya kebanyakan ahli-ahli PAS tidak memahaminya, kerana kebodohan mereka sendiri. Mereka terpengaruh dengan beberapa kerat individu yang bertopengkan ulama tetapi anehnya tidak mampu mempertahankan perjuangan Islam.

PAS dilihat berusaha untuk bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara islam yang diperjuangkan oleh PAS, tetapi PAS melupakan itu semua kerana kepentingan politik.

Nota: Pada 19 Nov 2008, Kerajaan PAS Kedah meluluskan tapak seluas 162 hektar sebagai ladang babi moden di Bukit Selembau. Sejumlah 46,000 ekor babi akan diternakan dalam ladang itu.

Semuanya untuk memujuk hati seorang wakil DAP yang mahu lompat parti. DAP ugut PAS dengan kandang babi sebagai ganjaran. Orang islam minta masjid.

Berhati-hatilah jangan sampai anda dikhianati!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone