Wednesday, July 27, 2011

Video Percubaan AMK Biadap Sabotaj Najib Di KL Sentral

Perhatian: Video ini diambil dari TV Pas, walau bagaimanapun anda tidak digalakan menonton siaran video Pas ini selalu kerana ia boleh menyesatkan minda anda.



Kejadian berlaku ketika Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri tiba dengan menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya bagi pelancaran kibar Jalur Gemilang 2011.

Zaki (AMK PKR) dilihat cuba mendekati PM Najib dengan cara yang kurang sopan, bagi menyerahkan sepucuk surat yang dipercayai mengandungi memorandum tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Bagaimanapun beliau dihalang oleh kira-kira empat pengawal peribadi Perdana Menteri.

Ini adalah perbuatan yang terancang, bagi sabotaj program PM ketika bertemu rakyat. Kesian Anak Muda Keliru AMK tak habis-habis buat perkara yang tak berfaedah.

10 Di Tangkap Sabotaj Najib Di KL Sentral


Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba sabotaj program PM Datuk Seri Najib Razak



Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.


Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Panas: Karikatur Utusan Perli Mat Sabu


Buta Kenderaan:


Cikgu: Ok murid-murid semua ikut cikgu sebut ya... Ini Landrover!
Anak murid: Ini Landrover!


Cikgu: Ini Pajero! Ini Waja!
Anak murid:  Ini Pajero! Ini Waja!


Cikgu: Ok cuba adik Mat Bu U turn sebut nama-nama kenderaan tadi. (kah kah kah... part ni aku tak boleh tahan.. pecah perut)


Adik Mat Bu U Turn: Ermm... errr... emm.... Waja, Landrover tak kenal yang mana satu cikgu.

Dalam hati Cikgu: Memang bengap! (wakakakakaka!)