Thursday, August 4, 2011

Nik Aziz Bazir Duit Rakyat Guna Plat Kenderaan Mewah


Ternyata Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang menggunakan agama untuk kepentingan diri kerana cakap tidak serupa bikin....


Artikel ini Ibarat Ludah Ke Langit Jatuh ke Muka Sendiri...

 


Syaitan PAS Terlepas Di Bulan Ramadhan, Fitnah Najib!


Macammana SETAN ni boleh terlepas masa bulan puasa ni... Mungkin Nik Aziz terlupa tutup pintu neraka kot!

Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan tidak benar dan membuktikan Pas sudah ketandusan isu, kata Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dibuatnya pada satu sidang akhbar di sini hari ini menunjukkan parti itu sengaja mengadakan isu itu bagi mewujudkan suasana berpecah-belah dalam kalangan anggota UMNO yang kini mantap menyokong Najib.

“Bagaimana seorang presiden parti (Najib) boleh menjadi liabiliti kepada parti yang semakin bagus prestasinya?” kata Badruddin kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Mustafa kononnya UMNO menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman UMNO dan wujudnya gerakan serius dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

 Apa perjuangan Pas yang sebenarnya.. 
Bulan puasa pun nak tabur fitnah???

YB Zuraida PKR Mempuyai Rekod Saman Jalan Raya Yang Hitam

Besarnya mulut...
Patutlah kemalangan jalan raya dan jenayah di Malaysia sering meningkat, rupanya ada Mak Lapir Fast Furious 5 pandu kereta secara merbahaya...

Screen Shot dari blogger Anak Seberang. 
Dalam bulan lepas sahaja YB Zuraidah telah melakukan dua kesalahan jalan raya.
oppsss.... saman tahun lepas bila nak bayar?

Tujuh (7) jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan:

i. Memotong barisan
ii. Memotong di garisan kembar
iii. Tidak mematuhi lampu isyarat merah
iv. Menggunakan lorong kecemasan
v. Memandu secara bahaya (guna telefon bimbit semasa memandu tanpa alat bebas tangan)
vi. Cermin gelap
vii. Lain-lain kesalahan

Dua (2) jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-

i. Tidak memakai topi keledar
ii. Tidak memakai tali pinggang keledar



"Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” perkataan ini sering dilaungkan oleh pemimpin pakatan pembangkang, tapi... inikah contoh pemimpin yang disyorkan oleh parti PKR kepada rakyat? Mendidik anak muda supaya tidak menghormati dan mematuhi Undang-Undang Jalan raya?

Kesalahan serius YB Zuraida Kamarudin MP Ampang ialah no iii. Tidak mematuhi lampu isyarat merah yang boleh menyebabkan kemalangan dan boleh membawa maut kepada penguna jalan raya yang lain.

Semakan No Pendaftaran kereta WTY 1547 dan WRL 575 kedua-duanya didaftarkan diatas nama Zuraida Kamarudin yang juga Ketua Wanita PKR.

Tak kiralah sama ada YB Zuraidah atau drivernya yang melakukan kesalahan tersebut, YB Zuraida haruslah mematuhi undang-undang jalan raya dan menjadi tauladan yang baik kepada anak muda.

Bukti Azmin Ali & Khalid Ibrahim Campurtangan di UNISEL


Terdapat beberapa bukti campurtangan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim hingga menyebabkan perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL. Malah Khalid Ibrahim tidak menafikan beliau campur tangan di UNISEL (baca sini). 

Azmin Ali menulis di Twitter kononnya inginkan Naib Canselor yang memahami aspirasi pelajar. Bukan aspirasi pelajar yang dimahukan Azmin, tetapi aspirasi PKR dan DAP yang dimahukan. 

Apa yang dimahukan oleh Khalid Ibrahim perlu dilaksanakan oleh Naib Canselor UNISEL biarpun tidak mengikut prosedur.

DAP dan PKR telah meruntuhkan gedung ilmu di UNISEL dengan mendesak memecat tiga orang pegawai di UNISEL. Memo di bawah ini adalah bukti campur tangan Khalid Ibrahim yang mahu UNISEL jadi universiti PKR dan DAP.

Inilah kalau politik sudah masuk dalam universiti. Seharusnya Kerajaan PKR Selangor yang tidak pandai mentadbir tidak mencampuri urusan Unisel. Ini akan memberi kesan buruk kepada universiti. Perlukah semuanya hendak campur tangan?


 Bukti penglibatan Khalid Ibrahim dalam kemelut perletakkan jawatan TNC Unisel

Artikel terdahulu: Siapa Yang Pegang Peranan Naib Canselor UNISEL Sebenarnya?

Info-Angin Perubahan

MAGARAN Mahu Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Pelakon Video Seks


Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) hari ini telah menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Undang-Undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mengenal pasti pelakon video seks tersebut, berdasarkan Seksyen 2 (1) (D) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

”Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ini memberikan kuasa kepada Duli Paduka Tuanku untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam. Sesungguhnya hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja nanti akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pemimpin terbaik untuk Negara.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili rakan-rakan NGO, bloger dan facebooker serta rakyat biasa yang ingin mengetahui kebenaran, memohon kepada Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam rakaman video lucah yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Zubir Abdullah, wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong sebentar tadi di Istana Negara.

Ujarnya, pada 21 hb Mac 2011, masyarakat dikejutkan dengan berita penayangan satu klip video lucah di Carcosa Sri Negara oleh pihak yang bergelar Dato T kepada sekumpulan wartawan.

Pada 22 hb Mac 2011, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis berkaitan penayangan video lucah di Carcosa Sri Negara dan seterusnya membuat satu sidang media menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

“Semenjak dari tarikh tersebut, masyarakat telah mula bertelagah dan berpolemik tentang siapa lelaki pelaku dalam video seks berkenaan tanpa ada kesudahannya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa dan fitnah memfitnah di kalangan masyarakat. Semua kekusutan ini perlu di selesaikan dengan menurut saluran perundangan yang betul demi untuk mengelakkan fitnah terus berleluasa menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.

Maka sebuah panel bebas sewajarnya di tubuhkan untuk menyiasat identiti siapa pelaku dalam video seks berkenaan. Ini kerana wujud kebarangkalian pelaku dalam video seks berkenaan berkemungkinan akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, ujarnya sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung perlembagaan dan rukunegara serta nilai-nilai moral untuk terus maju ke hadapan dengan acuan kita sendiri, setiap daripada kita bukan sahaja seharusnya bersih tetapi seharusnya di lihat bersih, tanpa mengira status kita samada rakyat biasa atau pemimpin Negara.

Oleh itu, bagi menzahirkan kebenaran, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui samada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video lucah itu atau tidak. Apa jua keputusan Suruhanjaya DiRaja ini akan menghentikan fitnah dan akan membolehkan pihak-pihak yang teraniaya untuk membersihkan nama masing-masing.

“Laporan siasatan Suruhanjaya Di Raja ini juga akan dapat menyelamatkan Negara daripada dipimpin oleh pemimpin yang berakhlak keji, yang berpura-pura dan hipokrit,” ujarnya lagi.

Sumber-Sahabat Gunung