Sunday, August 7, 2011

SimplySiti Tiada DNA Babi


Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.

"Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Sabtu.



Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.

"SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.

"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.

"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya.

Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.

Ni mesti puak pembangkang punya kerja sebar fitnah!!

Pemuda UMNO Selar Kerajaan Pakatan Pembangkang Robohkan Asrama Yayasan Selangor

Pen. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, ini membuktikan kerajaan Selangor tak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana nak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan.

Adakah ini model negeri kebajikan yang sering diwar-warkan pakatan pembangkang? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.

Menurut Datuk Megat, “Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.

“Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR negeri Selangor.”

Asrama Yayasan Selangor selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan “khamil”, kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada pihak mengaut keuntungan peribadi.

“Saya percaya, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar “wayang dan lakonan” bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.

“Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi yang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan,” tambahnya. -Pemuda UMNO

Ahli Puteri UMNO Kini Cecah 360,000 Orang Mantop!

Dato' Siti Nurhaliza Tak Nak Join PU3 Ke?

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata usaha agresif pergerakan itu dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakanitu kini mencecah 360,000.

Jelas beliau pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.

“Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan,” katanya.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri UMNO akan menjadi nadi kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat.

Sumber: UMNO-Online

Isu Gereja DUMC: Hasan Ali Rela Di Pecat Dari Parti "Kluk Klek"


Bukan menjadi satu rahsia lagi Pas hanya bukan sekadar budak suruhan, rupa-rupanya lebih teruk daripada apa yang disangkakan… Ingatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempunyai taring, namun sekadar “taring palsu” yang boleh dicabut sesuka hati oleh sekutunya.



Inilah nasib pemimpin PAS... DAP gertak sikit PAS dah goyang.... Hasan Ali keluar sahaja lah dari PAS, berjuang dengan bebas untuk agama bukan untuk Parti yang "kluk-klek".

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membidas Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat hari ini dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Menurut sumber, Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Blogger Pembangkang Dah Start Balun Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim, Azmin Ali Dan Hasan Ali

Tak boleh pakai punya blogger...
habis duit berjuta.. last2 balun aku balik!

Nampaknya isu serbu Gereja DUMC menjadi backfire pula kepada pemimpin pembangkang apabila blogger pro-pembangkang sendiri mengutuk pemimpin mereka secara terbuka. Aduss panas telinga beb....

Berikut adalah diantara luahan dari blogger Penarik Beca (http://penarikbeca.blogspot.com) dan BlogList Malaysia (http://bloglistpolitik.blogspot.com) :



Balik kepada cerita Ustaz bodoh. Saya rasa dalam Jais bersepah-sepah jenis Ustaz bodoh. Sebab tu depa selalu buat keja bodoh. Jais tak pernah saya nampak naik darjah dari dahulu hingga sekarang. Dok bodoh situlah.

Alangkah malangnya jika hal ehwal agama Islam ditadbir oleh jenis-jenis Ustaz bodoh.

Dalam perang pun tak boleh kita langgar dan serang rumah ibadat orang bukan Islam. Kalau pun konon ada bukti ada berlaku pengembangan agama, bukti tu kena disiarkhabarkan dahulu semua semua umat Islam boleh sedar - sentiasa alert. Bukan main serbu rumah ibadat agama macam segerombolan lebai bangang. Cuba tunjuk dalam sejarah Islam kalau Nabi s.'a.w.w. pernah mengkasari rumah ibadat agama lain? Mengaji agama, tapi tak reti agama. Lepas tu berlagak pulak macam pandai sangat.

Kalau ada bukti depa nak kembangkan agama Kristian kepada orang Islam, nak simpan buat apa? Bagi tau kepada seluruh dunia. Pastikan bukti itu tak boleh orang dispute. Beyond reasonable doubt. Kalau betul ada bukti, hampa ingat orang Islam nak duduk diam?!!

Lagi pun, kalau ada bukti, perbuatan itu bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Kalau ada bukti, awat dok bodoh sangat dan tak dakwa dalam mahkamah?!

Tak pa la Jais tu. Dah bodoh, nak buat lagu mana. Dr Hasan pun sama - saya tidak pernah nampak dia cerdik. Jenis kalau Umno pun puji dia, jenis tu dah tak boleh ambil kira dah.

Tapi yang saya nak kata padan muka ialah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Hari tu, bila PAS dah tak lantik Dr Hasan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, dia dah ada sebab untuk gantikan Mamat tu dengan orang lain. Tapi dia nak tunjuk baik, tunjuk gentleman konon, walaupun dah macam-macam Dr Hasan kata kat dia (saya dengar sendiri rakaman pertemuan Dr Hasan dengan Pemuda PAS di Selangor).

Kalau setakat Dr Hasan Ali pun Khalid lembik dan tak boleh buat, Azmin Ali tak payah cakap la. Sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim panggil mengadap bagi tounge lashing cukup-cukup untuk pastikan Azmin tak digugat macam sebelum pemilihan PKR dulu, habislah Khalid!

Dilihat cerdik dan tak ada rekod rasuah sahaja tak cukup, Khalid. Rakyat juga perlukan Menteri Besar yang tegas dan berani walaupun terhadap jenis macam Azmin dan Anwar sekalipun. Ni dengan Dr Hasan Ali pun tak berani! - Penarik Beca

Emmr hentam dah ok, tapi sayang bahasa yang di gunakan oleh blogger pembangkang ini begitu teruk dan kasar sekali... Inilah sebenarnya ajaran yang di bawa oleh Puak Pakatan Pembangkang.

Info-MIM

[video inside] Pengumuman Harga Barang Naik Tengah Malam Ini




BERSIH. Dari Hati yang bersih... Utamakan rakyat.  Menolak pakatan rakyat dan rakyat dahulukan. Beli barangan dengan harga murah Di Kedai 1 Malaysia.