Thursday, August 11, 2011

Gabungan Gerakan Cegah Murtad, Persatuan Veteran Tentera Melayu Serah memorandum Kepada JAIS Dan Khalid Ibrahim


Jurucakap Gabungan Gerakan Cegah Murtad (GCM), Hamidzun Khairuddin (tengah, kiri) menyerahkan memorandum sokongan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diwakili Pengarah Penguat Kuasa JAIS, Mohd Rais Rasid di hadapan bangunan JAIS, Shah Alam. -Gambar Utusan


Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berkumpul dan mengangkat sepanduk sebelum menyerahkan memorandum rasa ketidakpuasan hati dan desakan kepada Menteri Besar Selangor supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam Negeri selangor dan memohan maaf kepada Sultan Selangor di hadapan pintu masuk Bangunan Setiusaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Shah Alam. - Gambar Utusan.


Veteran komando malaysia serbu Khalid gagap pasal isu gereja dan murtad -Gambar GAP

Mati Hidup Semula... Kemudian Jadi Gila... Terbaru Shuhardi Mahu Saman Penulis Blog... Lepas Ni Apa Pulak?


Shuhardi Mat Isa pelakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.

Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

Saman tersebut akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "pro-kerajaan".

Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.

Siapa yang berniat jahat sebenarnya?
Kalau kita tengok gambar ni betul-betul kita dapat rasakan siapa sebenarnya yang berniat jahat!

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Shuhardi gagal memberi sebarang bukti.

Shuhardi kata dia gila selama tujuh hari! so... macam mana Shuhardi boleh ingat babak lakonannya yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... ?

Dalam pembangkang tidak ada apa yang mereka tak boleh bohong… Justeru tidaklah sesuatu yang mengejutkan kalau dengar berita mereka boleh bagi hidup orang mati.

Kalau dah dasar pembohong tu pembohong jugak!

Memang gila layan kes Shuhardi ni bro!!

7 Saksi Telah Ditemu Bual Peguam Anwar


Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan membela diri atas pertuduhan meliwat pada Isnin ini, berada pada sesi temu bual dengan bakal-bakal saksi pembelaan.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun tidak dibenarkan turut serta secara aktif terutamanya dalam bertanyakan soalan kepada saksi-saksi tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan C. K. Wong bagi pihak pendakwaan dan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, di kamar beliau hari ini.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan membuat bantahan tidak rasmi berhubung kehadiran Anwar di bilik temu bual.

Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah menyebabkan dua saksi; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof, enggan ditemu bual.

Antara alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung isu tersebut adalah bagi mengelakkan Anwar mengubahsuai keterangannya setelah mendengar keterangan saksi-saksi.

Ia juga bagi mengelakkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menakut-nakutkan saksi kerana terdapat beberapa kali prosiding di mahkamah menunjukkan peguam-peguam bela Anwar gagal mengawal anak guamnya.

Karpal bagaimanapun berhujah bahawa Anwar perlu ada di sepanjang sesi temu bual tersebut kerana itu adalah haknya sebagai tertuduh.

Anwar, 64, diperintah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beberapa minit selepas hakim membuat keputusan tersebut, Karpal memaklumkan kepada petugas media, pihaknya akan menuju ke tingkat enam kompleks mahkamah terbabit bagi menemu bual tujuh orang saksi.

Saksi-saksi tersebut ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan; pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Jeyaindran; ahli korporat, Datuk Nik Mohd. Sidek Nik Abu Bakar dan bekas doktor di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Suresh Naidu.

Turut hadir ialah mereka yang didakwa di unit bertentangan dengan tempat kejadian pada 26 Jun 2008 iaitu bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem, pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Selepas temu bual itu berakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Anwar dilihat meninggalkan kompleks mahkamah tanpa memberikan sebarang komen dan hanya menyatakan ‘jumpa anda di mahkamah’ kepada pihak media.

Karpal bersama peguam-peguam lain yang turut hadir dalam temu bual itu, Sankara Nair, Ram Karpal Singh dan Datuk Param Cumaraswamy juga enggan memberikan sebarang komen termasuk sama ada saksi-saksi memberi kerjasama dalam menjawab setiap soalan.

Peguam bela utama itu hanya mengesahkan kehadiran tujuh orang saksi tersebut dan memberitahu dua lagi saksi akan hadir esok untuk ditemu bual