Sunday, September 25, 2011

English Premier League Result


Liverpool 2-1 Wolverhampton Wanderers


Newcastle United 3-1 Blackburn Rovers


West Bromwich Albion 0-0 Fulham


Wigan Athletic 1-2 Tottenham Hotspur


Chelsea 4-1 Swansea City


Arsenal 3-0 Bolton Wanderers


Manchester City 2-0 Everton


Stoke City 1-1 Manchester United

NASA's 6-Ton UARS Satellite Falls To Earth


A school bus size NASA satellite plummeted back to Earth overnight, being torn apart as it reentered the atmosphere and fell over the Pacific Ocean, the space agency said.

Exactly when and where the Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) fell, as well as the fate of any debris that may have made it all the way to the ground, was not yet known.

UARS "fell back to Earth between 11:23 p.m. EDT Friday, Sept. 23 and 1:09 a.m. EDT Sept. 24," NASA wrote on its website. "The precise re-entry time and location are not yet known with certainty."

UARS, which was launched on space shuttle Discovery in September 1991, began its uncontrolled re-entry over the Pacific Ocean, according to the Joint Space Operations Center at Vandenberg Air Force Base in California. NASA orbital debris scientists and U.S. Strategic Command had been carefully tracking UARS for the past two weeks after it was clear that the satellite's fall was approaching.

Prior to its plunge, UARS path around the planet meant it could have scattered its debris almost anywhere over the world's most populated regions. With a 1 in 3,200 chance that someone could have been struct by a piece of UARS, the satellite's descent into the atmosphere drew worldwide attention.


Agensi Angkasa Negara hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

Satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.

Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

Saturday, September 24, 2011

Hudud Hanya Taktik PAS Untuk Tagih Perhatian Rakyat - DS Najib


"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

“Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

“Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang.

Datuk Seri Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.
“Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

“Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

“Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam “Kabinet Bayangan” mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka,” katanya.

Ditanya mengenai pendirian kerajaan berhubung hukum hudud, Datuk Seri Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di dalam negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Hudud: Karpal Singh Mahu Adakan Mesyuarat Tergempar Pakatan Haram!

Isu Hudud: Karpal Singh Kata Nik Aziz Nyanyuk! Mudah Lupa!