Sunday, October 2, 2011

Karpal Boikot Sambutan 60 Tahun PAS!


Ketidakhadiran Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh di majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi menjadi tanda persoalan orang ramai? Hinggakan ada suara-suara yang mengatakan bahawa Karpal memboikot majlis tersebut.

Semuanya kerana isu Hukum Hudud, membuatkan kedua-dua orang lama atau dengan panggilan mesra "orang tua Pakatan Haram" ini tidak boleh bersemuka... Kemelut antara PAS dan DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang ditimbulkan Mursyidul Am mendapat tentangan dari DAP.

Kegagalan pakatan pembangkang untuk mencapai kata sepakat berhubung pelaksanaan hukum hudud, membuktikan Pas, PKR dan DAP merupakan parti yang tidak mempunyai konsep pentadbiran negara yang jelas.

Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal.

Tapi hari ini Karpal berkata "Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat baik ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Terdapat percangahan kenyataan disini... kalau Karpal sudah beritahu ibu pejabat kenapa ahlul-ahlul DAP dan PAS yang lain tidak dapat mejelaskan kenapa Karpal tidak hadir semalam?

Jelas kita lihat Karpal sengaja mengelak untuk hadir dimajlis tersebut kerana keciwa dengan sikap Nik Aziz, justeru alasan yang diberinya "tidak sihat..."

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang...

Bilalah agaknya kedua-dua orang tua ni nak bersara... Adakah Pakatan Haram kekurangan pemimpin untuk mengantikan mereka? Atau pun jawatan yang mereka pegang itu jawatan seumur hidup?

Buang karen jer sokong Pakatan Haram ni... Langsung tidak membawa apa-apa kemajuan, menjahanamkan negara adalah.....

Maki Hamun Namewee Lucah: Adibah Noor Kesal... Afdlin Shauki Tidak Sokong!


"Saya kesal dua perkara," kata Adibah Noor bila diminta memberi komen tentang tindakan Namewee meluahkan perasaan amarahnya terhadap seorang wartawan Utusan di YouTube beberapa hari lalu.

"Satu, Namewee tidak mampu kawal panas barannya. Kedua, kita yang dapat menghampirinya masih tidak dapat pimpin dia. 'Kita' merujuk kepada sesiapa yang dapat berjumpa dan bekerjasama dengannya.

"Seperti bila bekerjasama di dalam filem 'Nasi Lemak 2.0', saya cuba tunjukkan yang bangsa kita tidak seperti yang disangka, that 'Hello, boy. Wake up, everyone is just like you.'



"Bila dapat tahu (tentang video itu), 'Alamak, apa budak ni nak buat.' Rilekslah dulu. Jika masyarakat nak benci, biarlah. Tapi cuba fahami where he's coming from.

"Baik saya mahupun Afdlin (Shauki) tidak menyokong tindakannya. Kita tak suka but what are we doing about it? Adakah kita nak biarkan dia menjerit seorang diri? Atau adakah kita akan pimpinnya? Sebaiknya, kita duduk dengannya, cakap cara baik dan tanya, bagaimana kita boleh menolong anda." - GUA

Budak Namewee ni akal dia pendek... buang karen je bimbing dia, tak makan saman! bukan sekali dua dia buat onar!

Mat Sabu Dan Unit Amal PAS Akan Buat Kecoh Di Negeri Sembilan Pada 6 Oktober Ini...

Pulau Pinang: Kerana Tertipu, 37 Ahli Pas Keluar Parti Sertai UMNO


Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.


Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.

Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.

“Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,” katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.

“Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.

“Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda,” katanya.

Mat Sabu Dan Unit Amal PAS Akan Buat Kecoh Di Negeri Sembilan Pada 6 Oktober Ini...


6 Oktober ini dijangkan akan berlaku kekecohan lagi di Negeri Sembilan ekoran kedegilan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang mahu meneruskan program ceramahnya walaupun sebelum ini tercetus pergaduhan di ceramahnya yang terdahulu di Seremban.

Menurut info yang diterima, Mat Sabu mengarahkan Unit Amal PAS dari luar Negeri Sembilan untuk turun pada malam itu bagi mengelak sebarang kemungkin yang akan berlaku nanti.

Kehadiran orang luar ini juga akan menimbulkan rasa tidak senang hati kepada penduduk tempatan, menurut kata salah seorang penduduk Sdr Yusafizan Johar "kehadiran Mat Sabu bersama Unit Amal PAS ini akan menimbulkan lagi kemarahan penduduk tempatan..."

"Kami tidak suka orang luar masuk kawasan kami... tambah lagi orang seperti Mat Sabu seorang pengkhianat kepada agama bangsa dan negara".

Tambah Yusafizan lagi, "Yang samseng sebenarnya mereka(PAS) entah darimana mereka datang, ceroboh tempat orang lepas tu buat kecoh... mereka suka memfitnah orang lain, sedangkan agama islam tidak mengajar kita berbuat demikian".

Selain dari itu menurut beberapa sumber menyatakan bahawa, Chegu Bard PKR juga telah mengupah sebanyak RM100 setiap seorang kepada beberapa budak bermotosikal untuk membuat kecoh sekiranya berlaku pergaduhan di ceramah beliau dan Mat Sabu pada 6 Oktober nanti...

Jika berlaku sebarang pergaduhan pada ceramah tersebut nanti mereka akan menyalahkan Umno... Mereka akan kata Umno samseng dan sebagainya, sebenarnya semuanya sudah dirancang terlebih dahulu.

Saturday, October 1, 2011

Kenapa Anwar, Shamsidar Bawa Anak Jalani Ujian DNA Di Singapura ?

Petikan dari buku "Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi', terbitan IKD 2005

Fakta ini bersumberkan buku yang diterbitkan oleh badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) yang menyebut Azmin Ali dan Shamsidar Taharin membawa anak perempuannya ke Singapura untuk menjalani ujian DNA.
Ujian DNA dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998.
Kenyataan badan pemikir Anwar ini mengundang dua persoalan besar.
Pertama, jika Azmin dan Shamsidar benar-benar yakin ‘anak yang dituduh itu’ adalah anak mereka kenapa mereka sendiri tidak yakin dan perlu menjalani ujian DNA hingga sampai ke Singapura ?
Kedua, apakah bukti yang boleh mengesahkan bahawa ujian DNA itu dilakukan kepada ‘anak yang dituduh’ dan bukannya ‘anak perempuan yang lain‘, kerana bekas Ketua Polis Negara pernah mengeluarkan kenyataan Azmin dan Shamsidar tidak mahu bekerjasama dengan membenarkan ujian DNA dilakukan kepada ‘anak yang dituduh’, malah Anwar sendiri campur tangan dengan melarang ujian DNA dijalankan kepada ‘anak yang dituduh’ serta mengarahkan pihak polis menerima apa sahaja darah, ujian yang diberikan Shamsidar.
Anwar dipecat pada 2 September 1998, kerana dakwaan melakukan hubungan seks luar tabie dengan isteri orang dan lelaki, namun Azmin dan Shamsidar sudah buat persediaan awal, dua bulan yakni 2 Julai sebelum Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.
Kerana faktor hubungan sulit dengan Shamsidar juga, Anwar dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November 1998 dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun pada 7 Julai 1999. Klik di sini dan sini
Juga berdasarkan faktor itulah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mengesahkanDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ‘berperang dingin’ dengan Shamsidar Taharin hingga sekarang.
Sementara itu satu lagi sumber yang membongkar kisah menjalani DNA di Singapura adalah Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pegawai peribadi arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Mohamad Mahti dalam sidang media sekitar Mac lalu mendedahkan kisah silam persahabatan Anwar dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang amat akrab termasuk membantu masalah peribadi.

“Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia (Shazryl Eskay) marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia . Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia. Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam.
“Dia kata dia bawa Anwar ke Singapora guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia,” kata Mohamad Mahti yang ‘diarahkan’ pihak Anwar untuk membantai Eskay dalam isu video seks tersebut.
Kata-kata Mahti itu diucapkan secara jujur, tanpa menyedari implikasi besar kepada pihak yang disokongnya itu.
Maklumat lanjut, sila baca di sini dan sini
Sumber: AIDC