Wednesday, October 12, 2011

Pegawai Imigresen Maut Terjatuh Dari Kondominium


Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat untuk siasatan.


MAUT... Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini Selasa. Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.


Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari kediamannya dari tingkat 12, kondominium Magnaville Selayang.


Rakan terdekat mententeramkan Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas. Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Info: Bernama


Stay in touch with Bro Jinggo

Isu DUMC : Kerajaan Selangor Perlu Minta Maaf Terburu-buru Salahkan JAIS


“Apa yang penting dalam isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) ini, mereka membawa dan menyebarkan fitnah bahawa ianya satu serbuan yang tidak patut dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor terhadap sebuah gereja yang menjalankan aktiviti kegerejaan. Itulah gambaran yang diberikan kepada rakyat,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, gambaran yang diberikan kepada rakyat ini menyebabkan Menteri Besar Selangor tanpa sebab, tanpa usul periksa, tanpa menunggu laporan penuh terus melutut minta maaf kepada pihak gereja dan menyalahkan pihak JAIS.

“Itu gambaran yang diberi dahulu. Sekarang jelas, daripada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, bahawa apa yang didakyahkan itu tidak betul, sebenarnya memang wujud cubaan untuk mendakyah ajaran Kristian kepada sebahagian umat Islam sebagai aktiviti gereja tersebut dan apa yang dilakukan JAIS ialah untuk menyiasat, tiada langsung elemen serbu.

“Titah Tuanku mengesahkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor betul mengikut undang-undang dan yang paling penting, ianya benar dari segi adanya dakyah untuk memurtadkan orang Islam,” ujarnya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tegasnya, melalui titah tersebut jelas bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor termasuk Menteri Besar Selangor adalah terburu-buru, dalam nak melutut dan minta maaf kepada pihak gereja sebelum mendapat laporan penuh daripada JAIS sendiri.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan Selangor kerana memperkecilkan satu institusi yang duduk di bawah naungan Tuanku.

“Kedua, Menteri Besar dan Kerajaan Selangor harus minta maaf kepada JAIS kerana memperlekehkan dan menidakkan fungsi JAIS dalam memartabat dan menobatkan serta membela akidah umat Islam.

“Ketiga, golongan dan mereka-mereka yang memaki hamun Datuk Hassan Ali dan JAIS wajar minta maaf kerana mengambil tindakan terburu-buru menfitnah Datuk Hassan Ali yang menjadi tanggungjawab dia sebagai Exco Agama dalam mempertahankan tindakan JAIS, yang ternyata sekarang ini betul,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mendesak supaya kerajaan Selangor segera mengambil tindakan terhadap gereja ini kerana terbukti, ada kegiatan dakyah agama lain terhadap umat Islam, serta terbukti bahawa gereja ini beroperasi tanpa permit, ianya gereja haram, mengapa tidak ada sebarang tindakan sehingga sekarang?

Beliau juga mendesak institusi Islam di Selangor dimartabatkan dan diberi kuasa yang sewajarnya untuk mengambil tindakan dengan peruntukan yang cukup agar agama Islam boleh dipelihara dan dipertahan dalam negeri Selangor.

“Rumusannya pada saya, titah Sultan Selangor ini bukti bahawa kerajaan Selangor bertindak terburu-buru. Mereka sepatutnya mengambil sikap berhemah sebagaimaan Tuanku Sultan Selangor yang menunggu dulu laporan penuh dari JAIS, barulah baginda bertindak.

“Tindakan yang diambil Sultan Selangor sekarang ini, bukan bermakna baginda memihak kepada mana-mana pihak, jangan disalah tafsir apatah lagi diputar belit kononnya Tuanku hanya mengambil tindakan sekarang, sebenarnya kalau kita tengok sejarah kesultanan Selangor ini, pernah Tuanku Almarhum Sultan Salahuddin menegur kerajaan Selangor di bawah pemerintahan BN, banyak kali Tuanku tegur secara terbuka,” tambahnya.

Ini membuktikan Tuanku Sultan Sharafuddin sekarang ini merupakan kesinambungan warisan di Raja Selangor yang sentiasa meletakkan kepentingan kebajikan rakyat terdahulu tanpa mengira siapapun yang memerintah dan ini adalah tradisi yang sepatutnya dihormati dan kita sepatutnya membantu Tuanku dalam memperkukuh serta memantapkan lagi institusi Di Raja dan juga pentadbiran kerajaan. -MediaUMNO

Tuesday, October 11, 2011

Chegu Bard Disarankan Jaga Anaknya Yang Sakit, Sudah Sudah la...


Sudah-sudah la Bard, orang lain politik, politik juga tapi kebajikan anak harus dijaga... Bapa ke macam nie, anak dalam hospital di tinggalkan.


Kerana politik, Bard sanggup abaikan anaknya yang sentiasa dahagakan kasih sayang dari seorang bapa!


Dalam keadaan macam ni pun masih sempat cerita pasal politik lagi... Aku sarankan Bard (PKR) berehat dari politik untuk seketika waktu sehingga anaknya pulih sepenuhnya! Jangan menzalimi serta menggadaikan masa depan anak-anak sendiri. Fikirkanlah.

Info: Raja Laut

Twitter: Stay in touch with Bro Jinggo

Wajah Terkini Khalid Ibrahim Yang Bakal Dipecat!


Serabut ke bro..... Inilah wajah terkini MB Selangor selepas kantoi kes murtad di gereja DUMC. Bertambah serabut lagi sebab nak fikir belanjawan Selangor, payah sangat nak buat belanjawan ni sebab otak Khalid lembap sikit...

Paling Khalid serabut, isu murtad Khalid di gesa pohon maaf kepada JAIS... Malu brooooo!

Baru-baru ini berlaku pergaduhan di Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor. Apa nak jadilah parti PKR ni? Gaduh, seks, liwat dah sebati dengan parti ni...

Terbaru dengar cerita Khalid bakal di tendang dari kerusi MB Selangor (rancangan jahat Azmin Ali).

Mau tak serabut Khalid gagagap ni...

Azmin Akui Wujud Gerakan Singkirkan Khalid

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendedahkan kontroversi berhubung gesaan untuk menyingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya muncul di kalangan ahli peringkat bawahan parti itu.

Bagaimanapun menurutnya, pandangan ahli parti agar kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar digantikan telah pun ditolak oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR.

“Mana-mana pihak yang kemukakan (pandangan) sama ada dalam memorandum atau luar memorandum kita bincang secara terbuka dalam kepimpinan parti di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat.

“Jadi soal pandangan yang diberikan oleh anggota parti harus kita raikan, tapi kita telah bincang dan muafakat bahawa Tan Sri Abdul Khalid akan teruskan sebagai Menteri Besar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan sebuah blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar baru-baru ini.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa sebelum ini sering dikaitkan dengan dakwaan terlibat dalam komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Malah Mohamed Azmin turut dikaitkan terlibat dalam dakwaan pakatan 15 ahli Parlimen untuk menggulingkan Abdul Khalid pada pertengahan 2010.

Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR juga menyedari wujudnya gesaan berkenaan namun Majlis Pimpinan Pusat berpendirian untuk mengekalkan kepimpinan Abdul Khalid.
Ditanya mengenai kesahihan memorandum gesaan berkenaan, Mohamed Azmin berkata beliau tidak mengetahui mengenainya.

“Saya tidak tahu, saya tidak pernah melihat memorandum tersebut. Namun perkara ini telah dibincangkan di peringkat tertinggi parti dan kita mengambil keputusan secara kolektif supaya beliau (Abdul Khalid) teruskan.
“Perkara itu telahpun dibincang dan kita muafakat untuk mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu Mohamed Azmin turut memuji pentadbiran Abdul Khalid yang disifatkan efisyen terutamanya dalam menangani masalah rakyat.

“Beliau telah meletakkan satu asas yang cukup kuat dan kukuh di Selangor dalam pelaksanaan dasar-dasar yang peduli masalah rakyat dan diterima baik masyarakat dan rakyat keseluruhannya,” katanya – Mstar

Anwar Akui Wujud Usaha Singkir MB Selangor

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengakui wujud usaha di peringkat dalaman parti itu untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Anwar, kepimpinan tegas Abdul Khalid mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum 2008 menjadi punca kepada perasaan tidakpuas hati di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

“Yang dibangkitkan tentang cara pengurusan Menteri Besar yang agak tegas.

“Ini pandangan yang dikemukakan, dan ia telah pun kita selesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Anwar mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang dipetik daripada laman blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada beliau untuk memecat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, sistem demokrasi yang diamalkan PKR membolehkan semua pihak memberi pandangan serta menegur mengenai kepimpinan parti di semua peringkat.

“Kita ambil satu pendekatan yang demokratik, ahli boleh bantah atau kemuka cadangan minta ganti sama ada ketua umum, presiden ataupun Menteri Besar.

“Tapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik… sekarang ini kita bagi mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai MB,” katanya – Mstar


Hadoooiiiii Pecah perut aku tengok muka Khalid Kah! Kah! Kah!

Stay in touch with Bro Jinggo

Pelantar Tingkat 1 KL Sentral Runtuh

Pihak polis meninjau keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter runtuh sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat yang dalam pembinaan pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.




Keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter yang runtuh semasa pembinaan sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.

Bangunan milik MRCB dalam kawasan KL Sentral itu dibina sejak dua tahun lepas akan dikenali sebagai "Nu Sentral" mempunyai lebih 500 pekerja untuk menyiapkan pembinaan.

Seorang pekerja binaan cedera ringan apabila struktur binaan bangunan berhampiran KL Sentral di Kuala Lumpur ini runtuh.


Stay in touch with Bro Jinggo