Monday, October 17, 2011

Anwar Debat Dengan KJ, Lari Keluar Dewan! Ada Hati Nak Debat Dengan PM HAHAHA!


Lawak giler bro... tak sampai seminggu Anwar kena belasah dengan Ahli Parlimen Rembau dalam dewan yang memaksa Anwar blah terbongkok-bongkok meninggalkan Dewan Rakyat hari ini, Anwar berhajat pulak nak debat dengan Perdana Menteri? Ape kelassss bro?

Kita imbas kembali Anwar bagaikan cacing kepanasan bila KJ berhujah pasal Bajet 2012



Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat "pada bila-bila masa."

Kali ini, Anwar mahu peluang berdebat untuk menerangkan kepada Najib dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan juga bajet bayangan yang ditawarkannya.

Tak payah la buang masa! Hari tu dah kantoi pasal buku Jingga, rakyat dah tahu pembohongan Anwar ni... bosan laa....

Tu.... KJ tunggu Anwar bila-bila masa juga hahaha! Apa celop!

[video] Hina Johor: Khairy Jamaluddin Selar Lim Guan Eng Sebagai Pengkhianat Negara!


Isu hina Johor: Khairy, Azalina dan Datuk Aziz sekolahkan Ketua Menteri Pinang, Guang Eng yang mengeluarkan kenyataan BIADAP, KURANG AJAR!

Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap KM Pulau Pinang telah memburuk-burukkan negeri Johor ketika sessi bersama Foreign Coorespondents Association (FCA) Of Singapore pada 12 Ogos 2011.

 

Pihak Pembelaan Tutup Kes Liwat Anwar Ibrahim


Pihak pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menutup kes liwat yang dihadapi Ketua Pembangkang itu selepas memanggil tujuh saksi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun menetapkan esok untuk mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang akan dikemukakan oleh pasukan pendakwaan dalam usaha menyangkal keterangan pakar ortopedik, Dr. Thomas Hoogland.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata, pihaknya menampilkan saksi penyanggah memandangkan saksi pakar tersebut ada menimbulkan perkara mengenai keupayaan Anwar untuk melakukan perbuatan seperti dalam pertuduhan.



Jika peguam upahan Anwar berjaya membuktikan bahawa Anwar memang tidak berupaya melakukan seks, ini bermakna segala adegan seks dalam video yang telah disahkan 100% Anwar akan tidak relevan. Tetapi jika mereka kalah ini bermakna.....

Anwar is Dead!

Khalid Ibrahim Mangsa Politik Kotor Azmin Ali!

Nak tahu kenapa muka Khalid jadi macam ni?

Sebabnya ialah Khalid Ibrahim mangsa politik ganas Pakatan Pembangkang di Selangor

emelut dan krisis dalaman termasuk agenda menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah satu cerita baru atau dakwaan palsu yang kononnya direka oleh UMNO terutama Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ini adalah satu hakikat atau pekong yang sememangnya sukar untuk ditutup lagi sejak pakatan pembangkang menguasai Selangor

“Ini bukan cerita yang direka UMNO atau BN, Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa wujud usaha tertentu dari kalangan pemimpin PKR yang cuba menjatuhkan beliau. Ini disahkan sendiri oleh Anwar dan Azmin Ali.

“Soal siapa dan kenapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan, adalah perkara dalaman mereka. Biarpun ada berteori orang tertentu mengidam jawatan Menteri Besar, itu semua adalah sebahagian gambaran sebenar PKR yang selama ini mendabik dada bahawa parti mereka paling syumul di muka bumi ini,” demikian pandangan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

Tegas beliau lagi hakikatnya Khalid Ibrahim jelas gagal mengemudi bahtera Selangor sebagai Menteri Besar.

“Tempoh lebih tiga tahun Khalid Ibrahim khususnya pakatan pembangkang mengemudi Selangor apa yang jelas kelihatan adalah kerajaan negeri diwarnai dengan pelbagai skandal pentadbiran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sehingga membuatkan ada di kalangan ahli pakatan kurang selesa.

“Malah Khalid sendiri dilihat sekadar menjadi boneka pihak-pihak tertentu dalam pentadbirannya”, ujar beliau.

Terang Satim pelbagai isu seperti pemulangan arak, projek pasir, perumahan rakyat, kebanjiran pusat hiburan dan rumah urut termasuk isu DUMC–JAIS membuktikangayasebenar Khalid Ibrahim yang jelas menjadi keldai tunggangan kepada DAP sehingga sanggup membelakangkan baginda Sultan Selangor.

”Kini semuanya semakin bercelaru. Permasalahan rakyat yang kononnya menjadi perjuangan mereka sudah hilang entah ke mana. Perebutan kuasa dan politik sepak terajang di kalangan mereka sudah sampai ke tahap retak menanti belah.

”Jika Khalid dan konco-konconya benar-benar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, sudah pasti beliau tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat dengan menjual bangunan milik PKNS demi untuk menunjukkan kewangan negeri semakin kukuh, tidak akan tergamak menyusahkan pelajar dengan menutup asrama milik Yayasan Selangor dan sudah pasti beliau akan menghormati Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor dalam hal berkaitan akidah umat Islam!

”Namun beliau memilih untuk membelakangi rakyat dan Sultan demi untuk menjaga hati konco-konconya,” katanya yang juga merupakan ADUN Seri Serdang.

Tambah beliau lagi hari ini Khalid Ibrahim telah menjadi liabiliti kepada pakatan dan dibenci oleh rakyat Selangor kerana sikapnya yang keterlaluan menjaga kepentingan pihak tertentu.

”Maka usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau sedang giat dijalankan kononnya untuk menyelamatkan kerajaan pakatan.

“Ironinya, di sebalik semua ini mungkinkah ada tangan ghaib yang sedang mengintai peluang untuk menjarah segala hasil mahsul milik rakyat Selangor?

”Segala masalah yang selama ini membelenggu kerajaan pakatan dilonggokkan di bahu Khalid Ibrahim sebagai kambing hitam. Ini adalah sebahagian putaran ganas permainan politik pakatan. Jelas mereka ini gagal membawa kemakmuran kepada rakyat negeri Selangor sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi,” ujarnya. -MediaUMNO

Liwat II: Makamah Diberitahu Anwar, Sakit Pinggang Tidak Mampu Melakukan Aktiviti Seks!


Kes Liwat Anwar bersambung lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini pendakwa raya memohon memanggil empat saksi bagi menyangkal hujah Dr Thomas Hoogland yang menyatakan Anwar tidak mampu melakukan aktiviti seks.

Sebelum ini pakar tulang belakang saksi upahan Anwar dari Jerman, Dr Thomas Hoogland, yang kononnya pernah merawat kecederaan Anwar Ibrahim sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa agak mustahil Anwar mampu melakukan aksi liwat terhadap saiful kerana tulang belakangnya tidak mengizinkan dia berbuat begitu.

Hoogland telah memberi keterangan bahawa ia tidak kemungkinan bahawa Anwar boleh melakukan perbuatan seks yang dikatakan di atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas setiausaha politik pembangkang.

Saksi-saksi ini dipanggil untuk membantu keterangan oleh saksi pakar asing untuk tertuduh, Anwar Ibrahim. Mereka termasuk Dr Thomas Hoogland - Dutch ortopedik pakar bedah yang melakukan pembedahan di belakang Anwar.

Barang Anwar tidak berfungsi kata saksi Anwar, justeru itu Anwar tidak boleh meliwat. Apa pula kata Kak Wan Azizah isteri Anwar??? Berapa kali kantoi da saksi Anwar ni…

08:49: pasukan pendakwaan yang diketuai oleh peguam cara-general II Mohd Yusof Zainal Abiden di mahkamah di kompleks mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur.



09:05: Anwar Ibrahim tiba bersama isteri dan PKR presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat seorang pegawai kedutaan asing dari Britain memerhatikan prosiding hari ini.

09:22: Karpal Singh tiba. Pihak pendakwa raya dan pasukan pemelaan bersiap-siap.

09:23: Anwar memakai tali leher merah terang dan dia segar dari lawatan di Turki.

Terdapat kira-kira 50 orang di galeri awam tetapi banyak tempat duduk kosong.

Antaranya ialah bekas MP Bukit Bintang Dr Lee Chong Meng.

09:39: Kedua-dua pihak dilihat memasuki kamar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah,.

09:55: Pihak muncul dari dewan, dan meletakkan jubah mahkamah mereka kembali.

09:58: Anwar dan peguam termasuk Karpal mengadakan perbincangan di luar mahkamah.

10:20: MP Lembah Pantai Nurul Izzah berjalan dan duduk di sebelah ibunya, Wan Azizah.

10:37: Anwar berjalan kembali dengan peguamnya.

10:38: Mahkamah bermula dengan Hakim Zabidin yang mempengerusikan perbicaraan.