Saturday, October 22, 2011

Anak Gaddafi Pula DiBunuh!


Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), mengesahkan seorang anak Gaddafi, Mo’tassim juga terbunuh dan mayatnya dibawa ke Misrata, barat Sirte, tempat dia dan bapanya ditangkap lapor Reuters.

Seorang doktor, Ibrahim Tika memberitahu televisyen Al Arabiya, Mo’tassim mati selepas kematian bapanya.

“Terdapat kecederaan besar di dada dan bawah lehernya. Ada tiga kecederaan di belakang tubuh dan di belakang kaki.

“Ada juga kesan tembakan pada kakinya, tetapi ia luka yang dialaminya beberapa hari lalu. “Keadaan pendarahannya membuktikan dia dibunuh selepas Gaddafi,” kata Ibrahim.

Allahu Akbar! Mayat Gaddafi Dipamerkan Dalam Peti Sejuk Sebuah Pasaraya


Sewaktu Gaddafi masih hidup beliau disegani dan ditakuti rakyat!!!!, tapi lihatlah inilah balasan rakyat kepada beliau! 

Bodoh! Kemarahan hati aku sememangnya tidak dapat diselindungkan lagi! Sedih bila melihat mayat seorang Presiden seperti ini! 

Gaddafi adalah seorang pemimpin negara, seangkatan dengan Saddam Hussein!!!! Malahan mereka adalah pemimpin yang di takuti oleh Yahudi dan ada yang tak kena sekarang ini! Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kepada Gaddafi!, 

Terdapat rancangan serangan sulit yang sedang dilakukan oleh Yahudi/AS,  mereka membunuh pemimpin Islam tanpa disedari oleh rakyat negara itu sendiri!

Libya, 22 Okt — Keluarga Muammar Gaddafi menuntut jenazah bekas pemimpin Libya yang digulingkan untuk dikebumikan mengikut tradisi orang Islam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi stesen televisyen pro-Muammar berpejabat di Syria, keluarga Muammar mahu jenazah pemimpin itu, anak Mo’tassim dan mereka yang terbunuh Khamis lalu di bandar kampung halamannya Sirte diserahkan kepada mereka.

“Kami meminta PBB, Pertubuhan Persidangan Islam dan Amnesty International agar memaksa Majlis Peralihan (Kebangsaan) menyerahkan jenazah mereka kepada suku kami di Sirte dan membenarkan mereka mengadakan upacara mengikut budaya dan prinsip Islam,” kata kenyataan itu.

Di Misrata, komander tempatan Addul-Salam Eleiwa menunjukkan jenazah Muammar yang diletakkan di atas satu tilam dalam lepuh sejuk di sebuah pasar dengan kesan peluru dapat disaksikan di bahagian kepalanya.

“Beliau (Muammar) akan mendapatkan haknya, seperti mana-mana Muslim. Jenazanya akan dimandikan dan akan dilayan dengan penuh maruah. Saya menjangkakan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam dalam 24 jam,” katanya lagi.

Berpuluh-puluh orang, ramai dengan telefon bimbit berkamera membanjiri kawasan pasar untuk melihat jenazah Muammar.

Sekitar HIMPUNAN Sejuta Ummat, Syabas Hassan Ali Hadir!


Hassan Ali persetankan segala arahan dan amaran kepimpinan pas pusat.

Bekas persuruhjaya pas selangor, Hasan Ali muncul di perhimpunan sejuta ummat, Hassan Ali tidak seperti Ketua Pemuda PAS yang buat u-turn sebab tidak ada pendirian yang tetap, macam lalang!


Hassan Ali membaca doa penutup majlis.

Sebelum bermula himpunan...

Wartawan asing mengambil kesempatan untuk membuat liputan... bahaya ni!