Thursday, November 3, 2011

Pemuda UMNO Bertegas Mahu Kerajaan Halang Festival Seksualiti Merdeka


Kerajaan hari ini di desak agar bertindak tegas menghalang Festival Seksualiti Merdeka bagi mengelakkan golongan berkenaan berterusan melakukan perbuatan yang akan merosakkan masyarakat.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff berkata perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana kesannya amat besar selain dibimbangi akan dilaknat Allah s.w.t.

Menurut beliau kerajaan perlu bertindak tegas menghalang dan menyekat usaha tersebut seberapa segera, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang dikenali di peringkat antarabangsa, yang mana undang-undang negara dengan jelas menyatakan seks songsang adalah salah dari segi undang-undang.



“Program yang berlangsung sehingga 13 November ini di Annex Gallery KL membuktikan bahawa penganjur telah kehilangan arah tuju. Objektif festival tersebut ternyata untuk mendesak penerimaan masyarakat ke atas golongan LGBT (Lesbian, gay, Biseksual dan Transeksual) agar amalan seks songsang ini dihalalkan oleh masyarakat.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan, jika pihak berkuasa berdiam diri tanpa apa-apa tindakan, golongan ini akan semakin berani, besar kepala dan gejala LGBT akan semakin berleluasa sehingga suatu hari nanti boleh menenggelamkan masyarakat kita, kerana kegilaan kepada budaya LGBT bukan sahaja ancaman kepada anak-anak generasi akan datang, tetapi bahaya yang pasti akan melanggar jati diri bangsa dan Negara yang tertegak diatas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.

Rasulullah bersabda : “ Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulamak yang menyesatkan”… (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah bersabda lagi : “ Para dai’e yang berada dipintu-pintu jahannam, barangsiapa yang menerima ajakan mereka, nescaya mereka jerumuskan ke dalam neraka” .. (Riwayat Bukhari),” katanya dalam satu kenyatan kepada umno-online, di sini hari ini.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menyeru agar seluruh rakyat bangkit membantah program yang menjurus ke arah budaya yang tdiak sihat untuk masyarakat.

“Kami menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bangkit menentang habis-habisan kumpulan ini, bersama kita menolak budaya songsang ini, bahkan budaya ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu dan Budha.

“Kita bimbang, sekiranya budaya ini tidak dibenteras sehingga ke akar umbi, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan mempunyai ketua Negara atau Perdana Menteri dari golongan LGBT,” katanya.

Beliau seterusnya membidas sikap berdiam diri pembangkang khususnya Pas berhubung isu berkenaan.

“Persoalan yang timbul pada hari ini, kenapa pembangkang, khususnya Pas tidak keluar berdemonstrasi membantah usaha jijik sekutu rapat mereka Datuk Ambiga Sreevanasan?

Pemuda UMNO melihat isu ini amat memalukan pembangkang yang hanya mampu berdiam diri ibarat “syaitan bisu” yang tidak mampu berkata apa-apa dalam memperjuangkan kebenaran.

“Sepatutnya semua pihak termasuk pakatan pembangkang menempelak penglibatan Ambiga yang nyata menyimpang dari norma-norma kemanusiaan dan juga ketamadunan.

“Adalah wajar jika pembangkang terlebih dahulu menilai semula hubungan akrab pembangkang dengan Datuk Ambiga Sreevanasan yang telah diberi penghormatan oleh golongan LGBT untuk merasmikan festival mereka kali ini. Walaupun suatu ketika dahulu pakatan pembangkang pernah menjulang Ambiga sebagai seorang imam, bahkan wira agung yang berprinsip dan berani berkata benar ketika menerajui BERSIH, tetapi kini beliau juga dikenali sebagai pejuang golongan songsang,” katanya.

Beliau seterusnya berpedapat perlu ada usaha untuk mendidik golongan berkenaan agar mereka tidak terus terjebak dengan gejala tersebut.

“Kami mengakui, bahawa golongan ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan, perlu ada usaha mendidik dan membimbing mereka secara berhikmah ke arah yang lebih positif.

“Umpamanya membuka ruang dialog secara tertutup, agar suara dan pandangan mereka dapat didengar. Sekiranya dibuka ruang sehingga ianya diarus perdanakan, ia suatu tindakan tidak bijak,” katanya. -MediaUMNO

Polis Haramkan Semua Acara Seksualiti Merdeka


Program Seksualiti Merdeka yang telah cetuskan bantahan ramai kerana dianggap sebagai kempen sayangi golongan seks songsang – gay,lesbian dan sebagainya akhirnya kantoi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar  petang Khamis umum semua aktiviti berkaitan dengan festival berkenaan yang bakal dilancar oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November ini DIHARAMKAN.

Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau mengarahkan penganjur menghentikan serta merta semua program mereka yang berkaitan dengannya atau berdepan tindakan polis.

Semua mereka yang terlibat dengan penganjuran festival itu termasuk Ambiga akan dipanggil untuk beri keterangan pada polis.

Khalid menjelaskan polis terpaksa bertindak bila terdapat sesuatu yang mengancam ketenteraman awam.

Lepas ni Ambiga nak buat secara haram pulak! Puak Pakatan Haram BERSIH 3.0 tak nak join ka?

Bekas ADUN Teratai Dipenjara Dua Tahun Dan Denda RM350,000


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yap Soo Sun dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu.

Beliau dituduh menggunakan dokumen palsu itu bagi mengadakan program sambutan Hari Thaipusam dan Tahun Baru Cina berjumlah RM70,000 pada 2008.

AUKU : Keputusan Mahkamah Bersifat Mengikat - Khairy



Mukadimah: Jangan jadi seperti setengah-tengah pengikut tunduk dengan segala keputusan bos "Yes Bos"... apa bos buat semuanya "OK Bos"... "Cantekk Bos" nak bersuara pun takut... tapi kat belakang semuanya mengutuk!


Melihat AUKU ini bagus tapi sayangnya, ramai yang berada didalam barisan pemuda yang tak berani nak sahut! 

Penghakiman mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah bukan"semata-mata pendapat mahkamah", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Dalam pendirian ini, Khairy berbeza pendapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata keputusan itu belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

Malah, katanya, penghakiman mahkamah itu bersifat mengikat di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat".

"Tidak, ia mengikat. Keputusan mahkamah dan perlembagaan undang-undang adalah sesuatu yang mengikat," katanya kepada media selepas perjumapaan dengan tiga daripada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi kes mereka itu ke atas kerajaan.

Nazri, yang bertanggungjawap terhadap hal undang-undang, Rabu lalu berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah semata-mata "pendapat mahkamah" atau hanya obiter dictum mahkamah”.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Menurut Saifuddin pula, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri kabinet untuk merayu kepada mereka supaya kes berkenaan tidak dibawa untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, jika kerajaan memutuskan untuk merayu, maka ia akan kalah dari segi moral, meskipun jika berjaya dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti.

"Jika kita rayu, walaupun kita menang (di mahkmah), namun kita dianggap telah kalah dari perspektif moral. Tetapi jika kita kalah di mahkamah lagi, kita akan kehilangan moral buat kali kedua.

"Itu kekalahan yang amat besar dan kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya umum. Kita tidak mampu kalah sebegitu banyak pertarungan sebelum bertanding pada pilihan raya umum," kata Saifuddin lagi. -MKini

Wednesday, November 2, 2011

Anwar Ibrahim Disokong Human Right Watch & Amnesty International


“(Saya) telah bangkitkan kes anda kepada Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International (AI), minggu lepas di London” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya kepada @leopoldolopez

@leopoldolopez adalah twitter milik Leopoldo López adalah seorang ahli politik dan aktivis reformasi Venezuela yang telah dijatuhi hukuman tidak boleh memegang sebarang jawatan awam sehingga tahun 2014 kerana didakwa melakukan korupsi.

Lopez yang mahu bertanding jawatan Presiden Venezuela itu telah meminta pertolongan daripada dua badan hak asasi manusia antarabangsa, HRW dan AI untuk membantu kes korupsinya itu.

Minggu lalu, Anwar berada di London untuk menghadiri mesyuarat Generation Investment Management (GIM) milik mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga terkenal sebagai pejuang perkahwinan sejenis.

Dengan bukti twitter komunikasi Anwar dengan Lopez bahawa beliau telah membangkitkan permohonan aktivis reformasi Venezuela itu kepada HRW dan AI, bermakna beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan kedua-dua badan hak asasi antarabangsa.

Jika Anwar boleh bangkitkan isu Lopez kepada badan hak asasi antarabangsa, ada kemungkinan besar, beliau juga turut membuat aduan sama berkenaan kes peribadinya di Malaysia kepada kepada HRW dan AI.

Apakah HRW dan AI dan Kenapakah mereka membuat aduan kepada kedua-dua badan itu ?

HRW adalah organisasi hak asasi manusia antarabangsa yang beribu pejabatnya di New York City dan juga turut mempunyai pejabat-pejabatnya di London, Berlin, Beirut, Brussels, Chicago, Geneva, Kuala Lumpur, Los Angeles, Moscow, Paris, San Francisco, Tokyo, Toronto, dan Washington.

Berdasarkan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa, HRW bertindak melaksanakan polisi-polisi deklarasi itu dengan menentang sebarang bentuk kesalahan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, termasuk hukuman mati dan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.

HRW juga menjadi jurucakap kepada kebebasan terutamanya berkaitan dengan hak asasi manusia seperti kebebasan beragama dan kebebasan media.

Menurut wikipedia, George Soros, penyangak matawang Yahudi adalah penyuntik dana kepada HRW.

Kata Soros; “HRW adalah salah satu organisasi paling berkesan yang saya sokong. Asas Hak Asasi Manusia menyokong aspirasi terbesar kami iaitu (untuk mewujudkan) masyarakat terbuka.”

AI juga organisasi antarabangsa yang hampir sama matlamatnya dengan HRW.

Menurut wikpedia, AI bertujuan untuk “menjalankan penyelidikan dan menjana tindakan untuk mencegah dan menamatkan penyalahgunaan terhadap hak asasi manusia, dan menuntut keadilan bagi orang-orang yang haknya telah dicabuli.”

AI ditubuhkan di London pada tahun 1961 mempunyai matlamat antara lainnya; melindungi hak asasi manusia, menggalakkan toleransi agama dan melindungi hak-hak LGBT.

Menurut discoverthenetworks.org - Guide to the George Soros Network – AI salah satu badan hak asasi manusia yang ditaja Soros.

Kebanyakan penulis Barat bersetuju bahawa Soros merupakan dalang di sebalik agenda kedua-dua badan hak asasi itu. Klik di sini , sini, sini, dan sini


Sumber: AIDC

Gaji & Elaun Guan Eng RM46,521


Bukan sikit-sikit jumlahnya, iaitu dikatakan sebanyak RM46,521.27 untuk gaji elaun yang diterima oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, dimaklumkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memperoleh gaji dan elaun bulanan RM46,521.27.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, Guan Eng menikmati bayaran gaji dan elaun yang tinggi, malah lebih banyak berbanding dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menurutnya, pihaknya tidak mempertikaikan jumlah yang diterima Lim Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih), tetapi meminta agar Setiausaha Agung DAP tidak bersandiwara apabila bertindak menolak cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun bagi Ahli Parlimen di negara ini. Katanya, Guan Eng perlu mengambil kira Ahli Parlimen lain yang hanya memperoleh gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen saja.


Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Perdana Menteri

Dewan Rakyat hari ini Rabu menolak usul bagi memotong sebulan gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM22,826.65.

Usul yang dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu) di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu tidak diluluskan selepas mendapat tentangan sebulat suara daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibahaskan bagi mengelakkan didakwa berat sebelah serta menyebelahi pihak kerajaan. Baca lagi di sini...


Bab gaji Guan Eng, Tian Chua buat bodo je? Apa kes bro?? Kasi potong la!! Tak pasal-pasal Tian Chua bongkarkan gaji Guan Eng hahaha! Bodoh betul...

Gambar DS Najib Bersama Isteri Di Mekah



Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mekah malam tadi. Pada jam 11.20 malam beliau bersama puluhan ribu umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melakukan tawaf umrah. Turut sama melakukan tawaf bersama PM adalah isteri beliau serta MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Fahmi (Apex) Jelaskan Kontroversi Terbaru Bersama Aweks Seksi

GAMBAR Apek bersama beberapa wanita seksi ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini tersebar di internet.

Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.

"Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

"Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.

"Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.

"Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.

Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi)," katanya.

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia.

Apex... Oh Apex! Kat Kelantan X ngasa semua ni ya?

Wanted Bob Lokman! Waran Tangkap Sudah Dikeluarkan!


Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) telah memperoleh waran tangkap untuk menahan selebriti bertukar ahli politik dan pendakwah celop Bob Lokman kerana memberi ceramah tanpa Jais akreditasi.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin memberitahu pemberita pada hari Selasa, bahawa waran itu telah dikeluarkan pada 28 Oktober dan ia membenarkan badan agama untuk menangkap Bob jika dia telah dikesan di negeri ini.

"Jabatan kami masih mencari untuk Bob, beliau mahu membantu siasatan yang melibatkan beliau. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang untuk menghendaki Bob untuk hadir di mahkamah (syariah).

"Dia akan dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataan beliau telah dicatatkan," kata Marzuki.

Beliau memberikan maklumat terkini mengenai kes Bob selepas JAIS menahan beliau untuk memberi ceramah di hadapan lebih 70 orang di Masjid Sungai Lui di Hulu Langat bulan lepas.

Ia dilaporkan bahawa Bob telah diarahkan untuk hadir di jabatan Jais tetapi beliau enggan, berkata lebih rela ditangkap.

"Nak tangkap? tangkaplah" kata Bob celop dalam satu kenyataan terdahulu..

Bob sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Jais, di mana pesalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau hukuman penjara dua tahun, atau kedua-duanya.

Ia bukan kes pertama seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, juga didakwa bagi kesalahan yang sama.

Apa Celop Bob!

Tuesday, November 1, 2011

Minta Agong Pecat Najib: Mahfuz Omar Semakin Bengong Hohoho!


Ahli-ahli PAS wajar muhasabah diri dan rakyat tidak terpengaruh dengan permainan politik pemimpin PAS yang ahlul semakin terdesak... Kenyataan Mahfuz diatas yang mengatakan kerajaan Najib gagal adalah tidak munasabah sekali...

Tanya Mahfuz sikit, PAS ke yang buat kedudukan Malaysia di tangga ke-21?

MALAYSIA kini tersenarai pada kedudukan ke-21 negara paling berdaya saing di dunia, naik lima anak tangga berbanding tahun lalu sekali gus mendahului beberapa negara maju lain antaranya Israel, Korea Selatan, New Zealand, Luxembourg dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagi rantau Asia Pasifik, Malaysia berada pada kedudukan keenam paling kompetitif selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Australia manakala bagi rantau Asia, Malaysia tersenarai pada kedudukan kelima paling berdaya saing selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Taiwan serta menduduki tangga kedua selepas Singapura bagi negara Asean.


Pencapaian membanggakan itu terkandung dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) yang dikeluarkan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bagi tempoh 2011-2012 membabitkan kedudukan daya saing 142 negara dalam ekonomi global. Baca lagi di sini...

Sepatutnya Nik Aziz tu yang dipecat! Kelantan tak maju yang ada maju hanya bapak ayam dan sarang pelacuran duh!


Aku rasa Mahfuz ni hanya layak jual cendol je lah....

Breakfast Grille 01 Nov 2011 - Khairy Jamaluddin & Tony Pua


Video streaming by Ustream


Khairy Jamaluddin & Tony Pua answer questions fielded about the state of issues concerning the rakyat.

Monday, October 31, 2011

[video] Tragedi Letupan Besar Kereta Api Langgar Lori Tangki Di Kota Kinabalu

Sebuah kereta api berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak menyebabkan letupan besar dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, petang Isnin.

Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.


Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.


Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. "Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. "Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakang kereta api.

LGE Rasis: Mat Rempit Serang Guan Eng!


Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan di sekitar bandar raya Penang, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Pulau Pinang.

Perhimpunan tersebut disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja-T kuning yang memaparkan ayat “Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis”.

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis.

[video] Pelacuran Membangun Bersama Di Kelantan

Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2

Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz! apa sudah jadi???

Video URL: http://youtu.be/r_7_l7ilURs

Artikel penuh sila baca di sini dan di sini...

Slogan terbaru PAS kini ialah "PAS Membangun Bersama Pelacur"

Protes Payu Dara - Guan Eng Dan Karpal Tak Nak Anjurkan Di Penang Ke?

Hati-hati Guan Eng akan saman anda jika anda sebut buah dada... 

Tertanya-tanya juga Guan Eng tak nak anjurkan ke protes buah dada seperti yang dilakukan dua wanita ni, bagi melindunggi hak asasi anaknya?

Dua wanita ini yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine kelmarin.

Dua orang wanita yang mendedahkan payu dara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin lapor berita Agensi.

Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.

Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut.

Rakyat Negeri Sembilan Meraikan Kemenangan Piala Malaysia 2011


Menteri Besar N.Sembilan merangkap Presiden PBNS

Saya bagi pihak PBNS, pengurusan, pegawai dan pemain-pemain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat N9, dan penyokong-penyokong setia pasukan kita, yang sentiasa memberikan sokongan yang padu kepda pasukan N9 selama ini, sehingga kita berjaya membawa kembali dan menjulang semula Piala Malaysia ke negeri kita pada tahun ini. Terima kasih di atas sokongan dan doa semua. Insyaallah PBNS akan terus cuba berusaha dengan terbaik mungkin untuk terus mengharumkan nama N9 di arena bolasepak negara. Terima kasih…
Hoben Jang Hoben!!!

Gol Kemenangan Negeri Sembilan






Masuk hari ini dua hari den tido tosonyum kah kah kah!

Sunday, October 30, 2011

Pemuda BN Mencari Bakat Baru Dalam Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri


Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Pertandingan Akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri pada 29 Nov 2011 ini. Manakala saringan awal akan diadakan sepanjang November di 5 zon :
1. Zon Utara akan diadakan di Negeri Pulau Pinang
2. Zon Selatan akan diadakan di Negeri Johor.
3. Zon Tengah akan diadakan di Negeri Selangor.
4. Zon Pantai Timur akan diadakan di Negeri Pahang.
5. Sabah.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan wanita, berbilang bangsa, berusia 40 tahun ke bawah. Setiap pesertadiminta menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia selama 7 minit di peringkat saringan dan turut akan dimintamenjawab soalan para juri di pertandingan akhir.

Ucapan mestilah berkisar kepada tajuk isu semasa yang disediakan oleh pihak penganjur atau tajuk yang peserta sendiri pilih dandi persetujui penganjur.

Hadiah
Juara RM5,000
Naib Juara RM3,000
Ketiga RM1,000
Dan Saguhati untuk peserta akhir besertakan piala pusingan.

Kepada peserta yang berminat, sila hubunggi Sdr Lokman Adam di talian 0123320000/0355113726 atau twitter: @lokmanadam.  Anda juga boleh hubunggi  Sdr Arman PJU : 0122277266  Sdr Zaidel Baharuddin: 0192220145.

Sila SMS nama penuh, No IC dan Alamat sebelum 10 November 2011.

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia: Jang Ranapkan Harapan Penyokong Terengganu!

Update: Nampaknya betul seperti apa yang telah diramalkan oleh Nujum Pak Belalang (Bro Jinggo) Negeri Sembilan Menang tewaskan Terengganu 2-1!

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85.

Kepada penyokong Ganu harap bersabar, cuba lagi tahun depan! Dan tak lupa ucapan syabas kepada MB N9 yang telah banyak memberi sokongan dan menghidupkan zaman kegemilangan pasukan bolasepak Negeri Sembilan.

Hoben Jang Hoben!!!

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011!

Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011, setelah menumpaskan Terengganu 2-1! Hoben Jang Hoben!!!