Tuesday, November 8, 2011

Seksualiti Merdeka: Anwar Marah Ambiga Diserang...


Setelah lama menyepi, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meluahkan sokongan beliau terhadap hak Seksualiti Merdeka 'bersuara'.

Bagaimanapun, Anwar menambah sokongan tersebut tidak bermakna PKR yang dipimpin isterinya menyokong perjuangan kumpulan songsang yang berselindung di sebalik hak asasi tersebut.

Anwar yang terkenal dengan pendirian untuk tidak mengambil pendirian juga mempersoalkan media yang menyerang rakan baiknya Datuk S Ambiga.

"Isunya bukan sokong atau tidak, isunya kamu (media) serang mereka, ia sesuatu yang berbeza, tak boleh ke kita bercakap soal itu di negara ini? katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Seksualiti Merdeka adalah program sekumpulan NGO yang berkempen untuk menyayangi kumpulan gay, lesbian, pondan dan biseksual di negara ini.

Program tersebut dibuat dalam bentuk diskusi, tayangan filem, bengkal dan lain-lain.

Polis bagaimanapun telah mengharamkan program tersebut selepas mendapat bantahan dari berbagai pihak.- Agendadaily

PAS Islamkan Tian Chua....?


Tian Chua (PKR Batu) melapah daging korban, kemudian diagihkan pula kepada orang fakir miskin. Sedikit pun tiada perasaan untuk menegur tindakan Tian Chua bahawa daging yang disembelih itu adalah suci untuk tujuan diagihkan kepada orang Islam.

Jangan kerana nak pancing undi PAS sanggup ikut telunjuk DAP!

Ambillah iktibar selepas ini wahai umat Islam…

Janganlah kerana politik semata-mata… tiada lagi larangan yang perlu dihormati oleh orang bukan Islam..

Sebenarnya tak susah... Kalau berminat sangat, Islamkan saje Tian Chua... kan PAS dah lama dakwahkan Cina janjikan syurga kat Tian Chua...

Bekas Juara Tinju Dunia, Joe Frazier Meninggal Dunia


PHILADELPHIA 8 Nov. - Joe Frazier, bekas juara tinju heavyweight dunia meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah menderita kanser hati.

Frazier terkenal di dalam dunia tinju kerana berjaya mengalahkan Muhammad Ali buat kali pertama dan selepas itu terpaksa tunduk kepada Ali pada perlawanan ulangan di Manila yang dikenali sebagai “Thrilla in Manilla” pada tahun 1970-an.

Frazier dikesan mengidap penyakit tersebut seminggu lagu, disahkan oleh ahli keluarganya meninggal dunia hari ini. - Agensi

Nabila Huda Berbikini di Pulau Tioman


Seorang peminat secara tidak sengaja telah memuatnaik sekeping foto yang memaparkan pelakon berkenaan dalam persalinan bikini. Menurut blog hiburan OhBulan!, foto tersebut dipercayai dirakamkan oleh peminat berkenaan apabila dia terserempak dengan Nabila Huda ketika percutiannya di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun, foto berkenaan yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi itu telah disebarkan di laman sosial dan kini ia menjadi perbualan hangat di kalangan peminat industri hiburan yang mengenali Nabila Huda.

Walaupun Nabila Huda menggunakan kain skaf untuk melindungi bahagian terdedah, namun ia masih belum mampu menutup kritikan-kritikan pedas daripada orang ramai.

Beberapa hari lalu, aktres berumur 27 tahun ini telah dilemparkan dengan kontroversi hangat dimana 2 keping foto aksi liar yang disyaki melibatkan namanya dipaparkan dalam sebuah rancangan hiburan televisyen. Sehingga hari ini, Nabila Huda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berkenaan isu tersebut. -malaysiandigest

Empat Ahli Parlimen Sertai Kejohanan Bola Keranjang Pada 9 Nov #YBsCanJump


Buat julung kalinya, empat Anggota Parlimen, termasuk dua Timbalan Menteri, akan beradu tenaga dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Keranjang HSB-KLBA di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di Jalan Hang Jebat di sini Rabu ini.

Dalam kenyataan bersama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan berkata acara itu akan bermula pada 7.30 petang.

Ia merupakan permulaan atau ‘pemanas badan’ kepada Kejohanan Bola Keranjang #YBsCanJump yang akan berlangsung pada 19 Nov.

Mereka berkata kejohanan itu yang dilancarkan pada 9 Okt oleh Saifuddin bertujuan mempromosikan bola keranjang di peringkat akar umbi dan merentasi garis sempadan kaum.

“Kami akan bermain bersama-sama dan menentang beberapa pemain kebangsaan di samping penjawat jawatan dalam MABA ketika separuh masa perlawanan akhir,” kata mereka.

Pemimpin muda politik itu berkata acara #YBsCanJump berasal daripada Twitter, tempat mereka mula-mula mencetuskan idea perlawanan bola keranjang 3-lawan-3.

“Ada di antara pengikut Twitter kami kemudiannya menyuarakan minat untuk mengambil bahagian dan selepas itu, kami mengesyorkan apa yang kini dikenali sebagai Kejohanan #YBsCanJump,” kata mereka, sambil menambah kejohanan itu terbuka kepada orang ramai.

Mungkin Rafizi Ramli Kenal Siapa Wanita Ini! Gotcha!!

Nantikan terjahan dari rangkaian bloggers, kami akan talkinkan penjilat tegar Anwar Ibrahim ini!


Mampos Bhai.... 
Siapa Rafizi Ramli? Apa kerja dia? dengan siapa dia bekerja? Dari mana dia dapat dana? Tunggu!!!