Sunday, November 20, 2011

13 Ditahan ISA Di Tawau Amat Bahaya... Senjata Dan Bahan Letupan Ditemui!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap mempertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu di bawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggungjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Beiau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. -Agendadaily

BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 Mencatatkan Lebih 400,000 Pengunjung


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan menjadikan BN Youth Job Fair sebagai “touch point” selain acara rasmi tahunan pergerakan terbabit.

Menurut beliau program tersebut memberi peluang pekerjaan bukan sahaja kepada pencari kerja, malah kepada mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik selain peluang-peluang lain yang terbuka luas.

“Program ini sudah jadi sinonim kepada Pemuda BN dan kita akan teruskan program ini sebagai salah satu “touch point” kita yang mana kalau sekiranya generasi muda memikirkan tentang soal masa depan mereka atau soal pekerjaan mereka akan fikir BN akan dapat menyediakan satu platform yang baik.

“Kita lihat kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah kita buat sebelum ini di lima negeri. Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair kita 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pameran berkenaan, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah maklum balas yang diterima adalah cukup baik dan amat membanggakan.

“Untuk hari pertama hari ini, lebih 25,000 pengunjung telah mengunjungi pameran ini dan secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencatatkan lebih 400,000 pengunjung.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat baik pihak swasta, agensi kerajaan dan sebagianya yang sedia bekerjasama dengan kita untuk menjayakan program BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 ini,” katanya.

Final Bola Sepak Sukan SEA: Harimau VS Garuda

JAKARTA - Malaysia sekali lagi akan berdepan kegilaan 100,000 penyokong tuan rumah pada perlawanan akhir Isnin ini apabila Indonesia menewaskan Vietnam 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir hasil jaringan Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

Terdahulu, Malaysia menang perlawanan menentang Myanmar dengan jaringan 1-0.

Jaringan tersebut disempurnakan oleh Fakri Saarani pada separuh masa kedua.

Indonesia akan bertemu Malaysia pada aksi akhir perlawanan bola sepak Sukan SEA XXVI pukul 8.30 malam di Gelora Bung Karno, Indonesia.

Ayuh kita beri sokongan padu kepada Harimau Muda Malaysia! Malaysia Boleh!

Kita akan saksikan sekali lagi Harimau membaham Garuda! AAUUMMMMMM!

P/S: Tolong stanbykan kereta perasai untuk bawa pulang player Malaysia dengan selamat nanti!