Friday, December 9, 2011

ABU Bukti Pakatan Haram Takut UMNO !


Pelancaran Asalkan Bukan Umno/BN (ABU) buktikan parti pembangkang takut berhadapan dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13. Tindakan terdesak tersebut dilancarkan bagi menyelamatkan maruah Pakatan Haram yang sudah tercalar di mata rakyat.

Parti pembangkang sanggup mengheret rakyat ke medan fitnah semata-mata untuk memburukkan UMNO/ BN bagi menentukan kedudukan mereka terselamat dalam meraih undi.

Sidang media Jaguh Kampung PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata, gerakan dibuat di seluruh negara ekoran kemusnahan sistem negara yang dilakukan oleh Umno.

Katanya lagi, ia menggesa rakyat menyatakan rasa jijik dan meluat terhadap penyelewengan dan rasuah yang dilakukan UMNO/BN.

Beliau yang turut dikenali sebagai Chegu Bard berkata, gerakan di Sabah dan Sarawak akan dibuat secara senyap-senyap.

“Sumber dalaman kami memberitahu bahawa kempen ini tidak boleh dibuat di Sabah dan Sarawak atas alasan keselamatan.

“Sasaran adalah kemusnahan yang diciptakan Umno. Malaysia akan menjadi lebih bersiap sedia tanpa Umno. Malaysia lebih dinamik dan berdaya saing. Rakyat lebih berkaliber dan cerdik jika tidak diperbodohkan Umno.

“ABU yang digerak dan dipacu oleh rakyat. Kami gambarkan ia gerakan rakyat,” katanya.

---
Selalunya orang yang buat kerja jahat, akan di balas dengan kejahatan... makan hancurlah Pakatan haram pada PRU ke- 13 nanti.

Ingat ABU! ingat Aku Budak UMNO!

P/S: Jaguh kampung gelaran yang sesuai di berikan kepada Chegu Bard kerana beliau tidak pernah menang dalam setiap pertandingan dalam merebut kerusi di pentas politik... Kalau SAMM di pertandingkan jawatan pengerusinya aku percaya beliau akan tersingkir dari SAMM...

Chegu Bard hanyalah sekadar manusia yang merempat dalam pentas politik...

Nurul Izzah Merajuk Tak Dapat Menyelam Dengan Scorpene

Malunya... mana nak suruk muka ni PAPA? 

Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya, Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy akan menaiki kapal selam Scorpene hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mengatur lawatan tersebut untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.

Zahid berkata ia bertujuan untuk membolehkan pihak pembangkang menyaksikan keadaan kapal selam tersebut.


"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan atur (untuk mereka)"

Selain Guan Eng, pemimpin parti pembangkang lain yang dihantar surat jemputan, seorang sahaja yang jawab iaitu Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) memaklumkan beliau tidak boleh datang. Yang lain banyak cakap tetapi tidak berani nak menyelam...

Izzah tak nak datang sebab dia sudah termalu....

Itu lah lain kali jangan lah beriya-iya sangat nak tabur fitnah... Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam akhirnya memalukan diri sendiri....

Apa pun tak boleh!

Hasan Ali Disabotaj... Digugurkan Sebagai Calon...


Seperti yang dijangkakan... Hasan Ali tidak akan dapat bertanding pada PRU ke-13 dan usaha untuk mensabotaj beliau telah pun bermula... Ini juga kerana terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.

Hari ini PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan Ali tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan Ali diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

Hasan Ali, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama manakala exco DAP di lihat lebih berkuasa di Selangor.