Sunday, December 18, 2011

310 Ahli PKR Bukit Gelugor Keluar Parti


Seramai 310 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Bukit Gelugor di sini keluar parti hari ini untuk menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah yang turut keluar parti itu berkata, pertubuhan itu akan dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Roslan yang menyertai parti itu sejak tiga tahun lalu, berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini.

"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan Pertubuhan kami adalah mesra BN,” katanya.

-Bernama

Bukti PKR Dalang Demo Mahasiswa Di PWTC !


Siapa lelaki yang pakai baju kemeja putih dalam gambar di atas??  adakah Tian Chua mahasiswa juga?

Kebenarannya, Mahasiswa berdemo semalam, adalah agenda untuk mencetus momentum menjelang 9 Januari!


Perjuangan mereka adalah untuk Anwar Ibrahim! dan menurut khabarnya jutaan ringgit telah di laburkan kepada mereka ini semua!

Adam Adil jambu baru Anwar...



Mahasiswa biadap yang menurunkan bendera PM di PWTC ialah Adam Adli berumur 22 tahun dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Mahasiswa Turunkan Bendera PM adalah Tindakan Yang Biadap !


Tindakan menurunkan bendera tertera wajah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan menaikkan bendera kumpulan mahasiswa adalah satu tindakan yang biadap!

ini adalah satu tindakan bodoh daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang kononnya mahu serah memorandum pada SUHAKAM dan UMNO.


Sekolah tinggi bertingkat tingkat tapi otak singkat! apa la... sedarlah sikit bumi mana yang korang pijak ni...?

Gerakan mereka ini sebenarnya ditaja oleh PKR dan kelihatan beberapa pemimpin PKR yang bersama mereka, ada antara mereka turut memakai baju PKR dan Bersih.

Hancur dan jahanam bila mahasiswa di bawah pakatan haram!

Aku berharap mahasiswa pro kerajaan dapat bangkit menentang mereka ini habis-habisan!