Wednesday, December 21, 2011

Sekitar Himpunan Mahasiswa Di Putrajaya Menyokong DS Najib

Pejabat KPT Presint 5 Putrajaya


Berikut gambar mahasiswa seluruh negara yang telah menyertai perhimpunan sebentar tadi. Berlangsung di hadapan bangunan KPT Presint 5 Putrajaya.

Kira-kira 1000 mahasiswa telah hadir dari seluruh negara.

Program bermula 2 pm dan berakhir jam 4 pm mengikut masa yang diberikan oleh permit pihak polis.

Perjalanan perhimpunan yang aman ini wajar dituruti oleh mahasiswa yang cintakan negara.


Sepanduk menyokong Perdana Menteri


Setiausaha Politik Menteri KPT Haji Khairi Malek menerima memorandum daripada Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)


Bacaan doa oleh Timbalan Presiden ASPIRASI


Media massa dan blogger yang membuat liputan


Sepanduk oleh mahasiswa

Mahasiswa Biadap Kena Sebiji! Chegu Bard Hilang Telur!

Memang sah.. mat jambu ni anak tajaan Anwar Ibrahim!



Roslan Mokhtar tidak puas hati dengan cara anak muda yang masih mentah menunjuk-nujukkan diri sebagai hero Malaysia. Lantas Roslan turun seorang diri berhadapan dengan samseng PKR dan Mahasiswa, beliau mahu memberi pengajaran kepada Mahasiswa yang kurang ajar tersebut...

Di sini sekali lagi kita lihat Chegu Bard hilang telur bila berhadapan dengan brader Roslan... Roslan sorang je bro! Lu orang ramai... 

Yang kelakar arahan Chegu Brad langsung tidak di ikuti oleh gengster tahi kucing PKR! "takkan tengok saja, tangkap la.." kata bard.

Bard lu... sendiri pun tak berani... nak suruh orang lain pulak! malu lah PKR ada orang bacul macam Bard ni! Patutlah tak menang jawatan Ketua AMK! Rupanya Sam ketot lagi berani dari Chegu Bard!

Mahfuz Cucuk Angin Lagi... Hasan Ali ‘Sudah Isytihar Perang’ Ke Atas Parti...


Beriya-iya betul nampaknya Mahfuz nak bunuh kareer politik Hasan Ali dalam PAS... Berkemungkinan kerusi MB Kedah sudah menjadi hak milik beliau sekarang ini... dan itulah janji yang mungkin, Anwar berikan... jika Mahfuz berjaya tanam Hasan Ali hidup-hidup setelah menjadi pengkhianat kepada Anwar Ibrahim dan DAP!

Terkini Pemuda PAS cadang mahabah selesai kemelut dalaman tapi nampaknya lain pulak cara Mahfuz ni... saja cucuk jarum lagi... biar pergolakan dalaman PAS semakin parah ...

Jika di lihat kini Mahfuz Omar adalah duri dalam daging PAS!

---

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan.

Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.

“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.

“Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka “beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau.”

“Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, ada PhD, seorang pakar motivasi, sepatutnya boleh membuat keptusan untuk diri sendiri.

“Orang lain tidak patut membuat keputusan untuk diri beliau, patut dia boleh keputusan” katanya lagi.

Justeru Mahfuz menegaskan, jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti.

“Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki,” katanya lagi.

“Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?” katanya merujuk kepada kenyataan Hasan semalam.

Semalam, sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Hasan mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.

Hasan turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media.

Harakah Semakin Sesat... Siar Kartun Hina Nasharudin...

Kalau PAS buat, boleh saja... tapi kalau UMNO buat... macam-macam dalil yang keluar! apa daaa... !

Lidah rasmi parti PAS, Harakah dilihat double standard kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Kartun Drnots dalam Harakah cetak tersebut menghina, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.


Kalau Anak Musyidul Am PAS Sendiri Belasah Haprakdaily ... Memang Hapraklah! Baca lagi di sini...

Mahasiswa Biadap! Adam Adli Bakal Di Kenakan Tindakan Tegas !

Pesan orang tua-tua... lain kali jangan buat kerja BODO!

Jika di dapati bersalah... Tindakan tegas yang akan di kenakan terhadap Adam ialah dibuang daripada UPSI... So.. lepas ni Adam boleh terima jawatan sepenuh masa  sebagai Coffee Boy Anwar Ibrahim!

Jawatankuasa khas kumpul bukti tindakan turun bendera papar gambar PM

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.

“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan dari UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk meminta UPSI mengambil tindakan tegas terhadap pelajar itu di depan universiti terbabit, semalam.

Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang mengetuai penyerahan memorandum berkenaan berkata, kejadian itu jelas menunjukkan sikap biadap pelajar terbabit sekali gus menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya UPSI.