Sunday, January 1, 2012

Video Demo UPSI: Siswa Pecahkan Kepala Sendiri Sebab Nak Glamour Juga



Pihak polis hanya menjalankan tugas... Amaran telah di beri tetapi kenapa para pelajar masih berdegil... Sekarang... sendiri berani buat sendiri tanggung lah...

Terkini SMS baru diterima menyatakan mereka berkumpul semula di hadapan klinik Syifa :
"Salam. Demi Alif Ba Ta. Diaorg dh berkumpul smula dpn klinik syifa. Adam baru dilepaskan dari balai slim river. Jom kumpulkn bdk2 kita. Sebarkan n halau petualang ini."

Berita terdahulu :

Demo UPSI: Pelajar Cedera Kerana Terlanggar Cermin Klinik! Bukan Di Pukul Polis
Demo UPSI: Siswa Bertindak Ganas, Ada Yang Pecah Kepala... Adam Adli Masuk Lokap...

Video URL: http://youtu.be/mvwn1TVX8m8

Kumpulan Bertopeng Buat Kacau Sambutan Tahun Baru 2012 Di Dataran Merdeka...


Keceriaan pengunjung selepas menyaksikan pengiraan detik 12 malam sempena Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka terganggu apabila sekumpulan lelaki bertopeng dikesan berhampiran lokasi sambutan.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dilihat melakukan beberapa aktiviti, dipercayai bagi memperjuangkan kebebasan berkumpul di negara ini.

Mereka bagaimanapun tidak mengganggu kira-kira 50,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan konsert Ambang 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bermula seawal 8 malam.


Anggota kumpulan itu ada yang memakai kemeja-T tertera tulisan 'Occupy Dataran' dan topeng yang beraspirasikan filem terkenal 'V For Vendetta' manakala sebahagian lagi berpakaian putih, yang dipercayai bermotifkan perjuangan agama.

Polis dapat mengawal keadaan sehingga semua pengunjung termasuk kumpulan terbabit bergerak meninggalkan Dataran Merdeka.

Sumber: Bernama

Demo UPSI: Pelajar Cedera Kerana Terlanggar Cermin Klinik! Bukan Di Pukul Polis


"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.

Tapi apa yang dispin oleh rangkaian social Facebook dan Twitter pembangkang ialah sebagai "tragedi berdarah" pelajar berkenaan cedera dipukul oleh pihak PDRM. Malah tuala yang penuh dengan darah digunakan sebagai simpati.

Mereka putar belitkan fakta agar rakyat membenci polis dan kerajaan, kononnya berlakunya keganasan dan kezaliman pihak polis.. Taktik ini sudah lama di kesan..


Sementara itu, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang yang di katakan nazak... kini dilihat sihat dan ok je.... Pergh! memang puak pembangkang ni suka besarkan isu....

Nampaknya masing-masing cuba nak jadi hero rupanya...

Mungkin juga ini adalah hasil dari pertemuan Anwar bersama kumpulan pelajar di rumahnya pada minggu lepas... Syabas Siswa kerana anda telah berjaya diliwat oleh Anwar...

Berita terdahulu : Siswa Bertindak Ganas, Ada Yang Pecah Kepala... Adam Adli Masuk Lokap...

Demo UPSI: Siswa Bertindak Ganas, Ada Yang Pecah Kepala... Adam Adli Masuk Lokap...


Minggu depan nak exam... Mak bapak hantar korang masuk Universiti untuk belajar, jadi anak-anak yang baik... berkhidmat untuk negara dan kerajaan... yang korang pergi pecahkan kepala korang pesal bro... memang sah korang ni keras kepala! ni semua sebab dah terpengaruh dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim...


Kira-kira 20 pelajar ditahan polis dan seorang cedera dalam demontrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.



Polis bersama FRU bertindak menahan ketua demo sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak menolak, pelajar biadap dikatakan bertindak ganas dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.


Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI pecah. Manakala Adam Adli juga dilaporkan ditahan polis...

Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Safwan Anang (menantu Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor) meniru taktik Anwar Ibrahim Untuk tunjuk pada rakyat kononnya polis lah yang jahat dan mengasari Safwan sampai berdarah mulut?.


Ingat, ini bukan kali pertama pihak pembangkang mengenakan polis dengan lakonan sebegini. Memang Safwan pandai berlakon, masih ingat cerita Mastura yang tiba-tiba hilang dari kampus? sila rujuk di sini...


Lakonan yang berlaku pada 9 Julai 2011? Anwar Ibrahim terbaring di katil kerana mendakwa polis mengasarinya di KL Central. Kenapa mereka mahu perangkap pihak polis??? Apa yang terjadi di negara luar apabila polis terperangkap dengan permainan kotor mereka? Fikir-fikirkan...

Jangan terperangkap dengan modus operandi reverse psychology ini...

Raja Petra Kamarudin Sifatkan Anwar Ibrahim Lelaki Gay



Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.

Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.

Ikuti wawancara bersama Raja Petra Kamarudin..



Sumber: Utusan