Thursday, January 5, 2012

Laporan Polis Safwan Anang Mencurigakan


Jam 2.00 petang tadi pelajar yang dikatakan nazak tempohari, Safwan Anang membuat laporan polis mendakwa dia ditendang dan diseret oleh anggota polis. Safwan juga mendakwa dia di tumbuk di mulut sehingga pecah dan berdarah. 



Jika kita di lihat pada gambar-gambar selepas kejadian, kita akan lihat muka Safwan Anang langsung tidak menunjukkan sebarang bengkak, lebam atau hamaetoma kononnya ' ditumbuk dengan kuat'.


Malah laporan x-ray juga menyatakan tiada tulang rusuk yang patah... 

Laporan hospital juga menyatakan Safwan Anang sedar ketika dibawa untuk menerima rawatan, tetapi dalam laporan yang dibuat tadi Safwan Anang mendakwa dirinya pengsan?

Sampai hari ini masih belum ada video yang di upload menerusi you tube yang menunjukkan keganasan dari pihak polis... Bukankah mereka ini pakar mengambil gambar dan video? jika benar kenapa gagal menunjukkan bukti?

Nurul Izzah Hina Institusi Kehakiman Negara


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menghina  institusi kehakiman yang menyifatkan kes mahkamah yang dihadapi papanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan institusi kehakiman di negara ini sebagai ‘tempang’.

Nurul Izzah mendakwa sistem keadilan didukung Suruhanjaya Diraja, namun beberapa kes yang dilaporkan membabitkan individu tertentu tidak di ambil tindakan.

“Sebaliknya apa yang berlaku, wujud individu yang menyusun pelantikan hakim-hakim. Oleh itu, harus ada reformasi terhadap sistem kehakiman bagi mempastikan keadilan dapat ditegakkan,” kata beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Tegas Nurul, “dakwaan ke atas beliau (Anwar) diguna berkali-kali. Ternyata institusi kehakiman sekarang tempang. Kes Lingam tidak disiasat, individu yang mencampuri urusan kehakiman dan melantik hakim-hakim tidak didakwa.

“Maka kita nak lihat reformasi (terhadap sistem kehakiman) supaya keadilan dapat dilaksana. Sebagai contoh kes Aminur Rashid dan Ahmad Sarbaini Mohamad,” katanya ketika menjawab soalan berhubung kes bapanya.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes tersebut berlangsung hampir dua tahun ekoran Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Ketika ditanya mengenai calon bagi menggantikan Anwar sekiranya beliau didapati bersalah, Nurul beranggapan parti mempunyai ramai individu yang layak.

“Semuanya adalah individu yang dikenali dan layak. Semua mesti jelas dengan tugas masing-masing,” katanya ringkas.

Sumber berita : FMT

PAS tidak Akan Bersama PKR Dalam Perhimpunan Haram Bebaskan Anwar 901


Satu tamparan hebat buat PKR apabila Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.

Sehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) supaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Hasan berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan.

Nampaknya Pakatan Rakyat sudah tidak memerlukan Anwar lagi.... Mereka sebenarnya mahu Anwar duduk dalam penjara kerana Anwar dilihat sebagai liabiti kepada Pakatan Rakyat!

Oh ya jangan lupa... Mat Sabulah orang pertama yang gelar Anwar sebagai Al-Juburi....

Berita terdahulu: Hasan Ali Cadang Nik Aziz, Hadi Ganti Anwar... Ada Berani???