Sunday, January 8, 2012

Bodyguard Wan Azizah Hampir Dibunuh Malam Tadi?



Pagi semalam kita di kejutkan lagi dengan berita gempar dari puak pembangkang... Kalau dulu mereka spin seorang mahasiswa nazak di pukul oleh PDRM.. Kali ini mereka gemparkan lagi dunia politik dengan cerita cubaan bunuh Presiden PKR.. baca di sini...

Namun mereka menyatakan cubaan bunuh tersebut gagal kerana jarum yang di percayai mengandungi mofin tersebut terkena pada bodyguard Wan Azizah...

Apa makna semua ni? Adakah puak PKR sudah terdesak... sehingga sanggup mereka cerita yang merepek tah apa-apa tah...

Kenapa harus mencipta kemarahan rakyat dengan hasutan-hasutan yang tidak masuk akal seperti ini?

Beginikah caranya puak pembangkang nak rampas Putrajaya?? sangat memalukan...

Lagi drama mengarut dari PKR yang berjaya di tepis oleh blogger pro-umno... 

Di bawah ulasan dari Dr Novandri...

Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!

Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi.

Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!

Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!

Why with all this crap?

Terkini: Cubaan Bunuh Keatas Presiden PKR Wan Azizah...



"Terkini : Kecemasan di Hospital Seberang Jaya. Khabarnya Pengawal Keselamatan Dr Wan Azizah, Fayyad Di Racun Malam Ini..

"Terkini, pengawal pengiring presiden parti keadilan rakyat dikatakan sedang tenat di salah sebuah hospital di seberang jaya.

"Pengawal pengiring itu dikatakan telah disuntik dengan racun oleh seseorang yang tidak dikenali, suntikan itu juga dikatakan sebenarnya ditujukan kepada presiden parti PKR", petikan spin dari puak PKR...

Pe cer... ni der... pagi-pagi bikin kecoh?

Bukan apa... bila baca ayat spin dari puak PKR kat atas, sama macam skrip pelajar siswa yang di katakan nazak tempohari... Dia orang ni dah tak ada modal lain ke?

Hairan bin ajaib.. Semakin hampir tarih 9 Jan... ramai pula yang nak mampos... banyak perkara pelik-pelik berlaku di negara ini...

Ini pula laporan dari blogger kita..


Ejen Jason Bourne baru sahaja mengirimkan gambar pengawal keselamatan Wan Azizah yang dikatakan telah 'diserang' dan 'disuntik' dengan sejenis racun.

Sebentar tadi heboh beberapa totok PR mengatakan Fayyad tidak sedarkan diri dan jantungnya berhenti berdenyut.

Maklumat ejen sebentar tadi mengatakan bahawa Fayyad sudah sedar, serta mampu bercakap melihat dari gambar di atas juga kelihatan mata Fayyad terbuka.

Anehnya di sini beberapa kekeliruan serta kebodohan pembangkang jelas ketara.

Pada awalnya mereka mengatakan Fayyad cuba dibunuh di mana penyerangnya telah menyuntik mangsa dengan sejenis racun... Baca lagi der... di sini dan di sini...

Khalid Samad.. Doa Agar Allah Musnahkan Hasan Ali Sebab Pengkhianatanya ?


Tadi aku saya sempat membaca di blog YB PAS Khalid Samad. Dalam entrinya bertajuk Doa Agar Dimusnahkan Golongan Yang Khianat...

Walaupun YB PAS tersebut tidak nama orang yang di tujukannya itu... namun aku dapat agak siapa kah gerangan yang di maksudkanya itu....

Di bawah petikan dari blog YB PAS, Khalid Samad... Panas nampak puak Anwarinas...

Sambil menunaikan umrah pada kali ini, sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat.

Pengkhianat adalah seseorang yang telah bersama kita, mendapat kepercayaan dan bantuan dari kita, tetapi atas sebab kepentingan diri, sanggup menghalakan pisau ke dada kita. Ada yang akan mendakwa bahawa ianya dilakukan di atas alasan kononnya untuk menyelamatkan kita, namun bagaimana mungkin kita diselamatkan melalui tikaman yang menuju tepat ke dada?

Setiap patah perkataannya menolong pihak musuh sambil menimbulkan persengketaan di kalangan kita. Kata-kata yang mengiyakan dakyah dan tuduhan musuh diulanginya atas alasan ingin menyelamatkan kita. Selamatkan kita dari pendirian kita sendiri, supaya kita menerima wawasan dan pendirian musuh? Itu bukan usaha menyelamat namanya, tetapi pengkhianatan!

Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan. Dia tidak mengerti makna setiakawan dan baginya tindakannya sesuatu yang mulia dan dibanggakan. Bagi dirinya tiada yang lebih mulia dari dirinya sendiri atau perjuangan yang lebih aula dari mementingkan diri. Maka pengkhianatan adalah perkara biasa yang tidak perlu merasa malu atau hina kerananya.

Hakikatnya, tiada sesiapa yang mampu mengasihi seorang pengkhianat. Termasuklah mereka yang menjadi sebab pengkhiantan itu dilakukan. Akhirnya sang pengkhianat akan tetap dibuang bagaikan sampah yang busuk dan berulat oleh mereka yang dibantunya. Pengkhianatannya tidak akan mendatangkan manfaat dan beliau menjadi hina di dunia dan di akhirat

Semoga Allah memusnahkan golongan pengkhianat. Samada dia insaf dan kembali kepada pangkuan jemaah atau dimusnahkan oleh Allah atas sebab pengkhianatanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD