Tuesday, January 17, 2012

Belia Bantah Sikap Adam Adli, Penuntut USM


Lebih 30 belia dari Persatuan Belia Kuantan di sini melakukan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam sekali gus membuat laporan polis terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera Perdana Menteri dan Universiti Sains Malaysia, Janartana Chandra, berikutan tindakannya membuat ugutan jenayah.

Mereka turut melaungkan kata-kata sokongan, 'Kami Sayang Najib, Kami Sokong Kepimpinan PM dan Adnan (MB) selain ungkapan bantahan “Adam Adli Pengkhianat” di hadapan IPD.

Namun tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang perhimpunan berlangsung lebih sejam.

Laporan polis yang dibuat pada jam 10.15 pagi diwakili Exco Persatuannya, Mohd Johari George sebagai tanda bantahan persatuan itu terhadap tindakan kedua-kedua mahasiswa yang disifatkan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

Johari berkata, persatuan yang mempunyai 117 ahli sekitar Kuantan berpendirian tindakan Adam dan Janartana itu perlu dibantah.

Menurutnya, ia sebagai bukti sokongan belia dari kawasan itu yang mendukung penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami bangga dengan kejayaan dan corak pemerintahan kerajaan selama ini dan jika bantahan ini dikatakan ada unsur politik, kami ingin nafikan dan menegaskan ia adalah tanggungjawab belia di sini yang juga tonggak negara di masa hadapan.

“Nasihat persatuan terhadap Adam dan Janartana supaya menumpukan perhatian terhadap pengajian mereka dan jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan masa depan masing-masing,” katanya pada perhimpunan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan, Asli Ilham Zulhasli. -Sinar Online

Video Sekumpulan Wanita Di Belasah Teruk Oleh Kumpulan Samseng! @PDRMsia


Klip Video selama 8 minit 16 saat saat bertajuk "Perempuan kena Belasah dlm Bilik" di muat naikkan oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama gtabbas memaparkan sekumpulan lelaki samseng sedang membelasah beberapa orang wanita yang kelihatan ketakutan di dalam sebuah bilik.

Menurut maklumat, pemegang akaun YouTube tersebut... perbuatan kejam ini di percayai di lakukan oleh kumpulan sendiket pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Harap pihak berkuasa PDRM dapat menyisat kes ini dengan segera.

Ambiga Jangan Nak Ugut Kerajaan - Khairy


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini memberi amaran kepada pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan supaya, jangan hendak mengugut kerajaan dan sudah cukup lah Ambiga mengugut kerajaan.

Terdahulu Ambiga berkata, jika kerajaan tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, kemungkinan mereka akan anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya. Ambiga membayangkan akan mengadakan himpunan BERSIH 3.0 jika syor PSC ditolak.

Khairy turut mempersoalkan kenapa perlu di adakan BERSIH 3.0 di waktu pilihanraya yang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini.

“Apa faedah jika di adakan BERSIH 3.0, kenapa pihak mereka tidak mahu berhadapan dengan kita (BN) sedangkan pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat”, bidas Khairy kepada Ambiga.


“Jadi kenapa perlu untuk mengugut kerajaan sedangkan Kerajaan sudah banyak bersetuju di atas permintaan BESIH 2”, kata Khairy selepas perasmian Pra Pelancaran BN Youth Ride di PWTC.

Sebagai contoh Khairy berkata kerajaaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Jawatankuasa tersebut dibuat secara terbuka dimana dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Selain daripada itu, kerajaan juga sudah bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Tambah Khairy lagi, Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan lain dengan kerjasama SPR, malah SPR juga sudah bersetuju untuk membersihkan senarai pengundi dan banyak daripada permintaan BERSIH telah kerajaan laksanakan.

“Kerajaan juga mahu melihat kemenangan yang secara terbuka dan tidak mahu dilihat menang pilihan raya dengan cara yang tidak adil.

“Yang penting jangan nak main ugut, tidak perlu nak mengugut kerajaan, kerajaan tahu apa yang kerajaan buat,” Katanya lagi.

-Bro Jinggo

Dr Rani Ganti Hasan Ali ?


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Rani Osman di sebut sebagai calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

Mungkin ini lah orang yang di maksudkan oleh Hasan Ali, calon yang tak sabar nak jadi exco Selangor sekaligus menjadi pencacai DAP...

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Selain dari itu Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Dr Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Dr Hasan.

Terdahulu Hassan Ali berkata ada pihak tidak sabar jadi Exco Selangor...

Beliau berkata penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa serta merta bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli Pas yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam Pas masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

Katanya lagi mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini.

“Namun saya tidak ada masalah diatas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.

“Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya”, katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini

Tindakan tersebut ujar beliau seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempatnya.

Ambiga Dah Melampau... Mahu Anjurkan Bersih 3.0


Dah Bagi Peha, Nak Betis Pula... semakin melampau-lampau si Ambiga ni... Kumpulan pengacau dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu mengadakan satu lagi perhimpunan haram.

Ambiga Sreenevasan sekali lagi akan mengheret rakyat turun membuat kacau di jalanan... Kononnya bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Ehhh siapa Ambiga ni? Apa kejadahnya kerajaan nak kena ikut cakap dia ni?


Sebenarnya apa faedah dan tujuan perhimpunan tersebut diadakan dan perhimpunan haram tersebut bersih dalam masa beberapa minit sahaja, selepas itu akan jadi kecoh, huru hara.

Kesudahannya, seperti yang dijangka, perhimpunan berkenaan mengundang seribu macam masalah kepada orang ramai terutama warga kota.

Cukup-cukuplah Pakatan pembangkang nak buat onar di Malaysia ni.. rakyat dah serik dan kesukaran terpaksa dilalui oleh rakyat disebabkan oleh agenda pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pun begitu, perhimpunan tersebut sebenarnya tidak langsung menarik minat warga kota untuk menyertainya.

Homoseksual: Hasan Ali Bidas Anwar...


Adalah satu kesilapan apabila Pas memecat Hasan Ali... Pemimpin seperti Hasan Ali satu-satunya yang pemimpin yang berani membawa perubahan dalam Pas. Pas perlu kembali seperti dulu... disegani oleh parti lain... sampai bila Pas harus tunduk di bawah telunjuk Anwar dan Dap? sampai bila??

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia berkaitan golongan gay sambil menegaskan, ia "tidak wajar dan rakyat perlu menolak perjuangan" Ketua Pembangkang itu.

Menurut Hasan, perkara seperti ini menjadi salah satu punca beliau tidak boleh bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pas memecat Hasan awal minggu lalu.

"Inilah salah satu (sebab) saya tak boleh bersekongkol dengan Anwar. Sebab inilah, rakyat perlu menolak perjuangan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media di kediamannya hari ini, yang kedua selepas dipecat dari Pas.

Dalam temu bual dengan BBC baru-baru ini, Anwar berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea antidiskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata, "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya.

Justeru Hasan menambah, masyarakat di negara ini akan bergolak, berpecah dan huru-hara akan berlaku jika hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan homoseksual dihalalkan.

Hasan turut berkata, kenyataan Anwar dalam wawancara bersama media antarabangsa BBC merupakan pandangan peribadi ketua umum PKR itu.

"Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di BBC. Tetapi kalau dilihat balik, itulah pandangan peribadi dan asasi yang dipegangnya. Atas alasan itulah kenapa saya tidak sepatutnya bersama beliau. Pendirian saya tak wajar untuk bersama Anwar," katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Anwar dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lalu mengenai Pakatan perlu dibersihkan daripada individu yang gila kuasa dan gila duit, Hasan berkata, masyarakat perlu berfikir siapa sebenarnya yang gila kuasa.

Katanya, beliau mempunyai keselesaan, kuasa dan jawatan ketika menjadi Exco negeri Selangor tetapi sanggup dikorbankan jawatan itu kerana satu idealisme.

"Saya nak tuan-tuan fikir ya, ada seorang ini yang kumpul orang-orang di Sabah dan Sarawak dan kata mahu tawan Putrajaya pada 16 September. Jadi sekarang, siapa yang gila kuasa? Saya ke, dia? Bayangkan, atas nama gila kuasa, dia berkata 'dalam penjara pun saya akan menjadi perdana menteri'. Hasan tak pernah sebut. Jadi saudara semua timbangkanlah... saya tahu saudara semua bijak," katanya.

Hasan berkata, beliau yang sebelum ini mempunyai pendapatan lumayan ketika menjadi pengurus dan pakar motivasi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa jumlah kerugian yang dialaminya selepas menyertai Pas.

"Mengenai gila duit... Masya-Allah... saya dulu pengurus dan pelatih perundingan. Tanya isteri saya berapa pendapatan saya sebulan. Tetapi saya masuk Pas kerana perjuangan.

"Jangan tanya berapa kerugian saya bila hampir 15 tahun masuk dalam Pas. Saya tak pernah beritahu sesiapa.

"Ketika saya memegang Exco infrastruktur dan kemudahan awam, projek-projek JKR (Jabatan Kerja Raya) saya tak ambil satu sen pun. Rekod saya bersih. Saya tak biasa duduk dengan penyogok, disogok ni. Saya tak biasa. Psikologinya, kadang-kadang kita buat benda itu, jadi kita nak nafikan, kita tuduh orang lain buat," katanya sinis.