Tuesday, January 24, 2012

Pejabat DUN UMNO Kedah, Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!


Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.

Sumber: McTheory

Monday, January 23, 2012

Ceramah Anwar Kecoh, Bertumbuk! Kerja UMNO Juga Ke?


Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.

Chegu Bard nak salahkan Pemuda UMNO juga ka bro?

Khairy Cabar DAP ! Jangan Cakap Kosong, Buktikan Ramai Ahli Melayu


Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar DAP supaya membuktikan senarai nama dan jumlah ahli jika benar parti itu kini menjadi parti berbilang kaum termasuk medium pilihan kalangan orang Melayu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, DAP perlu telus membuktikan mereka tidak `bercakap kosong’ dengan mengemukakan kesemua nama ahlinya yang berbangsa Melayu bukan hanya bersandarkan tiga nama yang menyertai DAP baru-baru ini.

“Tunjuk keahlian di semua peringkat negeri, bahagian dan cawangan adakah ramai orang Melayu menyertai mereka.

"Jangan hanya pandai bercakap dan beritahu semua orang DAP parti berbilang kaum walhal berbeza sebaliknya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar lawatan turun padang beliau di bahagian DUN Bunting dekat sini, hari ini.



Hadir sama, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun. Pada majlis itu juga turut disampaikan bantuan perumahan, makanan dan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada lebih 30 penerima.

Mengulas lanjut, Khairy yakin prestasi BN kini berada di landasan yang baik malah sokongan padu pengundi muda sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

Pihaknya juga yakin golongan muda akan terus bersama BN khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Dalam Umno, sehingga ke hari ini jumlah keahlian yang mendaftar sebagai Pemuda Umno telah mencecah 100,000 orang.

“Dalam masa tiga tahun ini banyak program yang merapatkan golongan muda kepada BN tanpa berunsurkan politik tetapi memberi fokus kepada kerjaya, pendidikan serta kebajikan dan hasilnya amat baik sekali,” katanya.

Khairy turut percaya, majoriti daripada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu akan meneruskan sokongan kepada parti kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

YB Pas Bakal Di Pecat, Taufik Hadir Memberi Sokongan Di Majlis MB Negeri Sembilan


Kelihatan YB Taufik (Pas) ADUN Paroi, hadir bersama memberi sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina 2012 yang berlansung di bandar Seremban.

Seronok YB PAS ni... siap beri tepukan gemuruh kepada MB


Bak kata Dr Hasan Ali,"Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan".

Mungkin juga YB Pas ini sudah tersedar dari lamunan mimpinya dan mahu menjalinkan kerjasama Pas-UMNO... Jika benar syabas di ucapkan...

YB Taufik mengiringi MB

Selepas pemecatan Hasan Ali, jangan pula Pas pusat mengambil tindak terburu-buru untuk memecat YB Taufik yang mahu menjalinkan hubungan baik diantara Pas-Umno di Negeri Sembilan.

Pemecatan Hasan yang lalu sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.

Video Dato Azeez Menunjukkan PAS Kedah Beri Rakyat Minum Air Suci


Inilah bukti kerajaan PAS yang memerintah memberi air yang suci kepada rakyat baling, Jika rakyat tidak boleh menilai kerja-kerja Pas ni kita tak tau jadi apa la...Air keluar warna merah macam darah saja.




Selanjutnya baca di sini...

PKR Tumbang Di Kelana Jaya! Nik Nazmi Bakal Dipecat!!


1,000 Lagi Meninggalkan PKR Sertai BN !

22hb Januari 2012, jam 8 malam, bertempat di Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari DUN Seri Setia, Kelana Jaya, Nik Nazmi di kejutkan apabila 1,000 orang Ahli PKR beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

NGO Skuad Prihatin yang dipengerusikan oleh Dr Vikneswaran menyatakan bahawa beliau bersama 1,000 ahlinya yang kini telah meninggalkan PKR dan sertai BN !

Mereka telah membuat keputusan untuk bersama jentera BN di DUN Seri Setia Kelana Jaya untuk membantu BN memenangi PRU-13.

Berita penuh di sini...


Adakah Anwar Ibrahim masih mahu menyimpan terus Keldai ini atau akan memecat Keldai yang tak berguna ini dari terus menjadi liabiti dalam PKR...

PKR Parti Kian Rebah, Anwar semakin gelisah! Nik Nazmi hendak terus glamour dengan Wardina tak kesampaian.... Apa pun tak boleh!

Pemuda Umno - Buang Masa Serang Program ABU


Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), semalam.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.

“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.

“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.

Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.

“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Sunday, January 22, 2012

Giliran Nasharudin Mat Isa Akan Dipecat?


Selepas Hasan Ali dipecat 24 jam oleh Hadi Awang pada 8 Januari 2012, ramai tertanya siapakah ahli PAS seterusnya yang bakal dibuang seperti Hasan Ali. Ramai jari menuding ke arah Nasharudin Mat Isa. Mengapa Nasharudin?

Beberapa sebab kenapa Nasharuddin, antaranya:

1) Nasharudin adalah dari team Ulama dan tidak sehaluan dengan DAP, tidak sehaluan dengan kumpulan Erdogan dalam PAS.

2) Nasharudin dilihat secara terbuka menyokong Hasan Ali selepas 8 Januari 2012.

3) Nasharudin dituduh bertemu secara senyap dengan beberapa orang pemimpin UMNO.

4) Nasharudin dianggap sebagai pesaing kepada aliran Erdogan dalam PAS. Sebab itu Nasharudin dilawan oleh Mat Sabu (aliran Syiah) untuk tempat Timbalan Presiden PAS.



Selepas Hasan dan Nasharudin, siapa lagi yang akan kena? Nama ketiga yang disebut adalah Haron Din atau mungkin dua orang lagi dari kumpulan Ulama. Atau Ketua Dewan Pemuda yang kena dulu. Sama-sama kita nantikan.

Program Hancur, Mahu Tutup Malu... Chegu Bard Tuduh Pemuda UMNO Serang Ceramah Mat Sabu!


Sudah terdesak, mahu cari publisiti murah... Chegu Bard tuduh Pemuda Umno dalang pergaduhan di ceramah Mat Sabu... Malangnya tuduhan tersebut dibuat dengan tanpa bukti yang kukuh... 

Inilah politik murahan yang di amalkan oleh puak pembangkang... main tuduh dan tunding jari kepada orang lain jika berlaku perkara yang tidak di ingini...


Petikan dari Sinar Harian: Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Apa sebenarnya yang berlaku? hanya 100 orang sahaja yang hadir di ceramah tersebut... amat memalukan... adakah kerana dengan sambutan hambar ini Chegu Bard terpaksa menukar ke plan B...

Plan B.. Roger kawan-kawan datang buat kecoh lepas tu tuduh ini kerja Pemuda UMNO! Tutup malu!

Video Pergaduhan Di Ceramah Mat Sabu Dan Hindraf


Berlaku pergaduhan semasa ceramah Mat Sabu di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA), malam tadi. Seperti biasa puak ini akan menuduh ini semua kerja orang UMNO. Biasalah kalau program dia orang dah kena sabotaj, UMNO yang kena... Yang jahat itu semua nya UMNO, dia orang semuanya baik-baik belaka!

Drama bermusim....