Monday, January 30, 2012

Peguam Anwar Tak Puas Hati, Perlekehkan Hakim Mahkamah Syariah


Peguam Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Anwar Kantoi Lidah Bercabang


Sampai bila nak sokong si pembohong ni...?

Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan.

-Utusan

Sunday, January 29, 2012

Hasan Ali Cabar Azmin... Lapor Polis Jika Ada Bukti


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.