Saturday, February 18, 2012

Chua: Malaysia Akan Bankrap Jika Laksana Buku Jingga


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.

Chua berkata demikian ketika menyampaikan ucapan buka gelanggang pagi ini, menjelang debatnya dengan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.

Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini.-MK

Friday, February 17, 2012

Hantu Pocong Dalam Bilik Karaoke


Al-Kisah hantu pocong punya pasal, lari dulu, selamatkan diri, tinggalkan awek... dia punya pasal la... Ini adalah satu pilihan yang tepat hahaha!... Jom layan!

Gelar Wartawan Pelacur! Pegawai DAP Mohon Maaf


Ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau hari ini memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung ramai pengamal media tetapi menyalahkan musuh politiknya atas "beberapa interpretasi yang diputarbelitkan" yang menjadi punca pertikaian.

Baru-baru ini, Hew membuat dakwaan yang menggambarkan "pertemuan disertai habuan antara wartawan tempatan dan BN (Barisan Nasional)" dalam laman sosialnya sehingga menimbulkan kontroversi dengan ramai yang berkata ia sama dengan
melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

"Compensated dating" (pertemuan disertai habuan) adalah satu terjemahan harfiah daripada perkataan Jepun "Enjo-kosai" yang bermakna tidak mempunyai kehormatan diri sebagai pertukaran untuk keuntungan kebendaan.

"Saya dengan ini secara terbuka memohon maaf secara ikhlas atas "analogi" yang saya keluarkan, yang menyinggung ramai pengamal media yang jujur.

"Saya tidak pernah berniat menimbulkan rasa malu kepada ramai di kalangan pengamal media yang jujur di Malaysia. Saya benar-benar kesal apabila kontroversi itu berkembang, ramai rakan-rakan saya dari media berasa kecewa dengan beberapa interpretasi yang diputarbelitkan yang dimainkan oleh musuh (musuh) saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pelbagai organisasi media secara terbuka meminta Hew mengemukakan identiti wartawan yang dirujuknya dan meminta jawatankuasa disiplin parti itu supaya mengambil tindakan disiplin jika dia gagal mengemukakan bukti.

Dilaporkan apabila kenyataan Hew disiarkan, pengerusi jawatankuasa disiplin parti Tan Kok Wai berkata tiada tindakan akan diambil terhadapnya kerana dia hanya menyatakan hakikatnya.

Minggu lepas, Hew memohon maaf dalam Facebooknya dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan bukan pendirian rasmi DAP.

Bagaimanapun, permohonan maafnya menimbulkan kemarahan kerana menyatakan dia hanya "memohon maaf kerana menyebabkan kontroversi dengan menyatakan perkara sebenar".

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan mengadakan sidang perwakilan luar biasa pada 3 Mac bagi mengambil pendirian tegas terhadap kenyataan Hew yang melabelkan wartawan sebagai "pelacur".