Thursday, March 1, 2012

Azizan Akan Tumbang Sebelum PRU13


Berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua orang ahli jawatankuasa eksekutif (exco) kerajaan negeri berkenaan.

Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai menteri besar jika pakatan PAS-PKR-DAP memerintah Kedah.

Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.

Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.

“Mereka bertekad untuk menjatuhkan Azizan dari kerusi Menteri Besar, malahan ada yang berazam menamatkan karier politik beliau dalam pilihan raya akan datang.

“Selain itu, mereka juga mendakwa Azizan sudah tidak layak menjadi pemimpin PAS Kedah kerana langsung tidak mahu mendengar nasihat exco dan kepimpinan parti,” kata sumber berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Azizan bukan sahaja menerima tekanan daripada penyokong dua exco berkenaan, malah turut menghadapi keadaan yang “kritikal” memandangkan PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan kemelut Kedah esok.

“Dalam mesyuarat itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub akan menbentangkan beberapa cadangan dan syor yang akan menekan Azizan untuk menerimanya, walaupun sebelum ini beliau menyatakan menteri besar mempunyai kuasa untuk memilih exco tanpa merujuk kepada presiden PAS, Datuk Seri hadi Awang,” katanya.

Selain tekanan dari PAS, Azizan turut berkemungkinan menghadapi uasaha penyingkirannya daripada kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengeluarkan kenyataan hanya akan akur kepada perintah Hadi sahaja.

Kenyataan itu jelas sumber berkenaan, seolah-olah Azizan memperkecilkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu, ketika ditanya sama ada Azizan akan akur dengan keputusan PAS Pusat, sumber berkenaan menjelaskan, kumpulan ulama di Kedah juga tidak menyebelahi Azizan, ditambah dengan Dewan Pemuda PAS negeri yang dilihat masih belum membuat keputusan untuk menyebelahi mana-mana pihak.

“Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada di kalangan pemimpin pusat yang tidak menyenangi beliau,” kata sumber itu lagi yang menjelaskan Azizan mempunyai tekanan yang begitu hebat.

CCTV Kantoikan Badrulamin


Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Wednesday, February 29, 2012

BN Youth Music Grand Final - 60 Peserta Berentap Ahad Ini


Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music 2011 kini tiba kemuncaknya apabila 60 peserta daripada seluruh negara dikumpulkan untuk bertarung merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang rakaman lagu bersama syarikat Universal Music.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan bakal bertarung pada peringkat separuh akhir Sabtu ini yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.


Menurut beliau daripada jumlah itu, 12 peserta yang akan mewakili setiap kategori akan layak ke peringkat akhir pada hari Ahad yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pada peringkat separuh akhir dan akhir ini, para peserta yang layak akan mempersembahkan secara “live” dan akan diadili oleh juri-juri yang telah dipilih. Antaranya Jason Lo, Jehan Miskin, Tam Spider serta wakil universal music.

“Ini adalah salah satu pendekatan pencarian mereka yang berbakat dalam bidang muzik secara demokrasi. Sebelum ini mereka telah bersaing dengan ribuan peserta lain yang memuatkan hasil karya mereka menerusi “you tube” yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Kita berharap bintang seterusnya akan dapat dicari dan seterusnya ditonjolkan menerusi BN Youth Music 2011 ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Khairy seterusnya menegaskan program seperti itu melambangkang keterangkuman Pemuda untuk mendekati golongan muda serta belia yang lain secara lebih meluas serta tidak terbatas dengan cara tradisi.

“Ini adalah salah satu cabang kita untuk mendekati golongan muda dan ini menujukkan kita khususnya Pemuda BN tidak tertumpu kepada politik semata-mata.

“Oleh itu, jangan lupa datang untuk menyaksikan secara “live” para peserta yang terlibat pada Sabtu dan Ahad ini untuk melihat secara lebih dekat.

“Dan Insyaallah…jika berjaya Ahad ini, kita akan teruskan lagi program seumpama ini berdasarkan kepada sokongan penaja dan sebagainya. Apa pun sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan,“ katanya.

Pada hari Sabtu pertandingan separuh akhir akan bermula pada pukul 10 pagi dan pada pad aperingkat akhir iaitu Ahad, ianya dijadualkan bermula pada pukul 4.00 petang.

Namun sepanjang dua hari berkenaan bermula, pelbagai acara menarik disediakan oleh pihak penganjur. -MediaUMNO

PAS Bukan Lagi Parti Islam!


PAS kini dilihat sudah terdesak dalam meraih undi PRU akan datang dan... Insyallah satu hari nanti Timbalan Presiden PAS namanya Chin Peng atau Mutusamy, bayangkan Timbalan Presiden parti masih kafir didalam sebuah parti yang akan berdakwah kepada bukan Islam.

Ada baiknya jika nama Islam dibuang terus dari PAS... Memalukan!

Dibawah petikan dari Bernama...

PAS sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi PAS, Dzulkefly Ahmad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar PAS.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," katanya pada sidangakhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah' di Kompleks Karangkraf di sini Selasa.

Pada forum itu, perantara Dr Maszlee Malik, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bertanyakan Dzulkefly sama ada PAS bersedia menuruti jejak Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Mesir, iaitu sayap politik Muslim Brotherhood, yang melantik intelek Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presidennya.

Pada forum itu juga, bekas Presiden MCA yang juga Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berpandangan bahawa kaum lain tidak akan mengambil kesempatan walaupun berlakunya pecahan undi di kalangan Melayu.

"Kita kena lihat perkara ini dari sudut keMalaysiaan di mana bila undi sesebuah masyarakat itu pecah, tidak bermaksud kaum lain akan ambil kesempatan," katanya.

Lagi Cerita Lawak Dari Badrulamin... Pembantunya Disogok

Nak kata cerita lawak bangang dari Ustaz kantoi ni, ye juga... baca tajuk jer dah pecah perut di buatnya... macam-macam cerita Badrulamin pusing... Hai Ustaz kena jadi sampai macamni... Jangan lah buat perangai macam budak sekolah tadika...

Kalau nak salahkan Umno ada-ada je cerita lawak bangangnya tu...


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrolamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Bila Badrulamin nak buat laporan polis berhubung dakwaannya dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang tempohari?