Monday, March 5, 2012

DS Najib Sedia Debat


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah,” katanya dalam entri terbaru bertajuk “Kebenaran Mengenai Malaysia” dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata, ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini,” katanya. -Bernama

PM meriahkan Festival BN Youth Music 2011


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara di sini.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin.

Acara dua hari itu, yang bermula kelmarin dianjurkan oleh Pemuda BN dan ia diadakan buat julung-julung kalinya khusus bagi generasi muda berusia antara 16 hingga 40 tahun tanpa mengira bangsa, latar belakang atau genre muzik.

Najib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan iaitu band, vokal berkumpulan dan solo.

Khairy ketika ditemui pemberita berkata, Perdana Menteri amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN untuk mendekati golongan muda melalui muzik berbanding secara tradisi sebelum ini, iaitu melalui persatuan belia.

“Selama ini, kita hanya buat karnival pekerjaan dan ekspo perumahan, kini kita perluaskan lagi usaha itu dengan satu program yang menyentuh generasi muda yang suka kepada seni,” katanya.

Sunday, March 4, 2012

BN Youth Music Grand Finals Tip Top!


Pertandingan BN Youth Music 2011 yang julung kali diadakan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), tiba di pusingan yang terakhir....

Peserta hanya perlu memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional, dan peserta terbaik telah dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik.

Pertandingan ini adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.

Kaedah mencari bakat ini adalah releven dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka.

Syabas kepada Pemuda BN dan pemenang pertandingan BN Youth Music 2012.