Tuesday, March 13, 2012

Ibu Dirang: 'Kenapa Kasi Mati Anak Aku'


Ibu kanak-kanak hilang 1 Mac lepas, Roselyn Alan, 25, pengsan seketika sebaik dihubungi pihak polis yang mengesahkan rangka yang temui Khamis lalu adalah anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali sebagai Dirang.

Roselyn yang menangis tidak berhenti lebih sejam selepas menerima panggilan dari pihak polis kira-kira jam 6.40 petang tadi meraung sambil berkata, “kenapa kasi mati anak aku..!!!"


Usaha menemu bual Roselyn gagal apabila dia menangis tidak berhenti. Begitu juga dengan bapa tiri mangsa, Lima Medeng, 25, yang enggan ditemu bual ekoran masih terkejut.

Nenek mangsa, Milnah Jul, 56, berkata, dia dihubungi Roselyn yang ketika itu berada di bawah blok Flet Seri Delima Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini selepas keluar mencari Dirang.

“Roselyn hubungi saya sambil menangis memberitahu polis mengesahkan rangka yang ditemui adalah Dirang.

“Saya terkejut dan tidak menyangka rangka itu adalah Dirang kerana sebelum ini kami sekeluarga lega selepas dimaklumkan polis bahawa rangka yang ditemui adalah rangka orang dewasa,” katanya.

Suasana sedih menyelubungi kediaman mangsa apabila ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir turut menangisi pemergian Dirang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Jirannya, Noridah Juliri, 44, berkata, kehilangan Dirang yang dianggap seperti anak sendiri turut meresahkannya sekeluarga kerana keluarga yang dikenali sejak lebih 10 tahun itu seperti keluarganya sendiri.

Menurutnya, Roselyn dilihat tidak senang duduk sehingga mengabaikan anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, dua bulan, sejak kehilangan Dirang 1 Mac lepas.

“Saya terguris dan tidak lalu makan sehingga sama-sama masuk ke ladang kelapa sawit mencari Dirang, apatah lagi ibu yang mengandungkannya tentu risau.

“Berita ini benar-benar menyedihkan kami sekeluarga kerana Dirang sudah seperti anak saya sendiri,” katanya.

Seorang lagi jiran, Merlinda Budin, 22, berkata, sebelum rangka ditemui Khamis lepas, dia bermimpikan Dirang berjalan dalam api.

“Saya bermimpi Dirang berjalan dalam api sambil berteriak ‘Mak cik.. tolong ambil saya...’

“Saya sangat sedih dan tidak menyangka mimpi itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Monday, March 12, 2012

Surendran Peguam Bodoh! Wan Azizah Muka Tak Malu ?


N Surendran yang dapat kerusi Naib Presiden PKR secara percuma berkokok lagi.

Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Lakonan terbarunya konon terkejut mengapa Shahrizat tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO sekali.

Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.

Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena berkokok macam orang yang kelabu mata.

Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil 'buat muka tak malu'.

Atas apa alasan sekalipun Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau dihukum oleh mana-mana mahkamah.

Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail ialah suaminya.

Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus pegang jawatan Presiden PKR.

Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.

Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar hangat.

Kalau nak cakap bab jawatan politik,maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga patut letak jawatan selagi nama Anwar tidak dibersihkan.

Sebenarnya cabaran ini pernah disuarakan oleh Shahrizat sendiri terhadap Wan Azizah dalam ucapan beliau di perhimpunan Wanita UMNO.

Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.

Ia bukan satu dakwaan kosong tetapi lengkap dengan video aksi,CCTV naik turun lif dan beberapa bukti lain.


Apa yang kita dengar selama ini Anwar cuma membuat penafian kosong sahaja dan mengelak bila ditanya lebih-lebih oleh wartawan.

Lebih pelik ...beliau masih kekal kecut tidak berani saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau trio Datuk T yang membuat pendedahan pasal video itu.

Trio Datuk T juga sudah bersumpah di dalam masjid untuk membuktikan dakwaan itu betul.

Bukan setakat itu ..mereka juga masih menunggu dan dan menunggu disaman oleh Anwar bila-bila masa sahaja.

Kalau Surendran bukan peguam bodoh kenapa beliau tidak bantu Anwar saman Datuk T pada sesuatu yang mereka dakwa fitnah.

Apakah beliau pun sama dengan Anwar gabra jika kes ini dibawa ke mahkmah 'berat nak jawab'.

Surendran boleh berkokok macam-macam ayat politik kononnya UMNO tidak berani ambil tindakan terhadap Shahrizat.

Soalnya PKR sendiri dengan Anwar bagaimana? Apakah kerana Anwar buat muka toya dan diiystihar oleh isterinya sebagai 'Anugerah Tuhan' segalanya dikira beres.

Hakikat di depan mata - ada dakwaan cukup serius keatas moral Sivaji The Bos mereka.

Kalau setakat nak nafi kosong sahaja semua orang boleh buat.


Kenapa takut nak selesaikannya di mahkamah ataupun menerusi satu penyiasatan yang rasmi dan terbuka.

Itu Surendran kena tanya Anwar dan dia kena tanya dirinya sendiri.

Kalau nak suruh kita fikir tentu sekali kita teringat pada perumpamaan Melayu yang berkata: Takut kerana salah,berani kerana benar...

Kenapa Anwar perlu takut...?

Why oh why ? Surendran boleh bisik tanya pelawak Nabil kenapa dia pakai tagline...lu fikirlah sendiri.

-Agendadaily

Sunday, March 11, 2012

Shahrizat Lepaskan Jawatan Menteri


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).


Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park.