Sunday, April 29, 2012

Peserta BERSIH Disediakan Kemudahan Termasuk Wang


Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.



Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang.

"Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.
"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.

Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.

"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya.

EKSKLUSIF: BERSIH 3.0 Menyaksikan Kerakusan Perusuh Menyerang Polis!




Sudah jelas BERSIH 3.0 di beri arahan untuk menyerang Polis... Ini kerana mereka mahu memerangkap polis dan mencari kesilapan yang akan di lakukan oleh pihak polis... Jika polis tersalah langkah mereka akan spin mengatakan polis zalim, polis anjing belaan Umno dan sebagainya.... Yang pasti motif utama ialah mahu rakyat bangkit untuk menentang kerajaan...










Senarai nama polis yang tercedera. Doakan mereka cepat sembuh untuk kembali bertugas. Terima kasih sang saka biru!

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAW...AT DI HKL.

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU

(2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK.

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

BERSIH 3.0 GAGAL!


BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya. Tetapi nampaknya, semalam kita  melihat hanya dalam 15,000 sahaja yang terlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang. Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta.



Justeru, apakah ertinya angka-angka ini?

·Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi.

·Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

·Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.

·Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.


Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya. Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.


Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka.

Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau. Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan.

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam. Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH. DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam.

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional.

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru. Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin.

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini.

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru. Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.

BERSIH 3.0 : Wartawan Dibelasah Hampir 30 Perusuh!


Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.

Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.

Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.

Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.


Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.

Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.

Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.

Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.

Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.

Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.


Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.


Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


-mynewshub

Bersih 3.0 : Cerita Sebenar Dan Bukti Jelas Tragedi Berdarah Di Hadapan Kompleks Sogo


Puak pembangkang spin polis di pukul kerana, kereta polis merempuh perusuh sebenarnya adalah fitnah!

Video dan gambar-gambar ini membuktikan kereta polis diserang sebelum terbabas.

Gambar kereta polis di serang!



Dua orang anggota polis masih lagi di wad kecemasan kerana kecederaan teruk di kepala.

Gambar perusuh membelasah polis