Monday, May 14, 2012

Mat Sabu Buat Lawak Mah... Sejuta Akan Sertai Bersih 4.0


Anggaran yang diletakkan sekretariat Bersih 3.0 sebelum ini ialah 500,000 orang akan tampil untuk menyertai demonstrasi berkenaan.

Namun, pihak pembangkang sendiri hanya mampu menyebut  75,000  orang sahaja yang hadiran di himpunan Bersih 3.0.

Mengikut sumber polis, hampir 25,000 sahaja peserta demonstrasi yang memenuhi sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Di antara kesan-kesan buruk demonstrasi haram Bersih 3.0 ialah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat, merosakkan iklim perdagangan dan perniagaan khususnya tempat berlakunya perhimpunan, menjatuhkan imej negara, menjejaskan industri pelancongan, menjejaskan kredibiliti sesebuah pemerintahan sehingga mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu-lintas dan pelbagai perkara buruk lagi.

Sinar Harian: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.


Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007.


"Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi.


Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak.


Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Apa yang Mat Sabu merepek ni Mah???

Ulama Muda Umno Sedia Terima Muzakarah Dengan Pas


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

“Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.

“Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

“Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal.

“Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama.

“Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.

Sunday, May 13, 2012

Melayu Dalam Pakatan Rakyat Melutut Kepada DAP


Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itumelihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?

Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.

Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.