Monday, May 21, 2012

Bersih 3.0: Panas! Anwar, Azmin Dijangka Didakwa Esok


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dijangka didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Ambiga bila nak kena dakwa ni?????

Gambar: Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ustaz Nasaruddin Mat Isa..










Majlis perkahwinan anak perempuan mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan isteri Munirah Mahmud, Nusaibah bt Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Husain kini menjadi bualan penganalisa politik tanah air..

Dimajlis tersebut, Ustaz Nasharudin Mat Isa lebih amat intim dengan para jemputan dari kelangan pemimpin UMNO yang diketuai TPM TS Muhyiddin Yassin dan Yang diPertua Dewan Negara TS Abu Zahar Ujang..

Di beritakan pemimpin tinggi PAS/PR tidak kelihatan pada hari tersebut... Adakah kerana Nasha menjemput pemimpin Umno mereka memboikot majlis tersebut....? 

GRO Siam Banjiri Serambi Mekah

SEBAHAGIAN GRO Siam dari Thailand yang ditahan dalam serbuan di sebuah karaoke di Kota Kubang Labu, Tumpat semalam.

TUMPAT – Kebanjiran gadis Thailand untuk menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di restoran atau pusat hiburan kecil-kecilan di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tidak pernah reda.

Restoran atau pusat hiburan yang berasaskan lampu malap yang banyak tumbuh di kawasan bersempadan dengan Thailand akan menyediakan GRO untuk menarik pelanggan.

Kehadiran GRO di restoran-restoran tersebut didakwa mampu menarik pelanggan terutamanya pelanggan lelaki dan secara tidak langsung memberi keuntungan lumayan kepada pengusaha restoran atau restoran ala-ala pusat karaoke.

Justeru itu, tidak ada yang pelik apabila restoran ala pusat karaoke yang menyediakan GRO diserbu pihak berkuasa berulang kali mampu mengoperasikan semula restoran tersebut dalam tempoh yang singkat.

Ini disebabkan pemilik premis tersebut kebiasaannya bebas daripada tindakan undang-undang kerana pihak berkuasa kekurangan bukti bagi membuktikan mereka menggaji GRO.

Bagi GRO itu pula mereka akan kembali bekerja di premis sama tidak sampai sebulan selepas ditahan kerana mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah. -Kosmo

Kalau Kerajaan PAS tak mampu nak uruskan... bagi pada kerajaan Pusat uruskan....

Kehadiran Pemimpin Umno Di Rumah Timbalan Presiden PAS Nasharudin, Bukan Kerana Muzakarah…


Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perkahwinan anak sulong bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Club House, Bandar Bukit Mahkota, Bangi petang Ahad mencuri perhatian ramai.

Beliau tiba jam 3.30 petang dan beredar setengah jam kemudian.

Apapun kehadiran Muhyiddin pada majlis perkahwinan antara Nusaibah Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Hussain.itu tidak ada kena mengena dengan kehangatan isu cadangan muzakarah PAS-UMNO kebelakangan ini.

Seorang pegawai Timbalan Perdana Menteri memberitahu keputusan untuk hadir sudah lama dibuat selepas menerima undangan berkenaan.

Muhyiddin ditemani Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang turut beramah mesra dengan hadirin yang teruja melihat kedatangan beliau.

Menarik untuk dicatatkan, lagu-lagu popular nyanyian penyanyi Indonesia Broery Marantika seperti "Biar bulan bicara" dipasang oleh pengacara majlis sepanjang Muhyiddin dan tetamu-tetamu VIP lain berada di situ.

 

Selain Muhyiddin dan Abu Zahar Ujang, turut kelihatan adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz , Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, bekas Naib Conselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Pengarah Urusan Syabas Tan Sri Rozali Ismail, Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali.

Namun ketika itu tidak terdapat pemimpin utama PAS dalam dewan yang dikhaskan untuk tetamu VIP sepanjang Muhyiddin berada di situ.


Agendadaily difahamkan beberapa orang di antara mereka sudah datang awal, dan yang paling hampir hendak bertembung dengan Muhyiddin pun hanyalah Exco PAS Selangor Iskandar Abdul Samad.

Beliau bersama keluarga beredar beberapa minit sebelum Muhyiddin sampai.

Ramai pemberita tertanya-tanya samada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir, ada yang kata Hadi Awang hadir awal sebab namanya berada dalam buku kedatangan yang disediakan.

Bagaimanapun, kemudian dimaklumkan Hadi Awang Presiden PAS tidak datang sebaliknya , Hadi Awang yang datang itu adalah Hadi Awang Kehcik, Ketua Pengarah PLKN.

Sementara itu Nasharudin yang ditemui wartawan kemudian berkata UMNO dan PAS sebagai dua parti politik utama orangMelayu/Islam di Malaysia perlu segera duduk semeja berundingan isu-isu yang membabitkan kepentingan ummah.

Beliau yang dikenali dengan imej pro perpaduan itu berkata,muzakarah antara dua parti tersebut perlu disegerakan tanpa perlu ditangguh-tangguhkan lagi.

"Muzakarah ini sudah beberapa kali tertangguh, kini diperkatakan semua selepas Tok Guru Nik Aziz cakap, seperti semua tahu, saya menyokong usaha ke arah itu, dan berharap dilakukan segera,"kata Ahli Majlis Syura PAS Pusat..

Ahli Parlimen PAS kawasan Bachok, Kelantan itu mengakui syarat-syarat yang diberikan oleh Murysidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk UMNO perlu menukar dasar perjuangan parti sebagai BERAT dan sukar diterima.

Kata Nasharudin, pemimpin kedua-dua utama parti perlu berlapang dada bagi mencari jalan duduk semeja.

"Demi masa depan negara perlu politiking antara duaparti Melayu/Islam terbesar ini dikurangkan,"katanya.

Nasharuddin pernah dihentam teruk oleh Nik Aziz satu ketika dulu kerana didakwa membawa idea kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS.

Isu berkenaan dikatakan antara sebab beliau tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS kepada Mat Sabtu semasa Muktamar PAS yang lalu. - Helmi Hanafi

Sunday, May 20, 2012

BERSIH 4.0 Di Lancarkan, Penganjur Mahu Adakan Perhimpunan Di Hadapan Rumah Ambiga!


Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi.

Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

Muzakarah: Jika Pas Ikhlas Usah Letak Syarat!


Pas diminta tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan Umno, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Umno sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi Pas sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut.

"Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini. Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik," katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.

Katanya kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.

"Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, Mustapa berkata cadangan untuk mengadakan debat terbuka menjelang pilihan raya umum bukanlah suatu perkara baru dan telah diamalkan sebelum ini.

"Debat terbuka ini sentiada diadakan dan akhirnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Mustapa berkata rakyat harus mengetahui betapa besarnya jasa kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

"Rakyat hanya membayar kira-kira satu peratus sahaja caj perubatan kerana yang lainnya telah diberikan subsidi yang cukup besar," katanya. - Bernama

Reaksi Ketua Pemuda UMNO :


"Muzakarah hanya kalau UMNO masuk Pakatan. Syarat yang tak masuk akal sebab PAS dah dapat apa dia nak dari Anwar. Khalas. Drama habis."


"So ini yg berlaku. PAS timbulkan isu muzakarah. Anwar panik dan hubungi TGNA. Anwar tanya apa PAS mahu. TGNA jawab mahu kerusi2 tertentu PRU13"


Kerana kepentingan Politik! PAS sanggup lacurkan Agama dan persetankan penyatuan...