Wednesday, May 30, 2012

Neelofa Diganggu Secara Seksual Oleh VIP PKR?


Pelakon dan pengacara wanita popular, Noor Neelofa Mohd Noor sama juga seperti artis-artis lain yang tidak terlepas dari sebarang peluang untuk didekati oleh ramai pihak termasuklah dari golongan atasan yang bergelar Datuk mahupun Tan Sri.

Neelofa sendiri mengakui dirinya sentiasa diperhatikan dan setiap golongan VIP itu akan mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk cuba mendekati dirinya.

Malah, wanita cantik itu juga turut pernah ditawarkan dengan pulangan kemewahan dan peluang perniagaan sekiranya bersetuju menjadi teman ‘rapat’ golongan tersebut.

Neelofa - Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi.

Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.

Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan.

Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya.

Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.

Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.

Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS.

Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka.

Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.

Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama.

Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka. Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan.

Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu.

Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak.

Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga).

Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya. Itu isyarat saya bukan jenis mudah didekati, apatah lagi hendak mengajak saya keluar bersendirian.

Tuesday, May 29, 2012

RPK : Anwar Arah BPR Tutup Kes Rasuah Azmin !


Satu kenyataan daripada pegawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini, menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

THE ORIGINAL STATEMENT BY THE MACC OFFICER (IN BAHASA MALAYSIA)

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.

Kronologi Kes

Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.

Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.

Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.

Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.

Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.

Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.

Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.

Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.

Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.

Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????

Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.
























Sumber : MT

Mari Tonton Video Panas Anwar Ibrahim!!!


Anwar itu Kotor! jadi jangan sesekali kita tersalah sebut Anwar itu PM! Jom tonton dokumentari khas yang belum pernah disiarkan dalam kaca TV anda...

Kerana Satu Bumi, Satu Langit, Satu Syurga... Amy Search Masuk Umno!


Hari ini Amy Search berkata tiada erti beliau menyanyikan "satu bumi, satu langit, satu syurga" jika beliau tidak menyertai Parti UMNO!


Satu Bangsa Satu Arah - Search

Dalam ku terus berperang
Mencari-cari jawapan
Mengapa kita berperang
Mencarik panji insan

Bilakah taman ini akan kembali seri
Dengan suara riang ria

Jiwaku turut berperang
Mendambakan kedamaian
Kita henti berperang
Sama semaikan ehsan

Semoga taman ini akan kembali berseri
Dengan suara riang ria

Uh..satu bumi, satu langit, satu syurga
Uh..satu bangsa, satu arah

Hayatilah lagu ini....

WWW1: Nizar Derhaka vs Sultan Johor


As this article is written, writer would like to say that Datuk Seri Nizar Jamaludin who began to politicize this issue through his Twitter account sin last night had came out with an explanation - UMNO is exaggerating the issue.

The 'explanation' was made after the son of Sultan Johor, Tengku Ismail himself come up rebutting all of Nizar's accusation saying that DYMM Tuanku used rakyat's money to bid for the plate number that was valued at a record breaking RM 520,000 – the highest bid in plate numbers in this country's history.

As usual, when Pakatan Rakyat is in trouble, UMNO would be made as their scapegoat. This is never really a big issue.

Rakyat's money is not part of the question because as the Sultan of Johor, he has his own income like what is stated in the law of Johor, and it is also stated in the Malaysian Constitution. That is just income, we are still yet to talk on other amenities that are provided to him.

He was even the Tengku Mahkota Johor for a very long period of time, 29 years, before he was taken as the Sultan in 2010 to replace his father, Tuanku Iskandar who died in 2010. The position of Tengku Mahkota is an official position and it comes with pay.

And that qualifies him to join the bidding and the motive behind Nizar's move is not too hard to read.

Nizar is simply trying to raise the sentiment of hate among rakyat, as if DYMM Sultan Johor used rakyat's money to bid. That is just his attitude. He just owes too much to DAP who is known as a party that hates the royal system and that they would find ways to abolish the system. 'Hate' because only Malays could have the position.

DAP, like its main party, PAP in Singapore, prefers if non-Malays become the leader of a country, along with the leader of the government (Prime Minister), which is now a hot topic in social networking sites nowadays.

What Nizar failed to see is the fact that the RM520,000 is later paid by Tuanku Sultan to rakyat - if his accusation in saying that the Sultan used rakyat's money is true, because Road Transport Department (JPJ) who managed the bid is a government department.

If we are to think about it, DYMM Sultan Johor do not even have to join the bidding, he could simply as the government to give the number to him. But he is not like that, he joined the bid so that rakyat would not be prejudice against him, especially among rich businessmen who also want to grab the number.

This issue is not even politics, but it is Nizar, he would always ensure that everything turns into politics. What matters to him are comments that comes after so that the issue would to turn to sensational material. That is what he really want as a token for DAP who made him the Chief Minister of Perak (even though PAS only have 6 seats at DUN Perak).


PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

‘Penjelasan’ ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam. Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’ sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.

Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya. Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya. Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi. Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

Amy Search Sertai UMNO! Peeewiiiiiittttttt!



BERITA yang buat puak Pakatan gigit jari kerana Amy Search sebentar tadi menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Datuk Raof Yusoh di ibupejabat UMNO di PWTC Kuala Lumpur.

Beliau menjadi ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Turut sama serah borang sertai UMNO ialah penyanyi Ibnor Riza dan Musmi@Mustapha Din dari kumpulan May, juga di sertai penyanyi otai Jamal Abdillah.

Apa celop join PAS! baik masuk UMNO!