Monday, June 11, 2012

NFC: Rafizi Nak Buat Filem Pulak Dah


DISEKELILING Rafizi sekarang, rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC). Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa ‘terer’ yang amat sangat. Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.

Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakjangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah, sekurang-kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Shahrizat tidak terbabit dengan NFC, tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu. Disember lepas, Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah, yang bermasalah NFCorp – syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.

Justeru, Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal, tidak menjadi kenyataan. Ini penting, sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas, isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja. Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat. Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR, dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik, ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar, tidak lebih dari itu.

Maka itu, terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Malaysiakini). FIlem, seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat, bukan masyarakat dengan artis. Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama. Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.

Kebetulan ada filem-filem pendek ‘pro kerajaan’ dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube, maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang, dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas.

Menurut maklumat yang penulis dengar, Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Rakyat seperti Hishamudin Rais, Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti. Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial, walaupun ada pengalaman dan keupayaan.

Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton.

Tapi, apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa. Yang kita harapkan kalau masih ada maruah, masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut, membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC, seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).

Ini penting sebab pemimpin pembangkang sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar. Sekarang kita nak lihat, Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.

Caroline Juara Mentor 6 cc. @EllaAminuddin


Sorry geng hari ini lari dari topik biasa... Sebab aku masih teruja dengan kemenangan Caroline semalam huhu....

Seperti yang aku harapkan... protege kepada Ella pasti menjuari Mentor 6 akhirnya menjadi kenyataan..

Dan tidak di nafikan, kelebihan yang ada pada Caroline yang mempunyai suara unik dan bakat semulajadi berjaya memikat Juri tetap serta peminatnya di seluruh tanah air.

Syabas kepada Ella kerana menjadi orang pertama yang nampak bakat terpendam yang dimiliki oleh Caroline... Semoga kehadiran Caroline di industri muzik ini berjaya mengubah fenomena Rock N Roll yang baru....

Peace Yoooo!!

Caroline feat. Azlan The Typwriter - Kau Kekasihku (o.a. Siti Nurhaliza)



Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah , protege Ella, Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, Zatul (Pawana dan Pelesit Kota – Search) dan Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don’t Wanna Miss A Thing (Aerosmith).

Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional dimana Anas membawakan lagu Selamat Malam (nyanyian Faizal Tahir) dengan Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.

Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

'Anwar PM Seketika, Guan Eng Ganti'


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Petikan dari Utusan Malaysia

Sunday, June 10, 2012

Sekitar Himpunan Skuad Muda KDN #we1peace


Sekitar Himpunan Skuad Muda KDN di MAEPS. Syabas kepada semua yang terlibat! #we1peace
Selanjutnya sila klik di sini...













30,000 Sertai Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Sultan Johor



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini terharu dan sebak dengan kehadiran rakyat dari seluruh negeri itu termasuk masyarakat Orang Asli ke Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan ikrar taat setia.

Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja.

"Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh," titah baginda.


Kira-kira 30,000 sertai perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor yang pada asalnya menyasarkan hanya 20,000 orang. Masyarakat Orang Asli turut hadir.

Kebanyakkan peserta mula berhimpun di pekarangan bangunan Sangkar Kristal, Taman Pelangi bermula jam 11 pagi biarpun perarakan dijadualkan mula jam 1.30 petang.



Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor dianjurkan oleh Pemuda Johor dan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.