Monday, June 18, 2012

Majlis Santai Khairy Jamaluddin Bersama Mahasiswa Hangat #UITM


Majlis santai Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama mahasiswa yang berlangsung di  Khulafa Bistro UiTM Seksyen 7, Shah Alam hari ini mendapat sambutan yang hangat, di mana ada diantara mahasiswa turut berada di luar dewan kerana keadaan didalam dewan tersebut padat dan sesak. Majlis tersebut bermula jam 8.30 malam.


Khairy mengulas mengenai peluang pekerjaan kepada graduan di Msia bersama lebih 120 pelajar UiTM Shah Alam.



Antara Ketua Pemuda Bahagian dan EXCO yang hadir, Pengerusi UMB, Sdr Tun Faisal, Sdr Azhari KP Shah Alam, Sdr Roslee KP Kapar, Sdr Budiman KP Sg Besar, Sdr Affandi KP Kelana Jaya dll.


Khairy memberikan penerangan khusus tentang PTPTN kepada mahasiswa UiTM di khulafa bistro. Elok sangat jika Adam Adli dan rakan-rakannya hadir bersama.


Khairy menjawab soalan-soalan dari mahasiswa

Suasana di luar dewan


Mahasiswa UiTM mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama pemimpin idola mereka.

Haji Hadi Kena Minta Fatwa Tentang 'Dosa' Dari Mat Sabu


Selepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkisah tentang spekulasi pilihanraya pada musim Haji,Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang pula tampil dengan kenyataan yang panjang lebar.

Pada kenyataan yang dihantar pada media petang Sabtu itu beliau antara lain seperti biasa hendak tunjuk bagaimana pakatan pembangkang akan jaga hak rakyat jika duduk di Putrajaya.

Katanya PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.

Haji Hadi juga hendak gambarkan bagaimana jahilnya orang UMNO dan mereka yang membuat kenyataan menentang desakan PAS agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak akan diadakan pada musim Haji.

Sebelum ini seluruh pimpinan PAS termasuk juga Musyridul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat bersuara senada mahu mereka yang berkepentingan yakni bakal calon dan jentera parti menangguhkan tunai Haji.

Kata Presiden PAS itu parti pimpinannya tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan.

Seperti juga Tuan Ibrahim,kenyataan Haji Hadi diselitkan dengan berbagai hujah keagamaan.Maksudnya kalau tidak dipenuhi tuntutan PAS maka ' berdosa ' seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.

Sebelum pergi lebih jauh rasanya Haji Hadi dan Tuan Ibrahim kena minta fatwa dari Mat Sabu terlebih dahulu apakah ' berdosa' bagi seseorang lelaki menelefon isteri orang untuk bercengkerama mengenai soal seks antara mereka berdua.

Ini merujuk kepada penyebaran rakaman perbualan telefon antara Mat Sabu dengan isteri orang, Normah yang menjadi isu yang cuba dipendam oleh PAS hingga ke hari ini.

Kata orang kalau maruah orang nombor dua dalam parti itu 'amat dicurigai' apa hendak sembang panjang-panjang macam awak itu hulubalang penjaga kesucian Islam.

Ini belum masuk lagi bab dakwaan moral selekeh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diangkat menjadi ' imam' pakatan pembangkang.

PAS dikatakan tidak pernah berani mahu mendesak dicari kebenaran dalam dua isu besar kerana bimbang senario politik pakatan pembangkang akan jadi kelam kabut.

Ada yang bertanya kalau awak itu parti yang memperjuangkan agama seperti digembar gemburkan mengapa bertindak memilih dalam soal mencari kebenaran.

PAS boleh turun padang menyertai Datuk S Ambiga,yang diketahui peguam yang membela orang murtad - konon hendak mencari kebenaran dan kebersihan dalam soal pilihanraya.

Apakah mereka tidak merasa perlu soal maruah dan imej orang nombor dua PAS dan ketua pakatan pembangkang ' bersih' juga.

Makanya Haji Hadi maupun Tuan Ibrahim jangan marah jika ramai yang merasakan desakan agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak diadakan musim Haji semata-mata diselubungi oleh motif politik.

Bagaimana pula tentang nasib ribuan rakyat di Kelantan yang selama PAS memerintah negeri itu lebih 20 tahun terpaksa hidup bergelumang dengan air paip yang kotor.

Apakah ' air bersih' bukan menjadi satu perjuangan Islam bagi PAS.Bukan setahun atau dua tahun tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya.

PAS kini hidup diawang-awangan dibuai mimpi yang dilakarkan oleh Anwar tanpa merasa berbagai hipokrasinya semakin terserlah.

Dalam isu spekulasi PAS pasal pilihanraya di musim Haji....soalnya apakah PAS pasti ia akan diadakan pada musim Haji?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menilai desakan PAS itu tidak wajar berkata...'entah-entah selepas musim Haji pun belum tentu ada pilihanraya'.

Sekalipun tidak perlu disebut kerana ia menjadi hak ekslusif Perdana Menteri menentukan tarikh pilihanraya ....namun ramai yakin soal pilihanraya pada musim Haji tidak akan berbangkit.

Namun PAS melihat ini semua satu peluang untuk mengunakan sentimen keagamaan itu untuk mencetuskan kekeliruan dan rasa marah orangramai pada kerajaan.

Maka seperti juga slogan mengarutnya ' undi PAS masuk syurga' PAS merasa ia sudah berhak meletakan dosa kepada Perdana Menteri kerana tidak ikut kehendaknya.

Hebat PAS...apakah PAS pernah peduli kalau ia tidak ikut tuntutan orang lain?

Apa kata jika nanti betul pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji...apakah PAS hendak mengaku ia berdosa mencetuskan prasangka buruk tidak tentu pasal.

Semua orang tahu PAS mana pernah merasa ia bersalah kerana ia parti bertunjangkan agama.

Atas sebab itu baik Haji Hadi,Tuan Ibrahim dan juga Nik Aziz perlu lebih merenung diri.

Cakap sahaja bab politik dan agama...tetapi apa yang nampak politiknya lebih kedepan.

Mat Sabu tentu tersenyum riang dapat menuduh orang itu dosa dan orang ini dosa.

Normah bagaimana Bang Mat ? Rakaman suara seksi abang Mat itu masih terus popular di Youtube.- Agendadaily

Khairy Jamaluddin - Tarik Sokongan Belia Bandar



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggiatkan usaha untuk menarik sokongan dan keyakinan generasi muda di kawasan bandar supaya mereka dapat bersama-sama untuk menyokong setiap aspirasi kerajaan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha menarik lebih ramai generasi muda di kawasan bandar untuk bersama-sama dengan BN adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memastikan parti itu terus kekal memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, BN tidak mahu lagi menjadi jaguh kampung yang hanya popular dalam kalangan pengundi muda luar bandar tetapi gagal menarik sokongan mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Selama ini kawasan luar bandar cukup dikenali sebagai kubu kuat BN kerana sokongan mereka kepada BN sentiasa kuat tetapi kita juga mahu generasi muda di kawasan bandar turut sama memberi sokongan padu kepada BN.

“Ia penting kerana kita akan menuju ke arah negara maju yang lebih 70 peratus penduduknya tinggal di kawasan bandar dan sekiranya BN gagal mendapat sokongan mereka, ia akan memberi impak tidak baik kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda PPP di Kelab Golf Kota Permai di sini sini hari ini.

Hadir sama ialah Presiden PPP, Datuk M. Kayveas; Timbalan Presiden PPP, Datuk Maglin De Cruz dan Ketua Pemuda PPP, Harridz Mohan dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN, Lokman Noor Adam.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, untuk menjayakan program itu, pihaknya telah melancarkan program BN Youth Volunteers (BNYV) baru-baru ini.

Melalui program itu, katanya, pelbagai aktiviti santai bagi menarik pengundi muda khususnya di kawasan bandar akan diadakan seperti pengedaran risalah penerangan mengenai dasar kerajaan di lokasi yang terdapat ramai orang muda seperti di pasar raya.

“BNYV adalah program sukarela dan ia melibatkan generasi muda yang berminat untuk bersama-sama membantu BN secara sukarela," katanya. -Utusan

Sunday, June 17, 2012

Video #TwtupKJ #BNYV : Bloggers #UMB Lebih Berhemah Dalam Hentam Puak Pembangkang


Ketika sessi 'TweetUpKJ' malam kelmarin, Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turut menjawab soalan daripada seorang rakan twitter beliau mengenai gelagat para bloggers pro UMNO yang gemar menggunakan bahasa kesat dalam tulisan mereka.


Menjawab soalan tersebut, YB Khairy Jamaluddin akui bahawa bloggers mempunyai dunia mereka tersendiri yang mana ianya sukar dikawal lebih-lebih lagi bloggers-bloggers 'sensasi'.

Tetapi bloggers yang bernaung dan membawa nama parti seperti Unit Media Baru yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO diakui lebih berhemah dalam menyampaikan hujah mereka.

Malah beliau turut menyatakan bloggers Unit Media Baru 'lebih ada kelas' dalam menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.

Ikuti video komen Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin ketika sessi 'TweetUpKJ' di NZ KLCC.

Sumber- UMB

Video: KJ Cerita Bagaimana Tercetusnya Idea #BNYV "Take Charge. Make A Difference."


Sessi 'TweetUpKJ' BN Youth Volunteers (BNYV) bersama Khairy Jamnaluddin Di NZ Garden. Yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu bertempat di NZ Garden, Jalan Ampang.