Thursday, June 28, 2012

Lim Guan Eng Tipu Rakyat Lagi


Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.

Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?

Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini. Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?

Tuesday, June 26, 2012

Akaun RM 3 billion, Siapa Anwar Nak Salahkan?



DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar. Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.

Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang ‘ramai’, maka orang yang terlibat pun ramailah juga. Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu, ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah ‘orang-orang besar’ (kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain. Lagipun, kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi?)

Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut. Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.

Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh. Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza..

Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau ‘berkongsi’ kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.

Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini. Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.

Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).

Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.

Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya. Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban. Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.

Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.

Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang. Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.

Keganasan Adalah ‘Trend’ – Pemimpin PR?


Ungkapan tabik harus diberikan kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya. Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama. Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat. Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.

Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka. Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat.

Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah. Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.

Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku. Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan benar-benar mendesak.

Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah.

Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.

Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita. Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?

Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya.

Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem. Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk.

Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka. Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.

Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai ‘trend’. Dan ‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa. Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut ‘trend’ tersebut.

Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut ‘trend’.

Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa. Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya. Tanpa kita memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…

Maya Karin Cintakan Bront Palarae?


Keakraban dan kemesraan dua pelakon tempatan, Maya Karin dan Bront Palarae jika bukan dilihat dari sudut profesionalisme, pasti ramai yang menyangka bahawa mereka adalah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Heroin filem "Ombak Rindu", Maya Karin tidak menafikan bahawa perasaan cinta itu wujud kepada Bront Palarae.

"Saya cintakan Bront sebagai aktor dan juga kawan. Bagi saya, dia adalah kawan saya yang paling rapat dalam industri.

"Persamaan kami dapat dilihat daripada cara kami berfikir, tidak kira mengenai isu masyarakat, politik, muzik ataupun filem. Pendek kata pemikiran kami banyak persamaan dalam segenap aspek," jelas aktres berusia 32 tahun ini ketika diusik mengenai kemesraan antara mereka.

Ujar Maya lagi, filem terbaru arahan Osman Ali, "Jwanita" ini menyaksikan gandingan kali keenam antaranya dan Bront.

"Apa yang boleh saya katakan, Tuhan menyatukan saya dengan Bront, tetapi hanya dalam filem sahaja."

Sementara itu Maya yang sudah solo sejak perkahwinannya dengan Steven David Shorthose musnah hampir dua tahun lalu turut enggan mengulas lanjut selepas dikhabarkan hadir di sebuah majlis makan malam bersama seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, baru-baru ini.

Malah Maya menafikan tidak mempunyai hubungan istimewa bersama Datuk berkenaan, sebaliknya sudah berkawan baik sejak empat tahun lepas.- Cinema Online

Jambu Anwar, Rafizi Ramli Berani Bersumpah... Kenapa Anwar Tidak?


Rupanya masih ada dalam kamus PKR kalimah 'bersumpah' untuk membuktikan diri adalah benar, ini bukannya apa, berikutan kenyataan bekas CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Rafizi Ramli yang berani bersumpah dia letak jawatan bukan sebab 'krisis' dengan mana-mana ahli PKR.

Sudah lama rasanya orang ramai tidak dengar mana-mana pemimpin PKR sebut 'berani bersumpah', terutamanya sejak video seks yang didakwa membabitkan bos mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar di internet dua tahun dulu.

Anwar sejak itu berulangkali diminta bersumpah bukan beliau di dalam video seks tersebut bagi membuktikan kebenaran, tetapi ketua pembangkang itu buat 'muka tebal' tak jawab sampai ke hari ini.

Anwar tidak bersumpah menafikan beliau tidak meliwat bekas pekerjanya sendiri, Saiful Buhkari Azlan, beliau tidak berani bersumpah hatta dalam mahkamah pun, ketika membela diri menggunakan pilihan kedua iaitu memberi keterangan tanpa sumpah.

Selain Anwar, Wan Azizah sendiri tidak pernah bersumpah untuk menafikan bukan suaminya dalam video seks, bukan sahaja tidak berani bersumpah, sebagai isteri yang kononnya simpan jam Omega yang dihebohkan dulu, Azizah tidak berani tunjuk kepada umum pun, mana jam Omega itu...

Selain Ketua Umum PKR, Presiden Wan Azizah turut tidak berani bersumpah ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, yang baru-baru ini heboh keluar pasal gambar-gambar 'aiskrim' di internet.

Kita bukan hendak dia atau tidak dalam gambar itu, tapi tuan empunya badan sendiri sepatutnya berani buat laporan polis atau bersumpah dengan nama Allah SWT menafikan dirinya di dalam gambar tersebut.

Sebab itu ramai pelik apabila Rafizi hari ini, dalam sidang media di pejabat PKR, kata berani bersumpah.

Beliau menafikan sekerasnya-kerasnya tindakan beliau meletakkan jawatan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu disebabkan krisis dengan pemimpin PKR dan sanggup untuk "bersumpah" menyangkal tanggapan sedemikian.

Menurut Pengarah Strategi PKR tersebut, beliau tidak pernah mempunyai sebarang krisis dengan Azmin Ali, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin atau pun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, kononnnya telah memaksa membuat keputusan meletakkan jawatan.

"Isu itu tak ada kebenaran. Cuma tindakan saya itu memberi kejutan kepada ahli PKR sahaja.

Menurutnya, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua ahli pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan bukan hanya berdasarkan hubungan parti sahaja.

"Saya kenal Azmin sebelum saya jadi ahli PKR lagi dan hubungan kami bukan berdasarkan parti semata-mata tapi seperti keluarga," katanya.

Rafizi juga berkata, isu yang dimainkan itu tidak betul dan beliau boleh bersumpah untuk menafikan fitnah tersebut.

"Demi ALLAH saya tak ada pertelingkahan dengan Faekah atau ahli-ahli PKR yang lain," katanya.-Agendadaily

Monday, June 25, 2012

Video Terjah Peserta Bengkel Sukarelawan #BNYV




Reaksi peserta bengkel sukarelawan BN Youth Volunteers.Objektif bengkel ini ialah untuk mempersediakan para sukarelawan BN untuk mengkoordinasi gerakan sukarelawan politik untuk membantu jentera pilihanraya Bsarisan Nasional (BN) di seluruh negara.Bengkel diadakan pada 24 Jun 2012 di PWTC.