Monday, July 2, 2012

Azan Ismail: Sampah PKR Yang Tidak Laku


Penulis agak tersentak bila membaca akhbar semalam mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti. Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.

Penulis bukan tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran penulis menjadi kosong bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail. Jarang sekali didengar namanya, jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia? Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti. Penulis ulangi, BERKUALITI.

Justeru, penulis tertanya-tanya bagaimana pula penulis tidak dapat mengingati seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti? Kerana tidak puas hati, penulis pun melayari nama Azan di internet.

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila beliau telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi. Lalu, penulis pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis.

Berita lain mengenai Azan, penulis dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya.

Suka penulis memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini: “Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tamggungjawab sebagai ahli parlimen…”

Marah benar rakyat kawasannya terhadapnya sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar di mana tak sanggup untuk penulis petikkan kembali di sini.

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah beliau telah ditolak oleh partinya sendiri. Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Alasan yang beliau beri ialah “Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya.”

Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang ‘memuaskan’?

Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya ‘berkualiti’ sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti? Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan?

Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali.

Pesan penulis, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti.

Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir.

Justeru, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja. Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.

Anwar Dan Azmin Hadapi Tuduhan Baru


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; timbalan presidennya Azmin Ali dan seorang lagi pemimpinnya, Badrul Hisham Shaharin berhadapan dengan satu lagi tuduhan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan bersubahat berkaitan dengan perhimpunan itu, yang diadakan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Azmin dan Badrul meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu di twitter seperti biasa Anwar menundingjari terhadap Umno..

EURO 2012: Sepanyol Juara Benamkan Itali 4-0


Superb!! Seperti yang telah aku jangkakan... Spain pasti menjadi juara UERO sekali lagi. Tidak syak dan tanpa was-was lagi... penyokong Italy diharapkan bawa bertenang der!

KEIV: Sepanyol mempertahan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, sebentar tadi.


Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41. Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.

Penyerang termahal Liverpool, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala pemain tengah Chelsea, Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.

Sunday, July 1, 2012

30 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Uncle Seekers


30 individu hari ini tampil membuat laporan polis terhadap uncle seekers. Ini kerana blog tersebut mendedahkan beberapa dokumen-dokumen sulit. Blog tersebut boleh diakses menerusi laman blog http://uncleseekers.blogspot.com/

JOHOR BAHARU: Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen sulit yang dipaparkan pada blog itu.
"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

Marina Kena 'Sound' Dengan Dr Mahathir...


Sikap suka cakap lepas dan anti-establishment Datin Pasuka Marina Mahathir yang makin menjadi akhir-akhir ini ditegur oleh ayahnya sendiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mahu anak sulungnya itu berhati-hati dalam tindakan terutama sokongan beliau kepada kumpulan seperti Bersih dan golongan yang menyokong komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

Marina tampil dalam demonstrasi Bersih 2.0 sebelum ini dan media-media pro pembangkang galak menyiarkan krtitikan demi kritikan beliau terhadap kerajaan kini.

Sebagai anak sulung bekas PM selama 21 tahun, kata-kata Marina digunakan sebagai 'senjata' oleh pihak pembangkang untuk tibai kerajaan atau dalam kata lain Marina jadi 'perkakas' kepada agenda pembangkang.

Tindak tanduk tersebut tidak dipersetujui Dr Mahathir, kerana bagi beliau sebagai ahli keluarga, Marina perlu lebih sensitif terhadao implikasi kenyataan-kenyataan beliau.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap adiknya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas oleh peguam terkenal Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk laman web TV The Malaysian Observer (MobTV.my).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah di'hijack' oleh pembangkang.

Menurutnya, golongan minoriti dalam politik di Malaysia tidak menghormati golongan majoriti, dengan menimbulkan berbagai masalah, membuat kacau seperti demontrasi jalanan dan sebagainya.

"Ini sebenarnya menafikan demokrasi," kata beliau.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap golongan LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; lelaki kawin lelaki, perempuan kawin perempuan... Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka.”

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Marina yang pernah menjadi pengasas dan Presiden Majlis Aids Malaysia memang dikenali rapat dengan komuniti LGBT di negara ini, yang sejak tsunami politik 2008 lebih cenderung menyokong pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilihat lebih liberal pandangannya terhadap golongan 'tak tentu jantina' ini.

Sementara itu, mengulas mengenai politik dan masa depan satu-satunya anak beliau yang terlibat dengan politik, Mukhriz, kata Tun Dr Mahathir beliau akan membantu anaknya dalam pilihanraya nanti.

“Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai menteri besar, saya sokong.

“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk menteri besar; kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat negeri atau persekutuan,” kata beliau.

Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen berhubung spekulasi Mukhriz akan dicalonkan sebagai menteri besar Kedah jika BN menang di Kedah dalam PRU13.

Mukhriz merupakan Timbalan Ketua Umno Kedah dan ahli Parlimen Jerlun.-Agendadaily