Monday, July 16, 2012

PAS Menipu Untuk Rampas Saham Peneroka


Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren, tetapi PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.

Mana tidaknya, dalam berarak, berdemo dan berniaga menjual baju oren, hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung, tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.

Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datu Abdul Rahman Ibrahim.

PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja. PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000. Malah, PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.

Kita terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan. Dalam ertikata lain, penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.

Tetapi, kita merasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.

Dengan mengambil pendirian berbeza, kita tertanya-tanya, apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi? Selama ini, kepimpinan Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai ‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.

Kali ini, susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.

Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah gimmick politik murahan? Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya?

Kita percaya, PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung. Oleh itu, tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.

Nampaknya, para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS. Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.

Begitupun, PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.

Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.

Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja. Pilihanraya semakin hampir, tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Latheefa Koya Letak Jawatan Sebelum Digugurkan Dari MBPJ..


Latheefa Koya telah menyerahkan peletakan jawatan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ada usaha tangan ghaib untuk memecat beliau.

Dalam suratnya kepada Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, Latheefa berkata bahawa beliau tidak boleh meneruskan jawatan beliau "tidak lagi dapat dipertahankan" memandangkan terlalu banyak spekulasi.

Khairy Saran Pemuda Perhebatkan Politik Khidmat Bakti


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menekankan agar pergerakan itu mengaplikasikan politik khidmat bakti dalam usaha membantu rakyat terutama golongan muda.

Menurut beliau elemen berkenaan merupakan salah satu aplikasi yang cukup baik terutama dalam usaha mendekati golongan muda di negara ini yang mengharapkan segala masalah yang dihadapi mendapat jalan penyelesaian.

“Pada pilihan raya umum yang lalu 12 memang betul generasi muda tidak sokong Barisan Nasional (BN). Saluran 3,4 dan 5 semuanya memihak kepada pembangkang.

“Namun apabila kita mendapat keputusan berkenaan, kita tidak duduk diam sebaliknya merancang strategi bagaimana dalam tempoh 3 hingga 4 tahun untuk kembalikan keyakinan sokongan orang muda terhadap BN.

“Isu perumahan, kerjaya, ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya kita tampil ke hadapan. Pemuda hari ini tidak boleh buat seperti biasa. Kita kena tunjukkan politik khidmat bakti…..Kita kena selesaikan apa masalah mereka, cari kerja untuk mereka dan sebagainya.

“Kita bangkitkan isu yang rapat dan dekat dengan orang muda baik di bandar mahu pun luar bandar sama sahaja. Kita masuk sembang bersama mereka baik di kedai mamak dan sebagainya untuk membuktikan UMNO dan BN relevan dengan orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Maran, di sini, hari ini.

Dalam ucapan yang sama beliau turut membidas pembangkang yang sekadar bercakap retorik dalam usaha membangkitkan sokongan rakyat terhadap mereka.

“Sebelum ini perhimpunan Bersih…Semalam himpunan Oren pula dalam usaha menjayakan kempen membantah penyenaraian Fel Global Ventures Berhad (FGVH)…..Namun perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan dan ini menujukkan rata-rata peneroka Felda amat cerdik.

“Kita tidak bercakap retorik…Insyaallah Pemuda melihat masih ada keperluan untuk generasi kedua Felda dan saya akan bantu untuk menyuarakan perkara ini demi kepentingan bersama,” katanya.

Pada masa yang sama Khairy turut mengingatkan agar jentera Pemuda tidak alpa menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

“Pilihan raya akan datang akan menyaksikan penambahan pengundi muda yang cukup tinggi. Janganlah kita alpa..kalau kita tidak dekati mereka akan hilang. Kita perlu berusaha mencari mereka di mana sahaja untuk pastikan kemenangan BN pada pilihan raya kelak.

“Selain itu marilah kita sama-sama pertahankan kejayaan kita hari ini untuk anak cucu – cicit kita pada masa akan datang. Jangan kita kalah sebelum masuk gelanggang kerana dengki, irihati dan sebagainya. Kekuatan dalam parti perlu ditingkatkan dan dipertahakankan.

“Sesungguhnya Pemuda akan berada dibarisan dapan, berani membawa perubahan, Pemuda sama berdiri teguh di belakang kepimpinan parti untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya. -umno-online

Sunday, July 15, 2012

Gambar Sekitar Pelancaran Program 1Malaysia For Youth #1M4U





































YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan Majlis Pelancaran Program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Park petang tadi.

Foto: Bro Jinggo

Pelancaran Program 1Malaysia For Youth (1M4U)


YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Park pada 15 Julai 2012 jam 3.00 petang.

Marilah rakan-rakan semua turun untuk memeriahkan majlis ini.