Saturday, September 1, 2012

Demokrasi ala PR Amat Kurang Ajar, Biadap Dan Memalukan!



Demokrasi ala PR ialah ‘berak atas gambar PM’

Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’ mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi ‘membuang’ ke atas gambar Perdana Menteri.

Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.

Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.

Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.

Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.

Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.

Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.

Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.

Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.

Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.

Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.

Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.

Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.

Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.

Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.

Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.

Friday, August 31, 2012

BERSIH Mahu Tukar Bendera Malaysia Seperti ala-ala Bendera Republik Singapura, Indonesia!



Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’.
Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.

Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih...macam bendera Republik Singapura dan Indonesia
Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?

Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?

Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.
Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.
Ramai orang biasa di situ  yang melihat gelagat  terkinja-kinja budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.
bersih-bendera2-513

Puak Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti yang diadakan setiap tahun.
Pada jam 11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning Bersih bercampur aduk dicelah orangramai yang datang ingatkan ada countdown ambang Merdeka.
Awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.
bersih-pamplet513

Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.
Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.
bersih-mat513

Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.
Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.
Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.
Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.
Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.
Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.
bersih-samad513

Pihak penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan  yang terancang.
Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.
Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.
Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.Tiada insiden tidak diingini berlaku. - OLEH HELME HANAFI,LUKMAN ABDULLAH DAN NOOR HASILAH ISMAIL -Agendadaily

Video Pengkhianat Bakar Gambar PM Di Dataran Merdeka!


Aksi yang dirakam di Dataran Merdeka - pengikut Ambiga bertindak liar apabila mula membakar dan memijak-mijak gambar DS Najib Tun Razak & Isteri.-Video oleh YY