Thursday, September 13, 2012

Dedah Skandal Guan Eng Dengan Cik P


Siapa Cik P ni?... nak tau... ianya melibatkan Skandal tanah rakyat Jalan Taman Manggis yang membabitkan jutaan ringgit komisen bakal panas..

Kaitan Cik P yang terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng ,Cik P juga individu yang terlibat menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.

Baca lagi...

PRU 13: Khalid Ibrahim Jadi Kecut


Entah apalah yang Tan Sri Khalid Ibrahim kecut sangat hingga buat keputusan kerajaan negeri Selangor akan buat pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) berasingan dengan pilihan raya persekutuan.

Sebelum ini kata kalau PRU 13 lepas Jun, kerajaan PKR Selangor akan ikut sama, lepas itu kata November pula dan terbaru cadang nak buat berasingan.

Agaknya Khalid sudah dapat ilham PKR,DAP dan PAS akan kalah di Selangor kalau buat pilihanraya DUN serentak dengan parlimen.

Maklumlah, Menteri Besar itu kini dibelit banyak isu terutama masalah hutang Unisel, Projek Langat 2, hutang Talam dan macam-macam lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sokong cadangan itu salahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal bertindak terhadap pelbagai isu dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Anwar tak ada pilihan lain sebab Selangorlah tempat pemimpin PKR boleh buat duit dengan macam-macam projek dan kalau pembangkang terlepas negeri itu pada PRU 13, semua akan berputih mata.

Ataupun, Khalid dan Anwar macam sudah tahu, Selangor akan terlepas daripada gengaman mereka sebab itu sengaja nak buat pilihanraya berasingan dan ‘kambing hitam’ kan SPR.

Entah bodoh atau bat-buat tak faham, SPR sudah berbuih mulut jelaskan mereka tidak boleh bersihkan senarai pemilih kecuali pengundi itu sendiri.

Hal ini juga buat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Md Yusof geleng kepala dengan alasan diberikan Anwar yang menyalahkan SPR.

Beliau jelaskan pada Agendadaily, SPR tidak boleh sesuka hati buang atau keluarkan nama pemilih.

“Kalau jiran sebelah rumah saya matipun, saya tidak boleh keluarkan namanya sebagai pemilih melainkan keluarga atau warisnya menunjukkan sijil kematian kepada SPR,” kata Abdul Aziz memberikan contoh.

Selain itu, kegagalan pemilih menukar alamat tempat mengundi dan tempat tinggal juga antara sebab senarai tidak dibersihkan.

Mengulas lanjut, beliau juga rasa pelik juga dengan cadangan kerajaan

Selangor itu.

“Mereka tahu ke bila nak pilihan raya,” tanya beliau.

Abdul Aziz berpendapat pilihanraya DUN Selangor berasingan dengan

Pusat hanya membuang masa dan wang.

“Pengundi kena buat perkara sama dua kali. Kalau serentak senang.

Mereka boleh undi calon DUN dan Parlimen serentak,” katanya.

Katanya, kos pilihan raya berasingan di Selangor boleh mencecah RM47

juta hingga RM50 juta.

Namun, apa yang dikhuatiri beliau adalah pengundi akan merasa bosan kerana terpaksa mengundi dua kali.

“Silap-silap mereka tidak akan keluar mengundi,” katanya.

Apapun menurut Abdul Aziz, kerajaan Selangor ada hak berbuat demikian dan SPR akan menjalankan tugas seperti biasa jika Selangor kekal dengan pendirian tersebut.

Selain Selangor, kerajaan Pulau Pinang juga sedang menimbang pilihan sama kecuali Kelantan yang akan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen.

Kerajaan Kedah setakat ini belum membuat keputusan tetapi ada pihak menjangkakan DUN akan dibubarkan serentak dengan Parlimen kerana mengikuti kerajaan PAS Kelantan. -Agendadaily

Pemuda UMNO Mengecam Keras Penerbitan Filem 'Innocence of Muslims'

Berikut adalah kenyataan Pemuda UMNO:

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.

Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslim, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan.

Sumber: facebook.com/khairykj