Friday, September 21, 2012

DAP Wajib Hukum Ngeh Koo Ham


Kita setuju dengan pandangan Dato’ Seri Najib, iaitu ‘kerosakan telah pun berlaku’ dalam mengulas permohonan maaf oleh Ngeh Khoo Ham, Pengerusi DAP Perak yang mempersoalkan tindakan demonstrasi protes terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW sebagai membuang masa dan tenaga.

Lebih-lebih lagi apabila Koo Ham terlebih dahulu sebelum itu dilaporkan enggan meminta maaf. Ini menunjukkan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya bukan kerana ikhlas tetapi kerana tidak tahan menghadapi tekanan dan kecaman rakyat.

Kini, walaupun Koo Ham memohon maaf dan menarik balik kenyataannya, beliau tidak mungkin mampu merawat luka di hati umat Islam sepertimana juga beliau mungkin mampu memulihkan kembali kerosakan yang dilakukannya terhadap imej parti DAP yang sedia dilihat rasis, chauvinis dan tidak sensitif.

Justeru, DAP tidak ada pilihan selain dari menghukum Koo Ham dengan hukuman yang setimpal. DAP perlu membuktikan bahawa ia adalah parti yang mengotakan apa dikata dan mempraktikkan apa yang dihujahkan iaitu kesamarataan total, tidak rasis serta sesuai untuk semua kaum.

Kita percaya, jika kaum Melayu yang memperlekehkan agama kaum India atau Cina, DAP pasti merupakan orang pertama mengecam dan mengasak tindakan berat dikenakan terhadap Melayu tersebut sambil menuduh UMNO menjadi dalang. Tetapi, kenapakah DAP tidak langsung menunjukkan sensitiviti yang sama apabila agama Islam yang menjadi sasaran?

Tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa DAP sebenarnya tidak pernah menghiraukan tuduhan rasis terhadap mereka, kerana ia adalah sesuatu yang benar dan mungkin dibanggakan oleh mereka. Malah, DAP juga kelihatan cukup berat walaupun untuk berpura-pura baik dengan kaum lain, terutama Melayu.

Bagi DAP, kaum Cina perlu berada di atas kaum-kaum lain di Malaysia dan tidak perlu menghormati atau bertolak ansur dengan sesiapa. Sikap ini amatlah tidak konsisten dengan prinsip ‘kesamarataan total’ yang dilaungkan mereka sedangkan di masa yang sama mereka sering menuduh UMNO sebagai rasis dan berat sebelah.

Namun, UMNO terbukti cukup telus dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang telah mengguris hati rakyat dari mana-mana kaum pun.

Antara yang terpaksa menerima akibat dari kesilapan seperti itu ialah Datuk Nasir Saffar, pegawai Khas Bahagian Komunikasi bagi Perdana Menteri. Kes Datuk Nasir tidak begitu kukuh kerana beliau didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap pelancong dari Cina dan India yang ramai mengunjungi negara ini untuk melacur atau meminta sedekah yang mana merupakan fakta atau hakikat. Beliau bukannya merujuk kepada kaum Cina dan India yang menjadi warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, beliau tetap diarahkan meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada kaum Cina dan India kerana UMNO mengambil kira hati kaum Cina dan India yang telah terguris.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahlian UMNO selama 3 tahun kerana menggelar kaum Cina dan India sebagai pendatang. Kenyataan tersebut juga bukanlah sesuatu yang salah kerana memang benar nenek moyang kaum Cina dan India merupakan pendatang negara ini dan sikap anak-cucu mereka hari ini juga masih membawa semangat dan ‘roh’ negara asal nenek moyang mereka. Dengan itu, dari satu segi, kenyataan Datuk Ahmad Ismail masih boeh diperdebatkan tetapi kerana UMNO berpegang kepada prinsip memelihara sensitiviti semua kaum, maka beliau tetap dikenakan tindakan.

Jelas, walaupun DAP sering menuduh UMNO sebagai rasis tetapi UMNO telah membuktikan sebaliknya. Yang jelas bersikap rasis, hanyalah DAP dan DAP semata-mata - dari dahulu sehingga kini dan selama-lamanya.

Dalam kes Adun DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang di laman sosialnya, DAP telah bertindak menggantung beliau selama enam bulan sahaja walaupun perbuatan itu dianggap berat terutama apabila ia melibatkan wakil rakyat yang seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Namun begitu, apabila Lim Guan Eng menghina Sultan Johor, iaitu kesalahan yang begitu berat, tidak pula dikenakan apa-apa tindakan oleh DAP. Bukankah ini menunjukkan sifat rasis dan berat sebelah yang melampau di dalam DAP yang mana mungkin Manoharan telah tidak menyedarinya kerana terlalu sibuk mengampu?

Kini, Koo Ham pula yang berlaku kurang ajar kepada umat Islam, dan kepimpinan tertinggi DAP nampaknya masih ‘kabur’ dan belum membuat kenyataan tegas terhadapnya. Sedangkan, kes Koo Ham adalah nyata dan tidak dapat diperdebatkan lagi. Apakah DAP merasa sukar untuk mengambil tindakan ke atasnya kerana beliau seorang Cina? Apakah DAP merasa sukar untuk memarahinya kerana parti itu juga berkongsi pendapat yang sama dengannya?

Persoalan inilah yang memenuhi ruang fikiran rakyat Malaysia hari ini. Bagi menjawab persoalan ini, DAP tidak dapat tidak, wajib mengambil tindakan keras ke atas Koo Ham kerana telah dengan tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke atas api yang sengaja dinyalakan oleh Nakoula Basseley Nakoula untuk membakar emosi umat Islam.

[Video] Himpunan Membantah Penyiaran Filem Anti-Islam 'Innoncence of Muslims' #respect




Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.

Ribuan Banjiri Perkarangan Masjid Kg Baru Bantah Penghinaan Terhadap Islam #Respect


Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam ‘Innoncence of Muslims’ dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir “Allahu Akbar” serta “Jangan Hina Nabi Kami” dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti “Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion” serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.

Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Van Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) menjadi paltform kepada pemimpin-pemimpin berkenaan menyatakan ucapan mereka yang diletakkan ditengah-tegah jalan berhadapan Masjid Kg Baru

Khairy Jmalauddin ketika berucap berkata, himpunan berkenaan adalah kecaman terhadap filem anti-Islam ‘Innoncence of Muslims’ dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

“Kita bukanlah bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Musuh kita bukan rakyat Amerika Syarikat…Musuh kita bukan rakyat Perancis….Musuh kita bukan agama lain. Hari ini kita jemput Kristian, Budhha, Hindu, dan lain-lain agama untuk bersama dengan kita. Saya jemput kerana kita nak tujuk apa sahaja penghinaan kepada mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali.

“Musuh kita adalah mereka yang buat kerja ini…..Buat filem ini..buat kartun berkenan..Kita menggesa kerajaan Amerika Syarikat walapun kita tidak memusuhi mereka, kerajaan Perancis walaupun kita tidak memusuhi mereka supaya segera mereka mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,“ katanya.

Khairy seterusnya menegaskan Pemuda UMNO serta Pemuda BN mempunyai solidariti yang sama dengan Pemuda Pas yang turut mengadakan bantarahan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.

“Kita mempunyai solidariti yang sama hari ini tuan-tuan…..Kita Pemuda UMNO, Pemuda BN bersama dengan Pemuda Pas dalam soal ini. Kita tidak seperti rakan seperjuangan mereka DAP. Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa.

“Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Tetapi hari ini tuan-tuan apabila ada parti politik Islam dan juga bukan Islam yang ingin berhimpun apabila agama Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa, ada yang kata orang Islam jangan buang masa, jangan buang tenaga.

“Jadi tak payahlah Pas bersama DAP, lebih baik bersama kita. Kalau inilah jenis pemimpinnya. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya akan datang kalau mereka anggap kita buang masa, kita buang mereka,“ katanya.

Himpunan Aman tersebut berakhir dengan doa yang dibacakan oleh Hassan Ali dan bacaan selawat oleh peserta himpunan.

Sumber: http://www.umno-online.my

[Foto Inside] 5 Ribu Berhimpun Secara Aman Di Masjid Kg Baru #Recpect @khairykj
















Foto: Bro Jinggo

Hampir 5 Ribu umat Islam dan pelbagai bangsa menghadiri perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam ucapan Khairy berkata, Pemuda tidak bermusuh dengan Kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat, tetapi mahu mereka hormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini

Sekitar Demo Aman di Kg Baru #respect

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khairy Tiba di Masjid Kg Baru #respect

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin tiba di perkarangan masjid Kg Baru bersama Timbalannya Dato Razali Ibrahim.

Turut kelihatan tiba ialah Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali dan juga beberapa pemimpin Pemuda UMNO dan pelbagai NGO.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sekitar Masjid Kg Baru #respect

Ayuh bersama Pemuda UMNO, BN serta gabungan NGO utk berhimpunan secara aman di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru slps solat Jumaat hari ini bg membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' & karikatur yg menghina Rasulullah s.a.w. Bersatu kita pertahan Islam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 20, 2012

DS Najib Mahu Orang Ramai Sokong Demo Pemuda Umno Esok #respect

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, filem dan karikatur terbaru membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem yang bersifat anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad oleh sebuah majalah Perancis, yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang merupakan pegangan kuat masyarakat Barat, kerana ia telah mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad.

Bagaimanapun katanya, dalam umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam, pendekatan yang berhemah mesti digunakan dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem dan kartun itu.

"Bantahan umat Islam secara keganasan dan melampau dalam isu ini sehingga membawa kepada kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah," katanya.

Perdana Menteri sebaliknya, dialog dan kerjasama antara masyarakat untuk memupuk toleransi dan persefahaman perlu dipupuk sepanjang masa sebagaimana yang digerakkan oleh Malaysia menerusi Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Dewan Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo, esok.

Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat esok manakala Dewan Pemuda Pas akan menganjurkan protes di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak
di sini.

Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di pekarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.

Dalam pada itu, Najib berkata, MT Umno turut mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial Twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem Innocence of Muslims.

Najib berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan umat Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama negara ini.

"Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam," katanya.

Najib turut mempersoalkan keikhlasan Khoo Ham yang memohon maaf atas keterlanjurannya melalui Twitter, hari ini.

"Dalam isu agama kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita begitu senang memohon maaf," katanya.-Sinar Harian

Video Sidang Media YB Khairy Bantah Filem Hina Nabi #respect



Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.

UMNO dan PAS Bersolidariti: Protes Filem Hina Nabi Esok Di Masjid Kg Baru


Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.

Khairy turut menjemput semua Muslim dan bukan Muslim untuk hadir ke himpunan esok atas semangat menghormati setiap kepercayaan (respect all faiths).

Manakala pada minggu hadapan Pemuda UMNO akan mengadakan Majlis Mencintai Rasul dan menjemput Pemuda PAS turut serta...

UMNO dan PAS Bersolidariti

Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.

Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.