Wednesday, October 10, 2012

PAS Retak Semakin Terbarai.... Khalid Samad Mengelupur Dengan Kenyataan Nasha


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mempunyai agenda politik tertentu sehingga sanggup mengeluarkan beberapa kenyataan, yang dianggap akan menggugat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Nasharudin mengamalkan pendekatan politik murahan dengan menimbulkan isu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, "sebelum ini dia (Nasharudin) mengeluarkan kenyataan yang keahlian (dalam PR) sudah tak penting, ini sudah tak penting, kita tahu itu yang dia nak."

"Ini politik murahan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan kenyataan, kita bekerja dengan DAP bukannya semalam, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu.

"Bagi saya ini adalah tindakan yang direncanakan dan dirancang oleh Umno dengan tujuan nak timbulkan masalah dalam PR dan Pas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Nasharudin dilaporkan telah mendakwa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menolak hudud dan anti-Islam sekali gus perkara itu memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menghentam PR.

Nasharudin juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan Pas tidak mengikut landasan Islam seperti mana menjadi dasar perjuangan mereka sebelum ini.

Terbaru, beliau mengeluarkan kenyataan mengenai majlis kesyukuran DAP Sarawak berdoa untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan Pas mendakwa itu adalah kenyataan peribadinya.

Nota kaki: Hehe! Kita tengok sapa yang kena!! Elok la ahli PAS blah dari parti yang semakin terbarai ini...

Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah


Berani Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengalukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Memang dahulu, Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada satu penggal, namun selepas itu beliau lari ke Kelantan apabila rakyat Kuala Kedah menolaknya. Kuala Kedah tolak Mat Sabu, sebab beliau hanya pandai cakap, tapi kerja tak buat pun.

Jom kita dengar apa kata blogger Kedah klik di sini...

Nasha Dakwa Anwar Cenderung Fahaman Liberal


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

"Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.

"Jika dibiarkan fahaman seperti ini, ia boleh menjadi ancaman kepada akidah umat Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok ini menambah: "Walaupun Anwar tidak pernah berkata beliau liberal, tapi tindak-tanduknya yang banyak kali itu boleh dilihat bertentangan.”

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Pas berkata demikian pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC.

Sementara itu, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menyatakan sokongan kepada kenyataan pemimpin veteran Pas, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mendakwa Pas menyimpang dari amalan politik Islam.

Katanya, kenyataan Shahnon itu mungkin dalam konteks pemimpin-pemimpin DAP yang semakin berani mempersoalkan hudud dan undang-undang Islam hari ini.

"Kenyataan Shahnon perlu diberi perhatian serius oleh Pas, tentangan-tentangan dari pemimpin bukan Islam secara terbuka perlu dihentikan," katanya merujuk kepada kenyataannya dipetik Bernama semalam.