Sunday, October 14, 2012

200,000 Belia Pulau Pinang Tidak Mampu Beli Rumah


Kira-kira 200,000 belia yang sudah berkeluarga di negeri ini tidak mampu membeli rumah kerana harganya yang terlalu mahal.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, antara faktor berlaku perkara itu termasuklah kecenderungan pemaju untuk membangunkan projek perumahan mewah.

“Masalah ini perlu diatasi segera kerana perkara itu boleh memberi kesan buruk kepada aspek sosial serta pembangunan setempat apabila ramai golongan belia memilih untuk berhijrah dari negeri ini.

"Projek perumahan mewah pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlalu mengikut kehendak pemaju dan mementingkan keuntungan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Belia Ke-29 Daerah Timur di sini hari ini. - UTUSAN

Isu AES... Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat


SEJAK kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.

Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk mengelirukan rakyat. Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :

Tujuan: AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.

Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.

Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety). AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.

Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti. Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.
Isu yang ditimbulkan
• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
• AES membebankan rakyat
• AES mempunyai banyak kekurangan
• AES perlu ditangguhkan

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.

MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.

Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.

Jika rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur. Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ?

I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.

AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.

Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.

Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”, “Prevention is better than cure”.

Khalid Ibrahim Enggan Dedah Bukti Air Empangan Selangor Merosot


Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya.

Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan dan sungai masih dipenuhi dengan air.

Hakikatnya, tujuan sebenar tinjauan itu dilakukan hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Selangor daripada isu sebenar berkaitan bekalan air terawat yang semakin kritikal di kebanyakan loji rawatan air di seluruh negeri.

Satu perkara yang tidak diceritakannya kepada khalayak ialah, air mentah yang memenuhi empangan dan sungai tidak akan selamanya akan penuh atau kekal parasnya pada takat tertentu.

Ada tikanya akan surut sama ada kerana perubahan cuaca, disebabkan penggunaan harian yang tinggi selepas dirawat dan dibekalkan loji rawatan kepada pengguna ataupun disebabkan proses penyejatan.

Berdasarkan maklumat terkini (Lihat Bacaan Paras Air Empangan, 08 Oktober 2012) dan bila dibandingkan dengan bacaan paras air empangan pada 2 Julai 2012 lepas, jelas menunjukkan adanya penurunan paras air di beberapa empangan.


Paling ketara di Empangan Sungai Selangor yang merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh ke paras bacaan 199.7 juta meter, agak hampir kepada paras kritikal yang kiranya berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini.

Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter.

Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter. Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara.

Dalam pada itu, mengikut makluman yang diterima, portal MyNewsHub juga ada membuat laporan eksklusif berkaitan perkara ini selepas mereka melakukan tinjauan ke beberapa empangan dan sungai sekitar Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan terbaru dari MB Selangor pada 7 Oktober lalu, katanya, rakyat tidak perlu cemas dengan penyusutan paras air yang dilaporkan berlaku di beberapa empangan dan loji rawatan air tika ini.

Katanya, kerajaan negeri telah maklum perkara tersebut dan telah siap sedia untuk melakukan proses pembenihan awam seandainya hujan masih tidak turun dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober 2012 lepas.

Tidak diketahui kenapa perlu menunggu 22 hari sebelum melakukan proses tersebut, apakah perlu ditunggu empangan dan sungai kering dahulu baru mahu bergegas untuk mencari jalan alternatif lain menyelesaikannya?

Walau apapun, perkembangan terbaru ini tentulah menambah lagi sesak di kepala rakyat Selangor.

Belum pun selesai isu air terawat yang semakin kritikal di loji rawatan sedia ada, terpaksa pula menunggu lebih tiga minggu untuk melihat kerajaan negeri bertindak mengatasi masalah penyusutan paras air mentah di empangan.

Susah betul hidup berketuakan orang politik yang hanya pandai bercakap dan tahu mencipta seribu satu alasan tapi begitu lemah sekali dalam menyegerakan tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.