Monday, October 22, 2012

Pemuda MCA Tegur Pasangan Blog Seks

Gambar dari Gutter Uncensored

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini berkata sayap tersebut menolak sikap sebuah pasangan muda Malaysia dibelakang blog seks yang gempar baru-baru ini.

Wee berkata, Alvin Tan dan Vivian Lee tidak seharusnya menunjukkan hubungan peribadi mereka di Internet semata-mata mahu mendapat perhatian kerana budaya Malaysia ini yang konservatif.

“Mereka tidak seharusnya menggunakan platform ini untuk jadi popular, atau menjadi pelakon video lucah.

“Ini bukan caranya untuk mendidik masyarakat muda,” katanya apabila ditemuramah pada perhimpunan agung Pemuda MCA hari ini.

Wee berkata, hak kebebasan individu ada hadnya, terutamanya dalam negara ini yang menolak keterbukaan dalam hal ehwal seksual.

Beliau berkata Lee dan Tan seharusnya berfikir kesan tindakan mereka memuatnaik gambar dan video lucah mereka.

Di dalam blog lucah mereka, Lee, 23, dan kekasihnya Alvin Tan Jye Yee, 24 telah meletakkan video dan gambar lucah mereka ketika melakukan hubungan seksual.

Blog tersebut telah ditutup oleh pasangan terbabit, cuma meninggalkan beberapa tulisan dari 20 September hingga 15 Oktober, tetapi gambar dan video tersebut telah disiarkan di Gutter Uncensored.

Wee bagaimanapun enggan untuk mengulas apabila ditanya apakah tindakan yang harus diambil, sebaliknya hanya berkata orang lain tidak perlu mengikuti mereka.

“Itu bukan kami untuk memberi hukuman, sebaliknya terpulang kepada kerajaan.

“Saya cuma berharap pelajar lain tidak mengikuti mereka,” katanya lagi.

Tan, pelajar undang-undang yang menerima biasiswa dari ASEAN, bakal diberhentikan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan biasiswanya akan ditarik selepas insiden tersebut, menyebabkan beliau dan kekasihnya menerima tumpuan dari media.-TMI

Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Ketepi Pertuduhan



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Isnin menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi. Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas,

Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 – Bernama

Sunday, October 21, 2012

Tan Sri Annuar Musa, Tulang Belakang The Red Warriors


Digelar Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan oleh penyokong The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa bukan sekadar memartabatkan bola sepak Kelantan malahan layak untuk diiktiraf sebagai pelopor pengurusan bola sepak moden negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Sumbangan beliau bukan sekadar menaikkan imej bola sepak Kelantan di peringkat negeri tetapi juga berjaya menggilap bintang-bintang sukan tersebut ke peringkat kebangsaan.

Untuk menjadi juara mungkin bergantung kepada nasib tetapi rekod mengekalkan pencapaian sebagai Juara Piala FA berturut-turut bukanlah satu kebetulan. Gandingan pemain yang berdedikasi serta pengurusan yang cekap pastinya resepi yang merencah kejayaan The Red Warriors.

Antara pencapaian signifikan beliau di dalam menguruskan kumpulan bola sepak adalah :

1) Kejayaannya membawa masuk penajaan syarikat penyiaran swasta bernilai RM120 juta ke dalam FAM telah memicu transformasi pakej tajaan Liga Malaysia apabila merancakkan penyertaan badan korporat ke dalam arena sukan bola sepak tempatan.

2) Beliau terkenal sebagai orang yang memulakan penjenamaan identiti kepada setiap pasukan liga sebagai contoh, Kelantan-Happy, Terengganu-Top IT, Kedah-PKNK, Selangor-MBI, Sarawak-NAIM, Johor FC-Kulim, Lions-StarHub, Pahang-The ZON.

3) Berjaya mengubah sistem ganjaran Liga Malaysia khasnya Liga Super dengan memberikan ganjaran hadiah kemenangan mengikut ranking liga fasa pertama dan fasa kedua berbanding sistem terdahulu yang hanya memberi ganjaran kepada juara, naib juara dan ketiga sahaja. Ini bukan sahaja memberikan penghargaan kepada pasukan yang bertanding, sebaliknya turut bertindak sebagai perangsang kepada pemain untuk menjadikan sai­ngan lebih rancak dengan memburu kedudukan terbaik walaupun sedar hasrat berada di kedudukan tiga teratas sudahpun tertutup.

4) Memangkin kerancakan saingan liga tempatan menggunakan kapasiti berdasarkan porfolio yang dipertanggungjawabkan kepadanya demi perkembangan dan kebai­kan bola sepak negara.

Pasukan Kelantan meraih kejuaraan treble musim ini setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3-2 dalam aksi final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, malam tadi.